Popular dan bangga seketika penulis apabila dikaitkan sebagai orang kanan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet, YAKEB, Dato Paduka Mumtaz Jaafar, dan diminta memberi penjelasan mengenai pengunduran Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai Penaung YAKEB. Baca di sini.
Pelik juga ya, kenapakah di blog saudara Rizal, memetik nama penulis untuk memberi penjelasan berkenaan pengunduran DSRM, bukannya orang yang pasti lebih tahu, sama ada GM, En. Razib Mohd Shah, atau DMJ sendiri, yang pastinya boleh memberi maklumat tepat tentang apa berlaku.
Malah, Rizal selaku blogger, pengacara Kafe Sukan, dan pengarang Rembat Kosmo pastinya ada contact number DMJ, atau pegawai YAKEB lain, dan kenapa tidak letakkan penjelasan mereka dalam blog, sebaliknya, membuat entry yang mana komen-komen yang masuk semuanya menyimpang cakap pasal benda lain?
Malah, Rizal selaku blogger, pengacara Kafe Sukan, dan pengarang Rembat Kosmo pastinya ada contact number DMJ, atau pegawai YAKEB lain, dan kenapa tidak letakkan penjelasan mereka dalam blog, sebaliknya, membuat entry yang mana komen-komen yang masuk semuanya menyimpang cakap pasal benda lain?
Penulis belum sampai tahap untuk komen perkara-perkara macam ini, dan bukan orang yang sesuai untuk bercakap pasal benda ni.
Banyak teori yang timbul, dan banyak khabar angin kedengaran. Apapun, tunggulah pengumuman atau sidang media oleh GM nanti.
Apa sekalipun, penulis juga tertarik dengan komen salah seorang pembaca, yang tidak mendedahkan namanya, tapi katanya ‘bekas atlet’, yang mana berbunyi :
Apa sekalipun, penulis juga tertarik dengan komen salah seorang pembaca, yang tidak mendedahkan namanya, tapi katanya ‘bekas atlet’, yang mana berbunyi :
Wow, hebat betul ‘bekas atlet’ ni, beliau tahu begitu detail tentang diri saya, tentang bagaimana saya masuk bekerja di YAKEB, tentang kerja saya, tentang peranan saya, apa saya buat (yang dikatanya only God knows), sejauh mana hubungan saya dengan DMJ, ‘bekas atlet’ yang mana ya?
Ingin saya jelaskan di sini, kerja saya di YAKEB, bertindak menjaga PR Dept, yang mana menjaga media yang nak buat liputan, manakala sebagai Editor, kerja saya adalah untuk menghasilkan buletin YAKEB, itu sebab saya digaji YAKEB, bukan untuk jadi orang kanan DMJ, atau dalam bahasa kamu, tukang report. (Tak report pun banyak juga yang kantoi kan).
Ya, kami akan menghadap Kaabah tidak lama lagi, InsyaAllah, semoga ditunjukkanNya kebenaran. Jadi tidak perlulah mereka yang tidak kena mengena cuba buat tafsiran bukan-bukan yang mungkin mengubah persepsi tentang situasi sebenar.
Kepada ‘bekas atlet’, ingatlah “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung..”, usahlah menjadi pengkhianat dengan bersifat talam dua muka, kepada yang terasa tu, cepat-cepatlah minum air.
11 comments:
rizalhashim doh eh annonymous tu.. Tahu blako dio tu.. Kalu bekas atlet biasa xmarahkan admin sebab admin jarang mengeluarkan artikel berbaur hasutan dan menyindir.. Heran jgk saya lepas artikel kat bawah keluar dipage ni.. Terus keluar komen yg mendakwa bekas atlet..
hahaha Aiman, kawe pun pelik, Rizal hashim ni apa motif dia wat entry tu. aku tanya sebab dia tulis pasal Rosmah quit Yakeb, pastu yg komen sumer cakap pasal Mumtaz. then as owner or moderator of the blog, dia sepatutnya boleh sekat komen2 macam tu. so, motif dia tak sekat???
sabar aiman, i know who u are, biarla apa org cakap, u sendiri selalu cakap mulut org susah nak tutup kan. i ada baca blog dia, ya betul apa u cakap, kalau dia nak penjelasan, then he should contact org yang lebih tahu, dapatkan penjelasan and post kat blog dia. bukan buat post, pastu biarkan komen-komen yg cakap macam2, inikah blogger tersohor??
betul man, sy sokong. entry dia rosmah tinggalkan yakeb, persoalan mengapa rosmah tinggalkan yakeb tu satu hal, tp sy dapati komen2 yg masuk ttg Mumtaz, persoalan samada apa yg disebar mengenai mumtaz betul atau tidak, itu 1 perkara lain pula. jadi kenapa komen2 berbaur hasutan n fitnah macam tu dilepaskan oleh rizal, tnpa sebarang sekatan? rizal dgn mumtaz have any konflik?
rizal ni dulu lamo doh ore klate tok puah ati nga dio, dio sero dio tahu belako, banggo diri jadi satu2nyo wartawe malaysia ngundi ballon..tok here la rizal, self proclaimed. kecek besar..
ada org tulis, tahniah rizal bwk berita sensasi 2011 hahaha aku nak gelak guling2 baca...yg komen tu samada dia sendiri, dia kan self proclaimed, atau kroni2 dia..
sabar la aiman, takyah la ko masuk campur, kalau ko takde kaitan, better stay away, bukan sj dari org2 berkenaan, tp better stay away from Yakeb..my advise, manusia ni tak suka kita rapat dgn org tertentu, dengki tu sentiasa ada, aku tak maksudkan rizal, tp org dalam Yakeb sendiri. ko lebih tahu..buat keputusan trbaik bro!
salam, tq for the responses, n supports. erm, to all, tak perlu kita mengkritik, sama ada rizal atau sape2.
saya pun penulis/wartawan/blogger macam rizal. so, sy faham prsaan apabila dikutuk, atau dikritik.
saya tulis entry ni pun, nk share jer nape nama saya dikaitkan, bagi rizal mungkin beliau berpendapat sy ni PRO yakeb, boleh komen psl perkara ni, but as PRO, sy hanya boleh tolong aturkan sidang media jika perlu. manakala yg mengatakan diri dia bekas atlet, and kata sy org kanan DMJ, i know ape motif u..
sy minta rakan2 tidak mengeluarkan apa2 komen berunsur fitnah, atau menghina, atau menghasut, di sini..
Kenapa gitu pula..adushh macam...2
tuan-tuan,
tulisan rizal itu ada banyak yang tersirat daripada yang tersurat. aiman pun faham.
jadi, orang kata, lebih baik kita dok diam-diam dan tak melulu mengecam aiman ataupun rizal. nanti tak pasal-pasal, dapat dosa kering kita.
diorang ni dah lama dalam bidang kewartawanan sukan, diorang lebih banyak tau dari kita.
kita yang dok suka baca blog ni, baca ajelah. jangan ngutuk benda kita tak tau. nanti kutip dosa jer
Gomo aiman gomo!! Haha
apa la korang ni....tepok dada tanya iman masing2....
Post a Comment