Monday, April 25, 2011

Rekod Kami Lebih Bagus Di Tempat Lawan : K.Devan


“Advantage besar untuk Kelantan, last game mereka main dekat KB, itupun hari jumaat, kita plak naik flight pergi Sabah, main ari sabtu, balik Selangor hari ahad, petang turun training satu sessi, arini (isnin) flight ke KB, so memang kita akui la Kelantan ada banyak advantage, rehat lebih sehari, main depan penyokong sendiri..”, itu luahan jurulatih Selangor, K.Devan, menjelang pertembungan menarik Kelantan-Selangor, malam esok.

Devan bagaimanapun enggan menjadikan itu sebagai alasan, malah yakin itu tidak akan melemahkan semangat pemainnya, yang pastinya mahu mengekalkan rekod cemerlang belum tewas di tempat lawan, bagi saingan musim ini.

“jangan lupa, kalau Kelantan belum tewas di KB, kami juga belum tewas di tempat lawan. Malah, rekod kami tahun ini lebih bagus di tempat lawan berbanding Shah Alam,, saya sentiasa berfikiran positif, kalau setiap pemain bagi 100%, kerja keras, kita boleh tewaskan mereka, kita takkan bagi laluan mudah, hope best team win lah..”.

Kelantan dan Selangor, akan bertemu 3 kali dalam tempoh 3 minggu bermula esok, persis pertembungan 4 kali Barcelona – Real Madrid dalam tempoh 3 minggu, dan ini pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak Kelantan menewaskan Selangor 2-0, pada perlawanan pembuka tirai musim ini.

Devan juga mengakui betapa kelibat Nurul Azwan Roya, Badri Razi, dan Norshahrul Idlan Talaha, pastinya diberi perhatian lebih, apatah lagi tiga pemain ini seringkali bertindak duri dalam daging buat pasukan lawan.

Kelantan ketika ini, berjaya mengetepikan prestasi merudum, melonjak ke tangga ketiga selepas dua kemenangan ke atas Perlis, 5-1 dan 4-0, manakala Selangor kekal pendahulu, dengan 32 mata.

2 comments:

Anonymous said...

Ayuh kedua2 pasukan tunjukkan kualiti permainan yg terbaik skali, game biar menghiburkan dan cantik. Jika Selangor Real Madrid maka Kelantan lah Barca nya. Jika Amri yahyah C.Ronaldo maka Piya adalah Messi nya..

Menang Kalah adat pertandingan yg penting semangat kesukanan dan penonton di Stadium dan rumah terhibur.

-Zek Putrajaya

Alexis Aiman said...

LIKE ;)