Friday, April 8, 2011

E-Mel Atlet : Kecewa Dengan Kebersihan Asrama Casa 3


“Asrama MSN casa 3 tidak dibersihkan dengan cermat manakala tandas yang telah rosak tidak dibaiki segera sehingga mendatangkan ketidakpuasan hati penginapnya.”

Demikian e-mel ringkas yang diterima Suara Sukan dari seorang atlet negara, sebentar tadi. 

E-mel dihantar lebih kurang jam 10:30 malam tadi, jadi penulis yakin tindakan sewajarnya belum lagi diambil pihak pengurusan asrama. Penulis juga tidak tahu sama ada perkara ini pernah dilaporkan atau tidak sebelum ini kepada pihak yang berkenaan (e-mel tidak berbalas), namun adalah menjadi tanggungjawab perihal berkaitan kebersihan sentiasa dipantau rapi, kerana ia juga berkait rapat dengan kesihatan, dan keselesaan atlet. 

Suara Sukan tidak ingin menulis panjang, kerana ianya di luar bidang kuasa dan mungkin juga pihak pengurusan terlepas pandang perkara ini. Apa sekalipun cuma kepada pihak berkenaan, segeralah melakukan apa yang patut, kerana khuatir rasa tidak puas hati / kurang selesa menjejaskan tumpuan atau lebih tepat MOOD atlet untuk berlatih. 

**UPDATE : Baru terima reply, atlet tersebut mengatakan ada komplen sebelum ini kepada pengurusan, namun TIDAK DIENDAHKAN.

Terima Kasih.

2 comments:

Atlit muda said...

Tandas Zol jer yg bersih, tandas org lain kotor.

Sports Law said...

ini menunjukkan sikap sesetengah pihak yang tidak mementingkan hak atlet..