Thursday, January 12, 2012

Ghaddar Lepas, Ramez Sangkut?


Gambar : madzram-iv
“ranking hanya dipakai BAGI TUJUAN PENGECUALIAN COOLING OFF yang mana Ghadar tak terlibat sebab di tak bermain dalam LIGA ASEAN, hanya Ramesh Dayoub bermain dalam LIGA ASEAN (Myanmar). Jadi dalam kes Ghadar, kelayakan beliau adalah berdasarkan beliau PEMAIN DIV 1 AFC, kalau dia tak main DIV 1, dia mestilah player dari negara yang ranking lebih tinggi dari Malaysia..takde timbul kekeliruan”.

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berhubung cubaan mengaitkan pemain import Kelantan, Mahmoud Ghaddar sebagai tidak layak didaftarkan untuk beraksi di Liga Malaysia 2012 kerana tidak mematuhi syarat/peraturan ditetapkan FAM.

Menurut Annuar yang berpendapat isu yang dibangkitkan ini sebagai suatu yang MENARIK, kriteria pertama yang dinilai apabila mengambil seseorang pemain import, adalah KELAB DIWAKILInya, bukan status PASUKAN KEBANGSAAN ATAU NEGARA KELAHIRAN.

“Ghadar tak semestinya pemain kebangsaan Lubnan, dalam hal ini yang kita tengok dia main kelab mana, Divisyen mana, kalau dia tidak mematuhi syarat itu, THEN DIA WAJIB merupakan pemain skuad kebangsaan yang mana rankingnya atas daripada Malaysia, it is CLUB to CLUB transfer, BUKAN COMPULSORY untuk dia main national team, sama juga pemain dari Cameroon, kita tak tengok ranking atas atau bawah, tapi Liga yang dia main..dia tak perlu ada cooling period atau mengikut ranking, sebab dia dah lepas syarat..”.

Namun berbeza bagi kes Ramez Dayoub, pemain import Selangor, Annuar mengakui pemain itu berdepan masalah besar kerana tidak menepati beberapa syarat pendaftaran pemain import yang ditetapkan.

Ramez
“sebenarnya agen Ramez ni pada awalnya offer dia kat KAFA, tapi kita awal-awal lagi tolak, sebab kita tahu dia tak layak..soal cooling period tu satu hal, tapi kat sini dia main Liga ASEAN, bermakna dia WAJIB main dengan team kebangsaan Lubnan, tapi malangnya mengikut peraturan Lubnan harus berada ranking lebih tinggi daripada Malaysia pada 24 ogos 2011, situasi dia tak macam Ghadar tadi, kat sinilah peraturan ranking tu digunapakai, nampak tak?...”.

“dan saya difahamkan jawatankuasa di bawah Tan Sri Aseh, telah membuat pindaan tukar 24 ogos tu kepada 24 November, iaitu latest ranking sebelum tarikh tutup pada 8 Disember, tapi yang silapnya surat pekeliling yang diedarkan tu adalah selepas tarikh tutup 8 disember, ini kesilapan besar, dan keputusan juga tak boleh diambil tanpa memaklumkan kepada ahli gabungan, dalam hal ini secara tidak langsung FAM telah memberi keistimewaan kepada Selangor...”.

Nak lebih perkembangan? Tunggu selesai mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM petang esok.

35 comments:

Anonymous said...

FAM...midin...selangor...

Anonymous said...

bincang elok2 la..harap2 FAM longgarkan syarat skit.. ramez boleh main, bg lah juga import tganu main.. lupakan ego masing2.. bolasepak malaysia juga yg dapat manfaatnya..
tapi kalau FAM still ego... mmg org akan terus menerus mbenci FAM..

Anonymous said...

bincang elok2 la..harap2 FAM
longgarkan syarat skit.. ramez
boleh main, bg lah juga import
tganu main.. lupakan ego
masing2.. bolasepak malaysia
juga yg dapat manfaatnya..
tapi kalau FAM still ego... mmg
org akan terus menerus mbenci
FAM..


Bkn masalah ego2..tapi ini syarat..sapa suruh ambik pemain import xcukup syarat..kalau fam brlembut,menunjukkan fam unprofesional..sampai bila mau maju?

Anonymous said...

midin cilaka berhenti lah misin dr FAM

Anonymous said...

dey, kalau pasal syarat, mcmne ramez boleh lepas, walaupun x ikut syarat?..profesional ke tu?..
back up la FAM tu selagi tmampu.. FAM itu ego! xcaye tgk la lpas ni..

Anonymous said...

sebenar yer salah kerani yang taip surat....pas anta surat....

Cebagoo Market said...

Jersey Harimau Malaya? Manchester United? Arsenal? Chelsea?
Click here http://cebagoomarket.blogspot.com/

Your desired jersey not listed? OMG! Email your request at cebagoomarket@hotmail.com NOW!

Anonymous said...

bukan.masaalah.fam.ego...tapi.persatuan.bolasepak.negeri.yang.tak.profesional...

Anonymous said...

midin ni bertanding dlm jawatan fam pun kalah.. majoriti ahli fam tolak dia... masuk fam balik pun sebab sultaan bola jer lantik... better letak jawatan jer...

Anonymous said...

JIKA TSAM SUDAH MENGETAHUINYA DARI AWAL KENAPA TSAM BUAT SENYAP..??? ADMIN,SILA BONGKAR..JGN BONGKAR PASAL PASUKAN ORG LAIN SHJ..INI X ADIL..KITO NOK LIGA KITO MAJU. -ORE KLATE-

Anonymous said...

Admin ...kes RAMEZ ni seperti kes NELSON yang ingin kembali ke KEDAH, NELSON tidak dibenarkan bermain kerana masalah COOLING PERIOD juga..selepas KFA tahu yang NELSON tidak layak utk bermain ngn kedah, KFA telah menghantar surat rayuan, tapi ditolak oleh ahli jawatankuasa teknikal FAM" tapi apabila pasukan selangor lepas pulak dai main...betul2 x adil FAM nii

Anonymous said...

FAM bodo, Ganung dok rok cetong..che mat saje je maing isu. die nok tarik sokongang oghang ganung. base bengong punyo presideng.. natang pe dok au. malu oghang ganung ke awok2 nye wak nelang gitu. turung la che mat, wie ke mat said lok naik duk atah. mung ning wak malu negeri...

Anonymous said...

nie ape kes pulok eh??? guane hamidin amin?? Ramez Dayoub tu x layak, mcm mane buleh daftar pulok?? base natang setang hamidin amin, azzudin ahmad!! FAM peraigai supe yahudi laknatullah!!

Anonymous said...

klausa 6 : All Foreign Players to be employed must be certified medically fit and free from illnesses such as HIV Aids, Hepatitis A, B and C by a Malaysia Hospital approved by FAM or State Football Associations.

-> import selangor yg satu lagi tu, tah ape nama dia yg masih injured. tu kira fit dan boleh selangor sign eh? tu profesional ke tak eh??

kalau selangor punye import diberi kelonggaran, terengganu pun diberi kelonggaran jugak, harap johor fc pun dapat kelonggaran jugak untuk gune khidmat 2 pemain brazil tu.

Anonymous said...

terang terang pegawai FAM sendiri kata yang FAM beri keistimewaan kepada selangor...negeri lain dpt tahu selepas tarikh tutup tapi hamidin duduk dlm FAM dpt tahu awal

Anonymous said...

Hamidin dan Azzudin tau berlembut dengan Selangor dan Singapura ja.....

tp kali ni, Selangor ada probelum mesti FAM akan berlembut dengan Trganu......takut terpalit dgn import selangor ye....hhhhhhhhhh pandai ko Midin.

Anonymous said...

Ini bukan masalah ego ,ini masalah persatuan tak ambik kisah dalam pentadbiran.bukan nak sokong Fam.dalam kes ni kes Ramez sepatutnya selangor pun dikenakan tindakan.jika kes ini dibawa berbincang dan terengganu dan selangor dibenarkan pemain import mereka.maka bertambah la buruk perpeksi terhadap FAM, pentadbiran tak telus dan tak tegas.maka liga malaysia ni liga bodoh.negara lain tak akan pandang liga malaysia sebab tidak ada ketegasan dan selangor sebagai anak emas dalam FAM.jadi ini tidak adil. Fam patut tegas walaupun selangor jugak melakukan kesilapan.

Anonymous said...

agok2 peter butler tu memenuhi syarat ke x jd coach kelatang?? fam kene siasat ni, kalu x lps syarat kenekang tindakang ke klatang jugok.. coach tranung x pe, coach local.. hehehe.. jgn maroh, gurau skit je...
salam jumaat..

Dunia Baru said...

dok rok cetong.....

tok soh dok baloh la....dok dpt ubah keputusang nye.,..hehehe.,.

tunggu n lihat.

Anonymous said...

jawab la fam.. asal selangor je semua boleh.. team lain semua tak boleh.. ha.. rasakan.. harap2 tindakan diambil.. dan selangor dipotong 3 mata sebab menurun kan pemain import yg tak memenuhi syarat..

Anonymous said...

betol...kalau FAM nak bebetol tegas, ambil tindakan kat selangor.
suka kat posting yang mintak selangor punye mata dipotong sebab guna player import yang tak sah. FAM kene tegas kalau tu la yang die pertahankan selame ni. jangan sebab team tu selangor, die nak berlembut hati pulak.

Anonymous said...

bro..kat klausa 5.3 tu ade gtau "CURRENT NATIONAL PLAYER from countries with ranking higher than Malaysia ranking on 24-8-2011 ia allowed to play in M-League..so import2 team lain yg dr negara ranking lbh tinggi tu semua CURRENT NATIONAL PLAYER ke???

Anonymous said...

Liga M jgn jdi mcm Liga Indon pulak lpas nie, d haramkan oleh FIFA..d sbbkan pengurusan tak profesional..ikut lah peraturan yg sedia ada, bkan susah sngat pun..yg tidak betul tu ngaku lah kesilapan, yg xpuasati tu buktikan bhawa anda betul..

Dunia Baru said...

betul doh tu...jange jadi mcm kt indonesia....Liga byk sgt..pastu saling bertelagah...last skali....negara yg rugi

Anonymous said...

Saban taun ada jee isu...entahlaah

Anonymous said...

Tikam-tikam...haa mari kita tgk...saper yang kenaaa...

Anonymous said...

fam tidak berlaku adil...
dgn itu bola sepak malaysia tidak akan berkembang...

Anonymous said...

hohh..abih doh ko meeting wey? Apo result? haha..tungguu ape jwpn 'bijak' FAM kali ni....

jing ying said...

muktamad..FAM lanjut pendaftaran import smp 13/2/2012...nampaknya mat said menang...FAM kecuttttt...
mat said hero dimata penyokong teganu..PRU ni kepem dia menang ngan majoriti besarrrr...

Anonymous said...

tarikh pendaftaran pemain import dilanjutkan hingga 13 Feb...selamatla pemain import selangor tu...boleh tukar skali..kalau xlanjut pasti selangor rugi sbb byr gaji buta..bijakkk...bijakkkk

Anonymous said...

keputusan meeting..pendaftaran pemain import di benarkan sehinggga feb 2012 dan terengganu otomatik akan bawa pemain import mlm esk lwn felda united..

FAIZ FAKHIRIN said...

gapo2 pn...kelate keno meney mlm ni...xcaro la gano pn...

fan pahang said...

bagi yg x tahu, mulai disember 2011, ranking lebanon(lubnan) jauh atas kita dgn 111.. dan ramez dayoub slh sorg player yg men qualifying world cup yg mng dgn korea selatan 2-1 tahun lps. so, dgn pengambilan import yg dilanjut smpai 13/feb ni, ak rasa ramez lepas men utk selangor brdasarkan ranking lubnan (111) skrg.

Anonymous said...

Aku nampak sebab dilanjutkan tempoh ni jugak melibatkan,,"safee sali"..ada apa eh dengan safee sali...? hahaha....sendir fikir la ye...

Cebagoo Market said...

Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
http://cebagoomarket.blogspot.com/

Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...

Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket