Permulaan yang garang tidak membawa apa-apa makna jika momentumnya tidak dapat diteruskan hingga ke penghujung saingan. Hanya pasukan yang benar-benar mampu mengekalkan rentak cemerlang dan konsisten boleh ditabal selaku pencabar ulung, dan melihat kepada situasi ketika ini, hanya Selangor dan Kedah dilihat mempunyai ciri-ciri tersebut.
Tinggal hanya 1 perlawanan sahaja lagi, sebelum pusingan pertama Liga Super menutup tirai, Selangor mengetepikan permulaan hambar awal musim, untuk mengemudi carta 14 pasukan Liga Super, dengan kelebihan 2 mata, manakala Kedah berjaya menutup mulut pengkritik dengan mempamer peningkatan di bawah bimbingan jurulatih sementara, Radhi Mat Din, dan ketika ini di kedudukan kelima, dengan 21 mata.
Melihat kebangkitan dipamer Selangor dan Kedah, sebenarnya menyingkap semula persaingan 2007 & 2008 di mana pada ketika itu dua pasukan ini bersaing hebat dalam hampir semua kejuaraan, yang menyaksikan Kedah merangkul kejuaraan treble 2 musim berturut-turut.
Kelantan pula, belum membuktikan kredibiliti mereka selaku pencabar kejuaraan setidak-tidaknya buat masa ini, jatuh dari kedudukan pendahulu, ke tangga keempat liga, dan mendapati ianya semakin sukar untuk mencari rentak permainan sebenar mereka, tatkala tekanan semakin menghambat musim Sang Kijang yang sebelum ini menjanjikan sesuatu yang indah.
Manakala Perak, boleh dikatakan pasukan paling berjaya musim ini. Siapa yang menduga Perak, pasukan yang lebih sinonim dengan kedudukan pertengahan liga sejak beberapa musim lalu mampu mencatat peningkatan mendadak tahun ini, namun seperti diramal, mereka juga mula goyah ketika saingan menuju peringkat lebih mencabar – tewas dua daripada 3 perlawanan terakhir, selepas mengekalkan rekod tanpa kalah 9 perlawanan sebelum ini.
Terengganu seperti tahun-tahun sudah, lambat panas, dan berada di kedudukan kedua, bukanlah satu kejutan. Cuma, apa yang dikhuatiri, apakah Sang Penyu mampu mengekalkan kedudukan mereka, tatkala fasa semakin mencabar Liga Super, bakal menguji sejauh mana ketahanan mental dan fizikal anak buah Irfan Bakti.
Yang penting, kita mahu melihat persaingan sihat antara kesemua pasukan. “Kalah menang adat bertanding”, biarlah dalam apa jua situasi, yang menang adalah bolasepak.
6 comments:
KEDAH VS HARIMAU MUDA A..BILA MAIN...19 OR 20 APRIL 2011
Nizab Ayub belum ckup bersedia uk diletakan kesebelasan utama. Khalid sudah hilang sengat & bisa. Soley perlu belajar lg cara passing bola. Chanturu masih dihantui kecederaan. Piya seakan kaku dan lesu. Farisham memang kaki bek (pertahanan); jgn harap Farisham bola jaringkan gol (sepakan selalu mencari lampu limpah stadium).
Kelincahan Nurul Azwan Roya mmg hebat, tp tiada rakan2 yg dtg membantu. Wan Rohaimi jg bagaikan sudah berkarat.
Ayuh pahlawan ku bangkit & berubah. Bangkit atau bengkok, berubah atau rebah. Ayuh...semarakan darah perwira..
KEDAH VS HARIMAU MUDA 20HB, RABU
overall game smlm ok tp xde pnyudah..striker kurng brnafsu..nizab perlu bnyk bljr..kena sbr n jgn tnggu bola cantek...hrp lpsni lwn perlis sume pemain kembali bangkit..insyAallah...
kelantan jadi macam chelsea? panas awal musim lepas tu cair? harap-harap tak jadi macam tu. GKG.
Boros demo boh..pah game smale guano.? xkeno doh statement demo hok atah tuh..Bola nie payoh nok kecek nati tengok final lar sapo hok buleh..Kecek2 gnie nok drop moral ore, pendek kato dok bomo lar boh bb demo pun tahu lg gano jd ko stiap pasukae hok tanding..
Post a Comment