Wednesday, January 4, 2012

Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM


Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8 Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.

“kita kekal dengan keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas Dato’ Hamidin ketika dihubungi penulis sebentar tadi.

Ini nyata bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012.

“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012, hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari, Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )

Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain import, Tercio Nunez Machado.

Malah, ia juga pastinya hakikat sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat dalam saingan domestik musim ini. 

Apa yang pasti percanggahan ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam menangani perkara ini.

19 comments:

encik Cool said...

ternyata sgt memalukan!!

Anonymous said...

blog ni dh lame senyap....
tetiba wt gempak plak...

Anonymous said...

naka jugok pasukanG tranung nih.. hahahha......

Anonymous said...

senyap sbb terikat dgn komitmen lain. saya bukan blogger sepenuh masa, :)

-admin-

Anonymous said...

benda ni tidak sahih lagi..
surat pekeliling ade sbg bukti mengatakan tarikh akhir pendaftaran pemain import untuk pasukan Terengganu adalah pada 9 Januari 2012.oleh itu tidak timbul isu kelewatan daftar.melainkan ada tangan ghaib yang campur tangan menghalang peluang pasukan Terengganu mendaftarkan pemain import.

Anonymous said...

sek barak deki ngn ganung..haha..nk nipu pun biar logik.kite tgok ah nati import ganu buleh main dok..ghaddar mg xrok skepeng harang..hahaha

Anonymous said...

Siapa dia kata import terengganu tidak boleh main liga super 2012? surat pekeliling dari fam dah di keluarkan baru ini..jelas.. kalau si hamidin kata tak boleh memang cari kes la dia, Sebab itu surat dari fam sendiri.. kenapa anggota FAM yang lain diam membisu ?? wakil kami TFC dah bertemu dengan PBSNT sebentar tadi berbincang berkenaan perkara ini.. harap maklum.

mdfaizal said...

Terengganu je boleh? apesal!!!!!!!

trw in my heart said...

penyokong ganung nk marah gi la marah fam ke, hamiding ke, yg nak marah org yg mnyampaikan info nape haha,

Anonymous said...

tranunG mmg staranggggggggggggg.......

Anonymous said...

hebat lah penulis artikel ni, bole col direct hamidin...

Anonymous said...

ganu dok rok cetong

Dunia Baru said...

jem sek ganu....blog ni menyampaikan jek....bukan yg buat keputusang...yg wat keputusang sek2 FAM.....g tanyo molek.

Anonymous said...

dah nama pun wartawan, ape yg peliknya..

Robin van Aiman said...

terima kasih anonymous tolong jawab.

adalah dimaklumkan saya bukan blogger yg menulis sebab takde keje lain nak wat kat umah, saya blogger tidaklah ternama, tidaklah terkenal.

tapi saya adalah wartawan, kenapa nak pelik dah memang kerja wartawan jumpa orang tu orang ni, for ur information, suara sukan mmg blog, tapi blog yg diiktiraf sebagai media. kat sini takde info atau artikel memfitnah org, gossip, atau nukilan sekadar suka2 bercerita ttg hobi, atau sebagainya. saya menulis perkara yg betul dan menyampaikan kepada umum, kamu yg mencaci dan memaki hamun, tanggung sendirila yer.. :)

Anonymous said...

setakat bagitau tepon midin, semua orang boleh tulis, bukti tak ada tak boleh percaya

:: akUtokWer :: said...

baso darat set ganu ne....
.

Anonymous said...

baik admin la sanggup nk call midin nga judin tu..abah mu che mat jusoh tu ado wt gapo sapa xnanya kaba nah,ko bz telajok.ore tulong kabo pun mujur ..

Anonymous said...

tak payah ckp byk.. kita tunggu liga m start. tgk teranung tegelang boleh guna import atau tak.. boleh la tgk nanti sape yg kena jilat muntah sdri.