Monday, April 11, 2011

Akmal Rizal Mahu Buktikan : Saya Hormati Anda, Sila Hormati Saya


**Sebelum anda teruskan membaca, adalah dimaklumkan setiap kenyataan di bawah ada bukti berakam (tape recorder), agar ia tidak menjadi seperti isu Indra Putra sebelum ini. Ini penting untuk membuktikan segala artikel di Suara Sukan adalah benar belaka, tiada yang sengaja disensasikan.

“Kami hormati pasukan Kelantan, mereka bukan sebarangan pasukan, ia pasti sukar buat Perak namun kami bukanlah Felda United untuk bolos setengah dozen gol, kalau Kelantan harap senang nak ratah kami, mereka silap. Sepertimana mereka bersedia, seperti itu juga lah kami bersedia. Kami mungkin tewas kepada Sabah, namun itu tak bermakna kami dah tak kebal, Kelantan pun kalah dengan T-Team. Kelantan kalau diikutkan rekod tempat lawan tak berapa bagus, jadi saya rasa Perak boleh ambil kesempatan”, jelas Akmal Rizal Ahmad Rakhli, bekas penyerang kebangsaan dan Kelantan.


Akmal nyata tidak seperti beberapa bekas pemain Kelantan yang lain, tidak mahu memperkecilkan kemampuan Sang Kijang, dan mahu Perak bangkit menebus aib di Likas tempoh hari, dengan menjadikan Kelantan mangsa kebangkitan.

Apapun, Akmal sedar tugas skuad Seladang, bimbingan Norizan Bakar, atau lebih dikenali Cikgu Jan bukanlah mudah, kerana Kelantan ketika ini di prestasi terbaik selepas membenam Felda United 6-0. 

Namun, Akmal yakin beliau dan rakan sepasukan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik mengutip tiga mata penuh, seterusnya mengambil alih kedudukan pendahulu.

Akmal, ketika mewakili Kelantan 2010
Ini merupakan perlawanan pertama Akmal menentang bekas pasukannya itu, selepas berhijrah menyertai skuad Perak awal tahun ini, dan Akmal berpendapat perlawanan Perak menentang Kelantan adalah perlawanan paling besar untuk tahun ini. 

Akmal berkata kejayaan manis menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan musim lalu masih dirasai, dan mahu mengulanginya bersama Perak tahun ini, dalam saingan liga dan Piala Malaysia. Beliau berjanji mahu meneruskan rentetan aksi cemerlang, dengan sekali lagi mempamer sentuhan penyudah berkesan.

Ditanya sekiranya beliau bersedia berdepan ejekan atau kritikan penyokong Kelantan, Akmal berharap penyokong Kelantan menghormatinya sebagai seorang bekas pemain, dan tidak menimbulkan provokasi. 

“Saya juga mahu buktikan sesuatu kepada penyokong Kelantan, bahawa saya masih berbisa, penyokong Kelantan ni bagus, saya hormati mereka, dan saya harap mereka pun sama hormati saya, sebagai bekas pemain Kelantan, saya kini pemain Perak, saya akan lakukan yang terbaik untuk Perak. Apa jua keputusan perlawanan, menang kalah adat pertandingan.”

Akmal, bukanlah nama asing di dalam arena bolasepak tanah air, pernah mewakili kelab Perancis, Strasbourg FC, negeri kelahirannya Kedah, Kuala Muda Naza, Selangor, Kelantan selain skuad kebangsaan.

Perak ketika ini, menghuni tangga ketiga dengan 19 mata, hanya 1 mata di belakang Kelantan yang mendahului carta liga dengan 20 mata.

13 comments:

Anonymous said...

Stedy Akmal. Rasanya tak ada penyokong Kelantan yang marah atau berdendam dangan anda. Walaupun anda telah meninggalkan TRW, kami tetap menghormati dan menghargai jasa anda pada kami.

TRW Fan.

Anonymous said...

btl ke info ni...kan kuar lg statement mintak maaf wakakaka....

Anonymous said...

kita penyokong kelantan tak perlu dan tak pernah berdendam dengan pemain2 PROFESIONAL seperti akmal rizal dan hairudin omar. kerana dia keluar kelantan setelah SAH dilepaskan oleh kafa.. kita sayang pemain kita dan kita sayang bekas pemain2 kita.. kita sayang mereka kerana mereka tidak mengutuk kami.. cima kita benci bekas pemain kita walaupun BEKAS kapten kerana dia semacam ingin BERMUSUH dengan penyokong KITA!! mengutuk penyokong kita! kalau tak marah PONDAN namanya! kita sayang kelantan! gomo kelate gomo!!!!

Anonymous said...

wat terbaik akmal untk esk....kito pakak wak molek untuk pasuke masing2.... tp ambo yakin..klate akan mene....kalu blh 6 gol..itu satu bonus..ehehehe

Anonymous said...

anda memilih haluan dengan cara yang terhormat... jadi x perlu anda rasa yang kami (penyokong TRW) tidak menghormati anda... terima kasih kerana sumbangan anda kepada TRW...

Hasim K.Krai said...

kepada yg komen betul ke statemen ni, awak tak baco dulu ko abe penulis kita awal2 lagi dah tulis ada bukti tape recorder sbb tak mau jadi isu, apa daaaa..lagi maw tanya? aco jnge jadi keling gak..sebelum ni pon statemen mmg btul, cuma dio takda bukti, tu yg dio mitok maaf, aduh laa wei...papepun Akmal, gudluck mlm ni, kami penyokong TRW suka bila anda cakap anda hormati kami, tidak kutuk kami, walaupun dulu ada isu, tp itu takda kaitan dengan penyokong, kami akan beri sokongan terbaik, GKG..

Red Doss said...

beres...demo ok,pnyokong kelate xdo hal nga demo..sama2 main sungguh la male ni..

BaizWealth said...

salam hormat..huh...lagu nih baru profesional player..mmg hairudin dan akmal ambo tak pernah amik hati waktu keluar dari trw (mace la aku nih manager..hehehe)...so akmal..demo tak perlu risau..dan saya tak memandang rendah kebolehan perak ;) ... dan saya tak nak cakap besar yg trw boleh belasah perak macam felda..tapi InsyaAllah persaingan pasti sengit ;) ...semoga berjaya di ucapkan buat kedua2 team

abdulwahub said...

akmal rizal.. terima kasih atas sumbangan anda kepada trw utk musim lepas.. dan terima kasih juga tinggalkan trw dgn cara yang betul.. tidak seperti beberapa kerat mamak abdul yang tidak berapa profesinal yang tergila-gilakan rm25k sebulan..

Bergkamp GKG said...

respek Akmal, anda buktikan anda memang layak dihormati. Penyokong TRW hormat orang yg hormat kami, bak kata ore putih give respek-take respek, sekali ore wat baik, beribu kali kito ore klate balas. kami ucapkan all the best kepada Akmal.

Tahniah juga kepada Suara Sukan, sentiasa hadir dengan berita dan laporan lain dari lain, ini baru dikatakan kelainan, kalau apa yg kami baca sumer dah ada kat tv atau akhbar, takdelah kelainan...syabas di atas usaha anda saudara Aiman! gud job..

Anonymous said...

kepada Klate n Perak..main molek,sedap,comel..biar masing2 berlawan dan sumak gollll..yang pasti kita nak tengok result malam ni..Kelantan berjaya mengalahkan Perak!!!!

Anonymous said...

Memang kita respect Akmal demo pemain yang bertatatertib,Akmal kawe tahu demo bukan FELDA,tapi kawe juga tahu masa demo lawan FELDA nak dapat satu gol pun terpaksa terkencing di tengah padang dan disaat2 akhir nampak demo acap kali juga dok tercari2 duit shiling (kata Zainalabidin Rawuf)kawe tidak nak berpesta gol, dapat tiga mata pun Alhamdullillah............

Anonymous said...

mlm ni ambo xse byk...dapat 1-0 pun ok dah...asalkan TRW terus menerajui liga sapa habis musim nih...dan jgk harap selangor kaloh plk mlm nih...:D