Friday, October 7, 2011

5-0, Sentuh Bola Sekadar Untuk Buat Clearance


Andai masih ada penyokong tegar susah mati yang tidak boleh menerima mengapa seringkali dipertikaikan pemilihan pemain serta kewujudan Amar Rohidan & Asrarudin Putra Omar dalam skuad K.Rajagobal selama ini, aksi sebentar tadi menentang Australia yang mana kita kalah ‘bermaruah’ 5-0, bukannya 10-0 sepertimana kata beberapa peminat setia bolasepak tanah air mungkin jawapan terbaik kepada keraguan anda.

Tewas 5-0 kepada Socceroos nyata cukup mengaibkan, apatah lagi Australia turun tanpa deretan pemain bintang antaranya Harry Kewell, Brett Emerton, Tim Cahill dan Mark Schwarzer, malah beraksi seolah-olah berlatih sesama mereka, selain pemain negara sekadar dapat menyentuh bola hanya untuk membuat CLEARANCE, dan tidak mampu memegang bola lebih daripada 4 sentuhan. 

Liputan serta publisiti meluas media, yang menyaksikan nama Safee Sali dan Norshahrul Idlan diangkat sebagai pemain yang mampu mencipta sensasi pada perlawanan ini, tidak lebih daripada satu gimik penyeri pra-perlawanan, namun apa yang lebih dikesali, kepincangan yang begitu terserlah di barisan pertahanan dan tengah hingga menyaksikan HARIMAU MALAYA diperbudak-budakkan begitu sahaja di Canberra.

Penulis takkan mempersoalkan kenapa kita terima pelawaan Australia (itu soalan bodoh yang tidak masuk akal), penulis juga takkan mempersoalkan kenapa tiada Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Ashaari Shamsudin dan Shakir Shaari dalam pasukan (itu bukan cerita baru, dan kalau diungkit sekalipun jawapannya ‘saya kenal pemain saya’ ) – jawapan yang sudah dihafal Rajagobal, dan sudah lali, muak, basi di telinga pemerhati. 

Siapa yang menonton perlawanan, dan pandai menilai prestasi pasukan secara keseluruhan, tanpa dikuasai emosi, amarah, prejudis pastinya berkongsi pendapat sama, apatah lagi melihat aksi tidak bermaya barisan kononnya berwajah baru Rajagobal ini.

Jika dulu selepas tewas kepada Singapura ramai yang mencadangkan untuk dibawa masuk pemain senior seperti Norhafiz Zamani Misbah atau Joseph Kalang, mungkin sekarang anda dapat lihat hasilnya (penulis tidak pernah mencadangkan nama mana-mana pemain senior mahupun junior, yang seringkali penulis sebut – AS, BB, dan SS, ini kerana kita menilai pada potensi, bukannya nama). 

Siapa yang bermain sekalipun, sama ada senior seperti S.Subramaniam atau junior seperti Muslim Ahmad, andai tidak mampu memberi aksi 100%, lingkuplah jawabnya. Para pengkritik yang gemar mempertahankan setiap kali pemilihan pemain oleh Raja dipertikai, saya mahu anda tanya kepada beliau mengapa Amar Rohidan boleh kekal beraksi di atas padang selama 90+3 minit masa kecederaan, apakah sumbangannya?

Atau bertanya kepada Rajagobal, apa yang meyakinkannya untuk menyenaraikan Norhafiz Zamani di kesebelasan utama sedangkan pemain itu masih tidak sepenuhnya RECOVER dari kecederaan ACL yang dialaminya (kalau ada keraguan boleh tanya sendiri Norhafiz sama ada dia dah FULLY RECOVER atau belum). Atau anda juga boleh bertanya apakah Joseph yang mengambil alih posisi Safiq Rahim yang digugurkan semata-mata kerana kononnya OUTPERFORM dalam 1,2 perlawanan berjaya mempamer penguasaan bola yang baik dan memikat hatinya? 

Ini bukan game lawan skuad Ong Kim Swee lah kawan, kalau ada yang baca artikel tempoh hari selepas INTERNAL FRIENDLY, penulis ada kata dengan barisan pemain yang ada, jangan kita kena kaw-kaw dengan Australia, (baca sini), jadi adakah analisis, penilaian saya salah? Masa tu, siap ada yang cakap penulis  adalah orang paling bodoh buat analisis dan bagi komen, berat sebelah dan kenegerian sebab asyik sebut nama Shakir. Kepada individu berkenaaan, kalah 5-0, penilaian yang bodoh atau tepat? 

Pemain ada ON dan OFF mereka, tapi kalau dah selalu OFF apa gunanya simpan dalam pasukan. Pemain yang bagus, sebelum ini pernah tersenarai digugurkan tanpa diberi peluang membuktikan sesuatu, manakala pemain yang sebelum ini sekadar hadir ke kem pusat, kemudian pada hari pengumuman senarai akhir seringkali dihantar pulang boleh pula dibawanya untuk menentang Australia, pasukan ranking ke-19 dunia. 

Umpamanya pemilihan Shahrizal Saad dan K.Rubben, apa agaknya kelebihan mereka? Kalau nak cuba pemain baru, tak perlulah masa lawan Australia wahai Rajagobal, ia memberi kesan pada ranking. Lepas ni FAM jemput main friendly pun tiada pasukan yang hendak. Nak cuba pemain baru, cari team sama standard seperti Felda Utd, PKNS Selangor atau Sime Darby FC.

Tertarik dengan komen salah seorang rakan, "Rajagobal, anda mensia-siakan sebuah perlawanan bertaraf Grade A..". Memang benar, cuba kira berapa banyak perlawanan persahabatan antarabangsa Grade A membabitkan pasukan negara setiap tahun? Balik-balik Myanmar, lepas tu perlawanan lawan kelab yang tidak banyak mendatangkan faedah. Bila tak dapat tarik lawan, mulalah jemput Maldives, Zimbabwe, yang senang dimakan, tapi itupun takleh makan. Jadi bila lawan Australia, pemain yang diturunkan haruslah yang terbaik, tapi dipersiakan Rajagobal dengan alasan nak cuba pemain baru, WHAT A WASTE.

Analisis Ringkas

Khairul Fahmi sekali lagi mempamer aksi tip-top, dengan beberapa aksi menyelamat berani cuma ‘dikecewakan’ barisan pertahanan yang seolah tidak langsung berfungsi. Dari pertahanan kiri, kanan, tengah semua umpama tidur, ada 5 pemain  dalam kotak penalti pun masih begitu mudah buat penyerang lawan menjaringkan gol, tiada siapa berani challenge bola, dan salah satunya kesilapan mengaibkan Muslim yang nyaris menghadiahkan gol buat lawan. Tengah, TOTALLY OUT. Tiada komen selepas melihat aksi Amar, pemain kesayangan Rajagobal, kegagalan menguasai kawasan ini antara punca mengapa Safee dan Norshahrul tidak mendapat bola seterusnya gagal mencetus impak.

34 comments:

Anonymous said...

pemain malaysia ibarat 'badut' bila pemain Australia hanya gelak dengan gelagat pemain malaysia terutama bila Robben Malaysia menekel referee..

Anonymous said...

tak tahu nak ckap ape dah...mmg terok game td berat sbelah...bila la bleh tgk msia ok skit...kna buat rombakan besar-besaran...player baru yg main tak mnjadi sgt...better player yg sblm nih..hampehh tol

Anonymous said...

absolutely great analisis cesc aiman, i agree with u. nak test player cari team sama standard, apa yg dapat kita lihat, coach malaysia tiada langsung nilai judging player potential, ZERO. no point u stick with same player walhal u dah nampak hasilnya bukan sekadar 1,2 perlawanan. Amar tak pernah menjadi, but from world cup qualifier, until game lawan team EPL, then singapore. tp kenapa dia kekal, adakah dia ada hubungan darah dengan Raja?

Haunter99 said...

Setuju dgn artikle nie....
nak tambah skit, ape yg dapat saya perhatikan, Ong Kim Swee handal dalam tactical defendsive, manakala Rajagopal dalam tactical Attacking.... Cuba lihat masa team yg di latih OKS ketika lawan Chelsea, Norhafiz berkesan, Subra berkesan.... Tapi apabila lawan Australia, Norhafiz tak menjadi... Saya rasa kalau mereka berdua berkerjasama, mungkin.. mungkin la... tactical kita akan menjadi... biar OKS fokus dalam defensive, manakala Rajagopal dalam attacking... perkara ini boleh dilakukan, tak mustahil.....
~sekadar pendapat~

Looiz said...

HAHAHA..TANPA LASER MALAYSIA GA AKAN BISA MENANG..

pojak said...

well said.rajagobal kata bagi diA masa.hahahaha..ada ke coach negara lain suak2 hati boleh mintak masa.kalau negara lain da kena pecat awal2 da

Anonymous said...

Kita hantar kelab juara piala Malaysia aje ganti team Malaysia..apa macam..ok tak..

Anonymous said...

Bak menconteng arang ke muka, sudah hitam bertambah hitam. Lepas ini kita tengok apa jawapan rajagopal.

Cara Malaysia main sungguh memalukan, pasing bola teruk, kawal boleh lagi teruk, tiada skil mengapa rajagopal tak ajar mereka.

Bila kalah dengan Singapura Rajagopal kata kita tak kalah di Malaysia hanya seri. Bahkan Selepas main dengan Leverpool, MU, Calsea dan Singapura Malaysia kalah !!!!! dan kalah !!!

Ingat pemian Austriala yang bermain oetang tadi hanyalah pemian simpanan sahaja, kalau jaguh-jaguh barang kali 12
- 0

mdfaizal said...

kekalahan yg sukar diterima sebab tahap permainan mengecewakan. kalau kalah 1-0, 2-0 tetapi melawan dengan pelbagai percubaan orang tak marah sangat.

bandingkan dengan friendly:
Jepun 1 - Vietnam 0
Arab Saudi 0 - Indonesia 0

Bandingkan wahai rajagobal & FAM!!! Kenapa vietnam boleh kalah 1-0 je? kenapa kenapa? kenapa diorg tak kalah 4-0?

Anonymous said...

sedih tgk game tdi. dibelasah oleh rata2 pemain2 simpanan australia. malah mereka boleh gelak2 lagi ibarat ini sessi latihan mereka.

adakah australia merasa satu pembaziran mengadakan friendly game dgn kita yg mampu mereka menangi tadi lebih >8 gol kalau mereka benar2 serius. rasanya peminat mereka dah menganggap permainan msia setaraf tonga, fiji, PNG, american samoa yg teruk mereka lanyak sewaktu sama2 beraksi di zon ocenia dulu.

Anonymous said...

analisis bro aiman tak tepat jugak...
badrol bakhtiar bermain teruk jugak tadi walaupun dah berpengalaman bermain di peringkat antarabangsa agak lama berbanding dgn player2 lain atas padang....

'bb' yg dimaksudkan tu badrol bakhtiar kan..?
pemain yg dicadangkan sebelum nie...?

Anonymous said...

masa kita marah kenapa x senaraikan Shakir Shaari dengan Subramaniam dio kato kito ni bias dgn negeri kito jah..soalnya, adakah kito suggest smua pemain kelate??

kenapo kito x bersungguh mano pun nak sruh raja amik s.chanturu ke, nurul azwan ke? sbb kito cubo suggest nama yg terbaik yg at least msti kena ada dlm team msia ni.

dan macam aiman pun wlpun support kelate, tp Ashaari Samsudin dengan Baddrol tu kan pemain negeri lain, jd whats the point kata kita bias??

kita juga persoal kenapa safiq-amirul trus digugurkan. penggantinya hanyalah seorang pelajar UKM yg xda experience even dlm saingan Liga Super/Piala Msia akhirnya jd bahan ketawa.

sungguh sy kecewa dgn rajagopal..pemilihan pemain totally confused seakan raja lgsung x buat homework.

adakah raja tahu team mana plg byk control bola dlm Piala Msia. kalo x tahu sy nk bgtau, Kelantan. Midfieldnya ckup kreatif ditunjangi Shakir Shaari.

Tahukah Raja team yg ada kuartet penyerang berbisa yg menghadirkan byk gol - Terengganu dgn (Ashaari-Manaf-Hadi-JKT)..

Dlm sukan universidad, pemain yg mnarik perhatian sy bukanlah K.Ruben, tp Fakrul Razi, Hisyamudin Shaari dan Bunyamin Omar.

Dan kes Amar Rohidan, Asrar, Izzaq ni dah jemu nk komen..

Anonymous said...

persoalannya di sini.adakah rajagopal membaca komen2 yang ditinggalkan di sini, atau pun kita hanya syok sendiri memberi komen sedangkan tuan empunya diri yakni Datuk k rajagopal tidak memandang dan tidak memberi perhatian langsung kepada komen2 peminat yang cintakan bola sepak Malaysia?

Nazrinn1 said...

Minta pihak admin ambil serius pandangan saya ni. Saya ex student University of Birmingham (UBSport) nak share sedikit apa yg saya belajar tentang subject Psychology and Mentality. (P&M)

Walau apapun keputusan malaysia, saya tetap sokong tetapi jika kalah 5-0 dgn ball possession blh dikatakan 95%-5%, saya sgt dukacita. So saya nk komen sedikit perkara yg mungkin tak kena dgn pemain Malaysia.

1. Takut & Gementar.
Kalau main senyap, mcm mana prasaan takut tu nk hilang? Sepatutnya, bila pemain dikasari atau diterjah lawan, kite berhak utk menjerit. Jika sgt kasar, pemain lain blh tanye pengadil tp jgn tlalu over. Nmpak bodoh kan? Pdhal itulah cara kita nk hilangkn perasaan nervous dan itulah juga psychology. Kalau situasi biasa, (time pemain pegang bola), mana kapten? I mean, tak nak susun pemain ke? Bknnya nk suruh bising 90minit tp inilah sebenarnya cara bila kita nk hilangkn prasaan takut n yakinkan player lain. Seriously, mngkin players ada prasaan malu utk berbuat demikian.

2. Pemain pertahanan.
Kenapa mereka langsung tak cerdik? Mane center back or last back? Ada mmg ada tp fungsi tu ada ke tak? Sbg contoh jika player mereka dpt lorongan bola ke arah last back pemain kita (menghampiri offside), apa salahnya angkat tangan? (walaupun sebenarnya tidak offside). Dan jika dpt challenge bola itu, ataupun bola sudah di luar padang (wait for throw in), sepatutnya pandang linesman, tunjuk sedikit protes dgn hanya menjerit 'hey' (bukan selalu). Keeper juga spatutnya memainkan peranan utk sound defend yg leka. Kalau boleh, marah serta maki. takkan defend tu nak kecik hati? Bukankah anda professional?

Nazrinn1 said...

3. Diingatkan sekali lagi, saya di sini komen tentang apa itu P&M. Nak bercerita tentang taktik pon KingGopal dah ajar semua dah. Nk cakap pasal individual skills, semuanya berbakat. Time main sesaje petang2 kat kampung, ngan kawan2, mahupun time training, power pulak kan? tp kenapa bila ada match besar2, semua tak kena? Nak ckp takde stamina? coach tak bagus? salahkan padang? Maafkan saya, itu semua adalah bullshit. Sbbnya, hari2 anda training, anda sudah didedahkan kepada semua aspek. So? Bukankah saya katakan ini adalah kelemahan dari segi P&M pemain itu sendiri?

4. Baiklah, mungkin saya silap sbb Australia (19th) dgn Malaysia (147th) bagaikan langit dan bumi dari segi rankingnya. Tetapi kenapa sampai ball possession 95%-5%? Sentuh bola pon sbb buat clearance. Takut? Hilang arah tak tau nak buat apa? Kenapa? Time training bukan main lagi taktik itulah inilah tp bila real match, semua tak menjadi. Anda terfikir tak mengapa itu terjadi. Bende bodoh dan simple seperti P&M inilah sebenarnya punca kegagalan anda. Saya ckp bodoh dan simple sbb penerangan ini mcm kelakar bukan? Tetapi itulah fakta dan punca sebenar. Anda lemah, takut, tidak yakin, terlalu menghormati lawan. Sbenarnya semua tu boleh diatasi jika pendekatan ini didedahkan.

5. Adalah berbesar hati utk saya dan jutaan peminat Malaysia melihat pasukan bola sepak negara disegani setanding dgn Jepun dan Korea Selatan sebagai contohnya. Anda berjaya menjulang Piala AFF Suzuki, anda gah dgn title pingat emas Sukan Sea. Okay fine, anda nak ckp time tu negara yg bertanding takde lah beza ketara sgt dgn Malaysia kan? Pernahkah anda terfikir, P&M players kita dibantu oleh:
a) Penyokong setia Malaysia sendiri yg memenuhi stadium.
b) Perasaan ingin menang kerana players tahu ada pasukan kerdil yg boleh ditewaskan seterusnya mampu melangkah ke pusingan yg lebih jauh.
Jadi, di manakah P&M players apabila mengadakan international friendly?

6. Maafkan saya jika teguran ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh coach. Saya menghabiskan masa sejam utk memberikan komen yg ikhlas ini semata2 sebab sayangkan bola sepak negara, begitu juga dengan peminat2 lain. Diharap apa yg saya share ini dpt manfaat daripada pihak2 tertentu. Ingatlah, anda masih beruntung dgn adanya penyokong setia seperti Ultras Malaya yg sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan kepada anda tidak kira pasang ataupun surut. Di mana anda berpijak, di situ kami bersorak.

Terima kasih.

Harimau Tanah Melayu said...

Pendapat yang ringkas tapi padat ...
Harap ada pemain pelapis yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bukan x percaya skuad rajagopal sekarang, tapi umur mereka dah bertambah dan kemampuan mereka telah "limit". Tindakan FAM membenarkan pemain import bermain di Liga M amat sesuai kerana pemain tempatan akan terdedah dengan corak perlawanan yang lebih "high class". Diharap Liga M akan lebih bermutu kerana pemain kebangsaan diambil dari Liga M.

Anonymous said...

satu dimensi baru dlm dunia bola sepak..1 perkara yg masih gagal d praktik kan oleh sebahagian besar atlit negara atau pemain adalah perasaan gemuruh , gentar , terlalu berhati2 n hormat lawan & yg paling ketara adalah hubungan senior n junior diatas padang..

Anonymous said...

yang aku kelakar slmlm sampai 2 player malaysia tackle player aussie, gelak player tu.. hahah.. sampaikan rueben terjah referee.. hahah

hazim abha said...

x tau la nak kata apa. nangis je la.

Anonymous said...

Amar rohidan tu aku stuju x patut ada tp asrarudin aku lgsg x setuju.bila dia main center back masa 2nd half tu mmg bagus sgt,sume asakan dia dpt sekat.mgkin dia kurang sesuai main bek kiri sbb asrarudin ni suka pegi tgh,tu yg takde pemain jaga bek kiri.cube je tngok skil asra masa main center back,senang2 je dia gelecek pemain aus.

Anonymous said...

Kadang2 sy dah malas nk amik tau psl skuad raja ni.berbuih dah kita komen,balik2 pemain tu jgk.pemain baru yg dipanggil pun lgsg xde kualiti (joseph,ruben).ramai lg yg bagus2 mcm azi shahril,fazrul hazli,subramaniam,shahrulnizam.bila suruh raja dipecat,kata peminat lalang lah,bukan penyokong sejati lah.tp raja sendiri yg taknak berubah dan ego.baik bagi sathianthan jd coach,takde keras kepala mcm raja.

Anonymous said...

GK - Khairul Fahmi
DF - Aidil Zafuan, Norhafiz Zamani Misbah (yang fit ye), Azmi Muslim, Mahalli Jasuli, Fadhli Shas
MF - S. Kunalan, Wan Zack, Badrul Bakhtiar, Shakir Shaari, D. Saarvindran
FW - Norshahrul, Safee Sali, Yong Kuong Yong, Faiz Subri, Zaquan Adha (lama x tgok)

Cube line up baru ni. Terbaik dari ladang bola sepak Malaysia

Anonymous said...

paling kritikal bahagian center midfielder.amar dan joseph hancur.rajagopal ni bodoh,dia tak terapkan corak SERANGAN dari bahagian center midfielder padahal taktikal tu lg bagus dari harapkan winger sbb lebih dekat dgn striker.cuba tngok australia,mulakan serangan dari bahagian tgh,main pusing2 skit dgn winger,tup2 goalll!......peace!

Anonymous said...

Aku plak line Up terbaik: GK-Farizal Marlias, Khairul Fahmi, DEF-Sabre Abu, Aidil Zafuan, Subramaniam, Asraruddin, Nasriq Baharom, Thiru Murugan, Fadhli Shas, Fandi Othman, MF-Saarvindran, Irfan Fazail, Fazrul Hazli, Azi Shahril, Wan Zack Haikal, Faizol Hussain, Ashaari, Baddrol Bakhtiar, Safiq (free kick expert), FW-Safee Sali, Matyo, Farderin Kadir, Zaquan Adha, Shafiq Jamal

Anonymous said...

pemain kita sbnrnya ramai yg boleh tahan baik tp disini penilaian pemain dn taktikal ktika match seseorng coach yg jd sbb utama konsistensi pasukn yg dbentuk..

aku cdngkn kt fam..sblum trlambat..tukar coach..ambil coach dr asia trutama jepun atau korea..diorg ni kita dh tau displin..xblagak..tegas..so skuad bwh penilain coach ni mesti stamina bagus dn speed..

x yh tunggu 2015..buat skarng sblum kritikn penyokong jd punca kemerosotn pasukn negara..

Anonymous said...

mmg diakui sistem kerja & budaya org jepun & korea sel tinggi. pemain2 mereka berdisiplin tinggi & menghormati coach. dulu ditulis dlm paper, coach korea sel, park jung-hwan menampar pemainnya kt bangku simpanan lepas habis game pestabola merdeka sekitar tahun 90an dulu.

gus hiddink pun pernah bagitau beliau terpaksa merayu pemainnya supaya keluar malam utk release tension masa wc 2002.

tp kt msia ni dibimbangkan x kira apa sukan, pemain2 lebih rapat dgn pengurusan banding dgn coach. bila x tahan dgn sistem latihan, mula ngadu kt pengurusan utk cari jalan cantas coach. lainlah kalau coach tu dh x berkesan, hilang kreativiti.

Anonymous said...

AKu geram sgt ngn rajagopal gila tuhhhhhhhhhhh..raja, mung pandai dop pilih pemain raja wei??sia2 la game kelas A yg mybe 100 thun sekali malaysia dpt..aku dri dulu lg tk nmpk apa KEHEBATAN AMAR ROHIDAN dan ASARUDIN ni..raja, mug tahu dop gol ptma smlm sbb siapa? Asarudin mung tu la..germ wehhhhhhhhh...raj raja raja raja,.ada dpn mata, aku terajang raja ni..Amar tk lebih dri kejar bola dan tgk org jah..Defensive mieldfielder apa lgu ni? po taik main...tk dop usaha nk rmpas bola...tak dop ore ke raja??geram aku raja ni..kita ramai pemain berbakat, tp kita jd sia2 sbb raja ni tk pandai latih dan pilih pemain!!!!

Anonymous said...

kalau kalah besar sekalipun kami tak kisah kalau corak permainan yg baik ditunjukkan skuad 'baru' Raja. keputusan Raja amat mengecewakan penyokong2 Harimau Malaya.

Anonymous said...

Asra bagus ape.yg main mcm taik amar,mahali,joseph,zubir azmi,kunalan dan muslim!

Anonymous said...

Salam...tukar coach!!...cari coach yg guna taktik total football sbb ia sesuai dgn saiz pemain2 kita yg bertubuh kecil ni...meluat tengok taktik Raja yg suka main long passing ni...

Anonymous said...

Kunalan bodoh.winger plg tak guna penah aku tngok.dia dpt 2 kali peluang utk jaringkan gol.lincah je lebih tp shot bola mcm bangsat!!

Anonymous said...

GK:khairul fahmi,farizal marlias.
DF:muslim ahmad,fadli shas,aidil,subramaniam,mahali jasuli,asrarudin,nasriq baharom.
MF:safiq rahim,shakir,shukor adan,badrol bakhtiar,khairil muhaimin,s kuanalan,wan zack haiqal,fandi othman.
ST:zaquan adha,manaf mamat,idlan talaha,safee sali,ashaari,shahrul ain.

Anonymous said...

Amar Rohidan nie lebih kepada defensive je..kalo suruh jd amf mesti jahanam...Amar Rohidan jd dmf pun bukan bagus sangat...
Kita perlukan DMF yang berani challenge n rebut bola dari kaki lawan...bukan hanya sekadar pi pressure lawan n just tengok lawan bawak bola ..watpe last2 bola kat kaki pihak lawan gak..amar rohidan kalo nak pi wat kalut kat pihak lawan bolehla tapi bola kat kaki lawan gak..aku harap kedah buang dia musim depan..
Kingopal kene cari DMF yang berani rebut bola dari kaki lawan barula ball posession kita improve kat tengah n takdele sentiasa dok bertahan je..
Yelah nak wat camne DMF kite tukang tengok bola je n just escort pihak lawan je tanpa berani merebut/mencuri bola dari kaki lawan..
Kalau aku jadi KingGopal aku akan wat sesi latihan khas kat Amar nie camne nak rebut bola dari kaki lawan secara fairplay dan aku akn suruh dia main cb or sb supaya dia dapat asah cara nak rebut bola dari kaki lawan..

Anonymous said...

kalo admin da ckp cmtuh..admin jela gnti rajagopal k..xpon ape kate admin yg maen..bgos gk tuh kn..ble mng puji mlmbong..ble klh mule lah kutok sane kutok cni..xde smgt tol..apela..sng2 spe yg byk kritik ni.bg je maen..tgok mng ke x..ase ye lg klh trok ..mao 20-0..:))