Thursday, April 14, 2011

E-Mel Anda : Masih Mengharap Siaran Langsung Di RTM, Sukan Terbaik Hanya Di RTM?


Sebenarnya ini bukanlah isu baru, sudah lama sejak sebelum sepak mula Liga Malaysia musim 2011 lagi, di mana ketika itu ramai yang mempersoalkan kenapa, dan apa masalah stesen penyiar rasmi sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia, tidak lagi mahu menyiarkan Siaran Langsung perlawanan Liga Malaysia bermula tahun ini.

Isu ini telah banyak dikupas oleh pelbagai pihak, termasuk rakan penulis, Rizal Hashim di blog beliau suatu ketika dahulu (baca di sini), namun masih ramai yang berharap agar RTM tidak lepas tangan begitu sahaja, sedangkan mereka selalu melaungkan slogan ‘Sukan Terbaik Hanya Di RTM’.

Suara Sukan cuba juga mendapatkan pandangan mereka yang lebih mengetahui, namun jawapan yang diterima tetap sama.

Salah seorang wartawan sukan RTM, menjawab, “RTM takde right lagi, sebab tak beli. RTM (Rais TAK Minat), macam2 alasan..”.

Manakala seorang lagi rakan menjawab, “setakat ni saya pun tak tahu status liga super ni, orang atasan bagi alasan masih dalam perbincangan, dengar citer akan buat jugak, cuma tak tahu bila..”.

Apapun, maklumat daripada satu sumber lain berkata, punca sebenar adalah kerana Astro cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tinggi, iaitu RM6 Juta untuk menjualnya kepada RTM, sedangkan Astro sendiri hanya mendapatkan hak penyiaran dengan bayaran jauh lebih rendah, iaitu tidak sampai RM1 juta. 

“Memang dulu kita pun bayar RM6 juta bro, tapi bro pikirlah, sekarang ni diorang (astro) beli dengan harga murah, tapi kita diminta bayar RM6 juta jugak, come on la, tolak ansur la skit kan..kita bukan tak nak beli atau sokong liga Malaysia, tapi kita tengah berunding..tapi apa2 keputusan still di tangan Rais..”

Entah apa alasan sebenar, hanya mereka yang tahu. Namun, ini antara pandangan daripada beberapa peminat bola, yang menyarankan RTM melaksanakan pendekatan lain jika tidak mampu menyiarkan Siaran Langsung.

“kenapa tidak setiap malam ada game, (sabtu/selasa), RTM buat satu talkshow, paling afdal pukul 10-11 malam, habis game sampaikan keputusan setidak-tidaknya kami tahu jugak perkembangan terkini, ape skor, kedudukan..ini senyap terus, cakap ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’’, sukan nombor satu tanah air pun takde laporan..” – Yassin

“saya mintak sangat setiap kali ada game, kurang2 RTM update la kat tulisan bergerak bawah tu (crawler/ticker) keputusan Liga Malaysia, tak susah kot setakat bagitau keputusan saya yakin ramai yg stuju..” – Lan Chicharito

Wisel Penamat, tinggal kenangan
Idea tersebut ada bernasnya, dan mungkin ia boleh diaplikasikan melalui program Stadium Angkasa, yang bersiaran setiap Selasa, jam 10 malam. Apa sekalipun, kita berharap akan ada perkembangan positif dari RTM, dalam tempoh terdekat, memberi ruang kepada pencinta bolasepak tempatan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan turut sama menyokong bolasepak tanah air.

5 comments:

sportboy said...

tue la... semuanya bergandung pada pihak atasan.. citarasa pihak atasan.. macam mana la nak maju.. kalau mcm nie habis la RTM.. Org2 yg bertanggungjawap kene la fikirkan caranya... jgn duduk harap apa yg org Atas hendak.. kadang2 mereka nie pun tak tau apa yg mereka nak.. :)

fikir2kanla..

Anonymous said...

stuju dgn sportboy..sebenarnya situasi macam ni mnyebabkan RTM kehilangan peminat setia..dari zaman dulu, kita setia tapi kita tak dihargai, pandangan penonton langsung tak mereka dengar. mereka ikut kepala otak sendiri, kenapa la benda2 macam ni takboleh guna kuasa veto PM?

ibun_jogho said...

Apa rasional Stadium Angkasa? Rancangan yg disiarkan pd jam 10 mlm, stiap Selasa. Waktu ni Liga Super sdg berlansung. Siapa yg tgk? Siapa golongan sasaran? Oh! Mungkin atuk nenek, pakcik makcik kita yg x ke stadium. Agak2nya atuk nk tgk ke? Drp tgk baik atuk bca quran. Xpun atuk msk tido.

Hafizal Hamad x tgk Liga Super ke masa tu? Kalu tgk mesti dia tgk Astro Arena di bangunan RTM @ Angksapuri.

Mcm manalah RTM dpt idea nk buat rncangan ni? Dlm bangunan Angkasapuri tu bersusun pegawai bertauliah, tp xkan bnda mcm ni pun mrk x fikir? Ish-ish.. Mungkin xnak tgk slogan keramat "Sukan Terbaik Hanya Di RTM" terkubur. Emh..lps ni x mustahil slogan keramat akan jdi slogan berhantu. & xde org nk tgk..

Anonymous said...

RTM tolong la buat live, astro xckup kpakaran lg nak buat live bola. OB truck pun sewa je, RTM byk bijik ada, bkn ke dah beli yg HD lg..

Astro plak tlong baiki kualiti dr segi camera, brp bijik korang pakai kamera buat live ni..? Mmg teruk gila, malu la tgok live mcm tu. Game ptut nmpak cantik pun jd teruk sbb posisi/angle shot/kpakaran/kuliti dsb kurang. Tolong improve, bg kat FAM beratus juta tp kualiti live hempeh..

Xsilap aku EPL pakai lebih 10 kamera masa live, world cup plak lebih 20biji kalo xsilap, korang (RTM & Arena) lebih ke 5 bijik..?

TOK BOMO said...

"SUKAN TERBURUK HANYA DI RTM" Itulah ulasan yang sepatutnya meniti dibibir pengulas sukan di RTM..hanya pengulas yang nampaknya yang betul betul minat..tentang sukan tetapi pihak bertanggungjawab langsung tak kisah tentang sukan..lagi baik menaja beribu-ribu ringgit wang rakyat dgn hiburan yang melalaikan..sedangkan peminat yang paling banyak adalah sukan bolasepak
...fikir-fikirkan wahai kementerian yg bertanggongjawab..