Friday, October 7, 2011

Tahniah Dato' Noorul Ariffin..


Noorul (dua dari kiri), menyampaikan sumbangan kepada Yakeb baru-baru ini
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dato’ Noorul Ariffin Bin Abdul Majeed di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ra’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah sempena Hari Keputeraan Baginda. 

Dato’ Noorul adalah bekas atlet olahraga negara, yang mewakili Malaysia dalam acara lari berhalangan di Sukan Sea 1989 dan banyak menyumbang kepada kebajikan bekas atlet negara melalui syarikatnya NPI Corporation (M) Sdn. Bhd dan Septronic Skills Training Center Sdn. Bhd.

Selain berperanan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Atlet Malaysia Berhad, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NPI Corp, Pengarah Spice Garden Restaurant Sdn. Bhd, Pengerusi Septronic Skills Training Center, Pengerusi Malaysia Singapore Vintage Car Register, dan Pengerusi Koperasi KIMMA Malaysia Bhd.

No comments: