Thursday, April 21, 2011

Presiden Membisu, Akan Adakah Seorang Lagi TSAM??


Apa sudah jadi dengan bolasepak Perlis, seringkali diangkat antara pencabar utama saingan Liga Malaysia, kini terperosok di tangga tercorot liga, hanya mengutip 7 mata, dari 13 perlawanan pusingan pertama.

Ada beberapa pembaca minta agar Suara Sukan tulis pasal bolasepak Perlis, nak tahu apa sebenarnya yang menjadi punca kejatuhan skuad Singa Utara - Juara Liga Super 2005, Juara Piala Malaysia 2006, Naib Juara Piala FA (2006, 2007) dan naib juara Liga Super 2009 ini.

Tengoklah sendiri hebat tak hebat rupanya pasukan bolasepak Perlis, yang mana pucuk pimpinan pengurusannya dipegang bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan, yang pertama selepas 12 perlawanan, nyata belum cukup menyuntik semangat anak buah Salim Tofel Mohd, apabila menjadi mangsa amukan Kelantan, pada perlawanan yang berkesudahan Perlis tewas 1-5.

Cubaan SS menghubungi Datuk Seri Shahidan, sejak kekalahan Sabtu lalu, tidak langsung berjawab, malah SMS juga tak dibalas (untuk makluman, biasanya miscall pun Datuk Seri akan call balik, ini call pun tak angkat, ada masalah dalaman ke??).

Beliau dikhabarkan berada di KL sejak beberapa hari lalu, namun cubaan mengatur pertemuan dengannya tidak semudah biasa. 

Antara SMS yang dikirim SS, selain bertanyakan khabar Datuk Seri, penulis juga bertanya apa sebenarnya berlaku kepada bola Perlis, komen tentang kekalahan teruk 1-5 kepada Kelantan,  apakah terdapat sebarang masalah dalaman, dan beberapa soalan lain namun tiga hari berturut-turut, SMS dan panggilan tidak dilayan.

Mungkin beliau sibuk dan bukannya mahu mengelak dari bertemu media (think positif), apapun tindakan sebegini hanya sekadar akan memburukkan imej Datuk Seri Shahidan selaku orang kenamaan, dan Presiden PFA. 

SS tidak tahu apakah beliau sering mengadakan pertemuan dengan para pemain, memberi kata dua, membincangkan prestasi pasukan dari semasa ke semasa, namun apa yang boleh SS kata, contohilah Tan Sri Annuar Musa – Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan.

Rasanya tidak perlu disebut apa yang telah TSAM untuk bola Kelantan, umum mengetahuinya. Beliau sentiasa bersama pasukan, memberi komitmen penuh lebih dari 100%. 

TSAM adalah contoh pemimpin yang wajar dicontohi, diteladani bukan sahaja mana-mana presiden persatuan bolasepak, tetapi juga persatuan sukan lain. Tidak keterlaluan, jika dikatakan, Datuk Seri Shahidan patut melepaskan jawatan beliau, sebagai Presiden PFA, andai tidak mampu memberi komitmen, kerana tugas selaku Presiden menuntut peranan dan pengorbanan besar. 

Penulis pernah dibawa Datuk Seri Shahidan ke Kemboja, dan mengakui beliau memang berjiwa kebajikan, pemurah, malah mengusahakan pembinaan beberapa buah masjid di sana, namun jika komitmennya diletakkan pada kebajikan serta politik, usahlah terlibat di dalam arena sukan. 

Lihatlah apa jadi pada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, fikir-fikirkan, renung-renungkan.

4 comments:

mohd fairus zakaria said...

salam....setuju dgn admin.TSAM adalah contoh terbaik bg mana2 persatuan sukan di negara ini. saya belum pernah melihat seorang tokoh yang benar2 komited terhadap persatuan yg diterajui oleh individu tersebut.lihat hasil yg diperoleh oleh skuad The Red Warriors...kalau tidak silap saya usaha pembangunan bola sepak Kelantan mula diambil perhatian serius oleh TSAM bermula tahun 2008 dan kini TRW merupakan antara pasukan yg digeruni dlm Liga Super...

Anonymous said...

Syg bakat dan kesungguhan TSAM stkat di KAFA shja, alangkah bagus kalau beliau berkuasa di FAM.
Beliau hanya ada pangkat tp tiada kuasa di FAM, syg seribu kali syg..

-Zek Putrajaya

kasimselamat said...

sokong kenyataan Zek Putrajaya... sepatutnya DSAM diberi kuasa dan membuat perubahan kepada bolasepak negara... Jangan kerana dia berasal dari Kelantan kita menafikan kebolehan beliau......

Cesc Aiman said...

Suara Sukan juga setuju, beliau seolah tiada kuasa di FAM meskipun berjawatan Timbalan Presiden. Malah, kita lihat Datuk Hamidin (Naib) lebih banyak kuasanya, malah media juga lebih banyak memberi publisiti kepda Hamidin berbanding TSAm. insyaAllah perkara ini juga akan dikupas. teruskan memberi pandangan. Tq