Monday, April 4, 2011

Stadium SSM-4 Berwajah Baru Menjelang Perlawanan Skuad Olimpik Lawan Lubnan?


Keputusannya belum muktamad sama ada Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik akan diadakan di Kota Bharu atau sebaliknya, namun apa yang pasti, gelanggang keramat skuad Bolasepak Kelantan, Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu bakal berwajah baru termasuk menggantikan ‘scoreboard manual’ sedia ada dengan ‘scoreboard eletronik’ sepertimana digunakan di kebanyakan stadium besar di Malaysia.

Suara Sukan pada Sabtu melaporkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), mahu perlawanan skuad Olimpik menentang Lubnan diadakan di Kota Bharu, meskipun stadium itu agak mundur berbanding beberapa stadium lain yang wajar menjadi pilihan.

Sedar akan hakikat itu, Annuar segera meminta Perbadanan Stadium menjalankan tanggungjawab ‘menjaga’ stadium dengan berkesan, sebagai satu daripada usaha menyokong idea tersebut.

Menerusi satu ’post’ pada status facebook beliau, Annuar berkata pertamanya sokongan ramai terutamanya peminat bolasepak di Kelantan amatlah diperlukan, dan beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 5000 peminat akan menyokong usaha bersejarah ini, sebelum ianya dijadikan bukti kepada semua pihak bahawasanya Kelantan sudah bersedia menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa.

Tambah Annuar, hasrat menganjurkan perlawanan itu di Kota Bharu, jika dipersetujui FAM, perlu kemudiannya mendapat kelulusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), dan beliau akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan nama Kelantan terpapar di dada akhbar dan media eletronik seluruh dunia.

Ternyata usaha Annuar ini, mendapat sokongan padu kebanyakan peminat bolasepak di Kelantan, yang berpendapat ini masanya untuk mencipta satu lagi sejarah dan fenomena bolasepak tanah air. 

Seorang peminat bola, Shahezrul Ramli, berkata, “tak disangka betul, patutlah dilihatkan pada male kemare (malam kelmarin) pade tok uboh srupo (padang tak ubah seperti) padang old traford..MU..saya menyokong penuh usaha Tan Sri..maju bolasepak Kelantan dan Malaysia..tahniah saya bangga jadi anak kelate dan malaysia..sejuta tahniah buat Tan Sri..’’. 

Manakala Linda Lynda pula menyatakan, “satu cadangan yang tersangatlah bagus...Ini dapat membuktikan betapa cintanya rakyat Kelate kepada sukan bola sepak berbanding negeri2 lain di Malaysia...Kalau impian ini menjadi kenyataan, kita akan dapat tengok 20-25ribu rakyat Kelate sokong team olimpik Malaysia berbanding kalau main di stadium lain terutamanya di sekitar lembah kelang..” .

Ini pula komen Faisal Fauzi, “Gomo tan sri gomo..hok ni baru jolo (ini baru betul)..wi pluang ko puok kito (beri peluang kepada pihak kita) untuk bagi sokongan kepada negara tercinta,soheh ketat gelemat (pasti riuh & sesak) stadium penuh dgn penyokong setia red warriors & harimau Malaya”.

Namun, di sebalik respon positif, ada juga yang memberikan respon negatif, seperti Ahmad Aminudin yang mana komennya berbunyi, “tak setuju lah camtu..kb jauh mcm mana nk pergi..orang lembah klang pun boleh penuhkan stadium bukit jalil 90k tu..hari tu friendly dengan tiket rm20 mmglah orang tak ramai..tengok AFF hari tu full pack stadium...kelayakan olimpik dan piala dunia fan lembah klang mesti ramai turun jangan risau...kalau jadi kekecohan penonton malu nama malaysia juga..buat di shah alam lah mudah sebab bukit jalil sedang upgrade..tak pun buat stadium lain seperti paroi atau cheras, pengangkutan pun mudah.,kb hujung malaysia..orang luar tak dapat pegi...lagipun kalau tak silap minimum international match kapasiti stadium 30k..”.

Namun, perlu diingat Annuar bukanlah seorang yang baru dalam bidang sukan, pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan sewaktu Malaysia menjuarai Piala Thomas dan menganjurkan sukan Komanwel suatu ketika dulu, justeru beliau pastinya tidak mengambil keputusan ini, tanpa berfikir panjang dan sebab yang kukuh, dan jawapan beliau kepada reaksi negatif yang diberikan.

“Saya rasa apa salahnya buat di KB pula, takkan semua game di Lembah Klang saja? Kalau buat di Lembah Klang, penyokong di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain pun boleh kata sukar untuk mereka pergi ke stadium. Kami bukan nak tukar venue permanently tapi hanya untuk satu perlawanan. Semasa Stadium Wembley dibaik pulih, pasukan England bermain di Millennium Stadium di Wales, jauh dari London..”. 

Foto, kredit kepada kelatefc.blogspot.com
Mengenai scoreboard baru yang akan dipasang di SSM-4, Annuar berkata ianya akan diumumkan tidak lama lagi scoreboard mana yang telah dipilih. Menurutnya scoreboard yang telah disenarai-pendek setakat ini agak canggih, boleh tunjuk ulang tayang, sepertimana di kebanyakan stadium di Eropah.

4 comments:

Cesc Aiman said...

sama-sama kita sokong usaha tan sri utk adakan game ini di kelantan..

Anonymous said...

tak salah kalu nk buat sesuatu yg baru...
itu nama nye hijrah...
hijrah utk sesuatu yg baik...

Anonymous said...

Nok mudoh dio sokmo Ahmad Aminudin nih..pah srupo jugok fok aku nok g tengok pat mung nuh, jauh jelat.! Debek sungguh mental ore Selangor nih, jauh sket pon kalut padahal kalu dae minat bola xkiro jauh dekat pon g ttp g..Dok makey ikae bakar tawar(stadium Shah Alae) sokmo..nok jugok aye2 goreng(SSM4).!

TOK BOMO said...

Ahmad Aminuddin tak payah datang ke KBlah buat mengusah jah..nk tambang bas,nk beli ticket..nk beratur panjang..datang kat kelantan deman tak dok pasal-pasal pulak.bagi ko ore kelantan jah lah..setakat nak penuh 20,000 penonton.kalau ore kelantan stadium Bkt Jalil ke..Shah Alam ke....kami hadir..Aminuddin bukan peminat fanataik.