Menyaksikan anak buahnya tewas 3 perlawanan terakhir di tempat lawan, mengundang sedikit rasa gentar di hati jurulatih Kelantan, Dato’ M.Karathu apabila pasukannya bertandang ke Kangar bertemu tuan rumah Perlis.
Tewas kepada Pahang, T-Team dan Perak sebelum ini, Kelantan jatuh tiga anak tangga ke tangga keempat, dan ditanya sama ada beliau sedia berdepan satu lagi kekalahan, kali ini di Kangar, Karathu jelas tidak selesa dengan soalan tersebut, namun mengakui Kelantan berdepan misi getir meraih tiga mata.
“Awak tak boleh cakap macam tu, Memang kita kalah 3 perlawanan terakhir away, tapi yang betul-betul kalah dengan Perak je 4-0, yang lain T-Team (4-3), Pahang (2-0), kita memang takde luck. Perlis baru nak peak, susah untuk Kelantan, tapi 2 perlawanan menentang Perlis adalah penting bagi kita, kita harus cuba sedaya upaya, Perlis baru menang ke atas Negeri Sembilan dan kita tak boleh ambil mudah. Susah, tapi saya yakin Kelantan boleh menang..”, jelas Karathu.
Kelantan nyata tidak berada di prestasi terbaik mereka ketika ini, apabila hanya mampu mengutip 7 mata daripada maksimum 15, tatkala saingan liga memasuki fasa lebih mencabar (pertengahan musim), dan ketika ini ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu, Selangor, dan 3 mata di belakang pasukan tangga kedua Terengganu.
Seri tanpa jaringan Sabtu lalu menentang Sabah, bermakna anak buah Karathu gagal menjaringkan gol buat kali ketiga musim ini, namun barisan serangan TRW bakal kembali diperkuatkan Norshahrul Idlan Talaha yang selesai menjalani pengantungan satu perlawanan.
Selain Norshahrul, Shakir Shaari dan Daudsu Jamaludin juga diberitakan akan kembali, dan Karathu mengesahkan buat masa ini S.Chanturu sahaja yang tidak dapat beraksi, manakala Ramzul Zahini Adnan masih merawat kecederaan jangka panjang.
Kemenangan bakal menyaksikan Kelantan melonjak sekurang-kurangnya 1 anak tangga, kerana Terengganu dan Perak (tangga ke-3) akan bertemu sesama sendiri.
1 comment:
Langkah sikap Bloggers dan pengarang sukan yang mengsensasikan satu2 cerita yang belum tentu kesahihannya amat tidak beretika. Berita dipetik melalui khabar angin dan SMS telah di olah dan di sensasikan seolah2 pemain pasukan TRW tidak berharga langsung. Alangkan rendahnya martabat penulis seperti ini....
Post a Comment