Tuesday, January 3, 2012

Countdown : 15 Artikel Terbaik Suara Sukan

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua pengunjung/pembaca blog ini. Entri pertama untuk tahun 2012 ini, penulis mulakan dengan penyenaraian 15 artikel terbaik Suara Sukan bagi tahun 2011. Artikel dimaksudkan terbaik bukanlah dinilai menerusi bilangan LIKE atau SHARE, ataupun jumlah komen yang diterima. Sebaliknya, dinilai atas elemen penulisan, bernas pendapat yang disuarakan menerusi satu-satu artikel yang disiarkan, serta kriteria lain yang dirasakan sesuai. Here we go, countdown starts from 15. 



Jika ketika itu gandingan Mahali Jasuli - Muslim Ahmad - Fadhli Shas - Asrarudin Putra, sesekali dibantu kelibat Sabre Abu dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang hanya bolos 3 gol dalam 6 perlawanan (tidak termasuk perlawanan pertama Malaysia tewas 1-5), keserasian dan keampuhan itu nyata gagal dibentuk semula K.Rajagobal yang sekali lagi menyaksikan kesilapan mudah dan kelemahan pertahanan menjadi punca utama harapan Malaysia mara ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia ibarat 'telur di hujung tanduk'. 



"pada saya penyokong atau peminat perlu sokong dengan positif, sama ada time duk atas, atau time duk bawah, sama ada ketika menang, atau ketika kalah, dan dalam hal ini, saya akui penyokong Kelantan adalah contoh terbaik, mereka sentiasa bersama pasukan, memberi sokongan tidak kira menang atau kalah, itu faktor utama kejayaan mana-mana pasukan, bukan Kelantan sahaja, mereka sentiasa positif, ia satu fenomena, dan saya harap suasana seperti ini kekal sampai bila-bila..".



"ini team saya, i'm the coach, i know what i'm doing, bukan u sahaja, 80 ribu peminat yang datang tengok game cakap macam ni macam tu, takkan i nak dengar semua 80 ribu cadangan tu?? itu hak mereka, ini pula hak saya. I know my team as well, siapa layak main, siapa tidak..pergilah tanya Alex Ferguson kenapa dia tidak selalu turunkan Berbatov musim lepas, atau u pergi tanya coach Argentina kenapa tak menang dua perlawanan pertama Copa America, padahal main tempat sendiri, u pergi tanya pemain terbaik dunia Lionel Messi kenapa dia tak perform dengan Argentina, u all boleh cakap saya sepatutnya turunkan Ashaari, Shakir, tapi belum tiba masa..".


Katanya tidak pernah lantik, kemudian tidak laksanakan tanggungjawab? Kalau tidak dilantik, tak perlulah beliau laksanakan tanggungjawab, apa masalah? Masalah di sini, MSN bukan tidak pernah melantik, cuma Harun tidak sempat menandatangani pelantikan baru ekoran terjadinya insiden yang mana atlet di bawah bimbingannya lari dari menjalani ujian anti-doping, menyebabkan Harun menghilangkan diri seketika selepas insiden itu. 'Kehilangan' Harun itulah, ditambah pula pergeseran dengan KOAM, dijadikan alasan oleh MSN untuk tidak menawarkan kontrak baru, tanpa memberikan beliau sebarang notis, surat amaran atau surat tunjuk sebab.





Para pengkritik yang gemar mempertahankan setiap kali pemilihan pemain oleh Raja dipertikai, saya mahu anda tanya kepada beliau mengapa Amar Rohidan boleh kekal beraksi di atas padang selama 90+3 minit masa kecederaan, apakah sumbangannya?

Atau bertanya kepada Rajagobal, apa yang meyakinkannya untuk menyenaraikan Norhafiz Zamani di kesebelasan utama sedangkan pemain itu masih tidak sepenuhnya RECOVER dari kecederaan ACL yang dialami (kalau ada keraguan, boleh tanya sendiri Norhafiz sama ada dia dah FULLY RECOVER atau belum). Atau anda juga boleh bertanya apakah Joseph yang mengambil alih posisi Safiq Rahim yang digugurkan semata-mata kerana kononnya OUTPERFORM dalam 1,2 perlawanan berjaya mempamer penguasaan bola yang baik?

No comments: