Belumpun bermula saingan Liga Super 2012, Jurulatih
Kelantan, Peter Butler nyata sudah mempunyai CONCERN besar yang perlu diberi
perhatian serius, selepas menyaksikan anak buahnya tunduk 1-2 kepada Negeri
Sembilan, sebentar tadi.
Antwi : Perlu lebih masa untuk beri impak |
“ya, saya cukup kesal dengan kesilapan pertahanan kami,
kesilapan mudah, dan lawan memanfaatkannya. Ia tidak harus berlaku bukan sahaja
dalam perlawanan ini tetapi mana-mana perlawanan, kita leka. Saya gembira
dengan permainan ditunjukkan pemain saya, mereka bermula dengan baik,
meyakinkan, tetapi kemudiannya hilang fokus kerana kesilapan pertahanan. Kekalahan
ini sukar diterima, dan saya tidak lagi mahu pemain melakukan kesilapan mudah
seperti ini di masa akan datang, secara keseluruhan, permainan yang ditunjukkan
bagus, dan kita perlu lebih banyak mencipta peluang..”. – Peter Butler.
Meskipun bermula dengan agak baik, dengan mencipta beberapa
peluang jaringan, memaksa Farizal Marlias bekerja keras, dan berjaya merebut
gol pendahuluan pada minit ke-19, Kelantan umpama hilang punca selepas itu, dan
kerap kali membenarkan lawan mengasak.
Malah segalanya serba tidak menjadi buat The Red Warriors,
di mana beberapa pemain tidak beraksi pada tahap keupayaan sebenar antaranya
Norfarhan Mohd, Denny Antwi yang dikeluarkan dan digantikan oleh Badri Razi,
kebuntuan idea untuk mencipta gerakan-gerakan berbahaya, termasuklah kecederaan
yang dialami tonggak pertahanan Azizi Mat Rose, yang menyaksikannya digantikan
Nik Shahrul Azim pada masa rehat, manakala Zamri Ramli dibawa masuk
menggantikan tireless full-back, Aziz Ismail pada ketika perlawanan memasuki babak
akhir.
Ditanya mengenai keputusan merombak barisan pertahanan
tatkala Kelantan terdesak mencari gol penyamaan, malah masih memiliki Nurul
Azwan Roya dan S.Chanturu di bangku simpanan, ini reaksi Pengurus Pasukan,
Azman Ibrahim.
“memang kita nak cari gol, tapi kita rombak pertahanan
kerana yang bermasalah adalah pertahanan, barisan depan masih berfungsi dengan
baik. Kita tiada pilihan. Mengenai Azizi, saya jangka kecederaan yang dia alami
serius mungkin ACL, kita dah berhubung dengan pegawai perubatan, dan segala apa
yang patut sedang diuruskan. Dia mungkin tersisih sekurang-kurangnya 5 minggu,
kita akan maklumkan..”. – Azman Ibrahim.
No comments:
Post a Comment