Tewas selepas mendahului sehingga tempoh 10 minit terakhir, itupun angkara kesilapan pemain sendiri pastinya perit untuk ditelan, namun itulah hakikat yang harus diterima dengan sikap professional dan terbuka oleh kem Terengganu, sama ada jurulatih, pemain mahupun penyokong mereka.
foto : Bernama |
Inilah situasi sama yang berlaku di final Piala Fa Jun lalu, di mana Kelantan mendahului sehingga minit terakhir permainan sebelum dikecewakan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin dan gol kemenangan Nordin Alias, maka penyokong Terengganu pastinya faham inilah perasaan sama yang dirasai penyokong Kelantan ketika itu – peritnya untuk menerima kekalahan selepas dijanjikan mimpi indah.
Yang peliknya ketika itu, majority media cetak/eletronik menjadikan Daudsu sebagai topic utama hingga ada sebuah akhbar menjadikan “Terima Kasih Daudsu” sebagai tajuk utama BACKPAGE, tetapi kali ini, tiada pula istilah “Terima Kasih Sharbinee” digunapakai oleh akhbar sama, mahupun media lain.
USAH RISAU, ENTRY INI BUKAN UNTUK CONDEMN MANA –MANA PEMAIN TERENGGANU, penulis sendiri ada mengatakan Terengganu di kelas tersendiri beberapa hari sebelum aksi final, justeru tidak timbul soal provokasi atau kenegerian di sini. Anda semua telah melakukan yang terbaik untuk mara sehingga ke final kedua musim ini, cuma kelalaian, kealpaan di saat akhir sepertimana disifatkan Irfan Bakti memakan diri sendiri, hingga Terengganu gagal dalam misi merangkul DOUBLE dan pulang berputih mata.
Kini, 2011 sudahpun melabuhkan tirai dengan Kelantan muncul juara Piala Sumbangsih dan Liga Super, Terengganu selaku juara Piala FA dan Negeri Sembilan menutup tirai dengan bergaya, merangkul Piala Malaysia meskipun pada awalnya berstatus UNDERDOG dan peluang mereka awal-awal lagi dinoktahkan pemerhati, termasuk penulis sendiri, yang memilih Kelantan dan Terengganu untuk bertemu di final.
Kejayaan Terengganu mara sejauh aksi final, memang sudah dijangka dari awal, apatah lagi mereka layak dilabel antara pasukan terbaik Liga Malaysia, dengan aksi konsisten dibantu kerjasama sepasukan tinggi ditonjolkan barisan pemain mereka, yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 pemain kebangsaan – Sharbinee, Zubir Azmi, Joseph Kalang, Ismail Faruqi, Ashaari Shamsudin dan Abdul Hadi Yahya.
Terengganu harus bingkas bangkit melupakan kekecewaan, dan tempoh seminggu selepas ini pastinya tempoh cukup getir bagi Sang Penyu, dalam menentukan pemain mana untuk dikekalkan dan disingkirkan tatkala pasukan pencabar utama lain seperti Kelantan dan Selangor pastinya sudah bersedia dengan resipi musim baru, termasuk pengambilan pemain import.
“ya memang kita kecewa, tapi inilah bolasepak kita pantas dihukum apabila sedikit lalai, tapi saya tidak mahu salahkan sesiapa, kerana bolasepak permainan sepasukan, kita juga sepatutnya berterusan mencipta peluang walaupun sudah mendahului, kita dapat peluang tapi kita tidak manfaatkan..yang penting kita akan bangkit sebagai pasukan yang lebih mantap dan garang selepas ini, apa sekalipun saya serahkan kepada pengurusan untuk persediaan musim baru..”. – Irfan Bakti.
2012, pastinya menjanjikan saingan lebih getir buat Terengganu kerana status juara Piala FA turut melayakkan mereka untuk beraksi di Piala AFC bersama-sama Kelantan, justeru Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) perlu segera merangka pelan strategik untuk memastikan Terengganu terus kekal sebagai kuasa utama bolasepak tanah air.
15 comments:
klah krana jaringan je.. tp keseluruhan pasukan kita dh bleh dbggakn sbb aksi konsisten spnjang musim... smua kjohanan musim ni kita leh g final... terbaekkk.. -fans tganu
n9 bermain lebih baik dan cipta lebih peluang utk jaringkan gol.. n9 ternyata pasukan yg lebih baik sepanjang kejohanan dan perlawanan akhir. terengganu hanya hebat counter attack..
trg antara team plg konsisten di malaysia selain kelantan..n9 mmg x di nafikan sebuah pasukan yg pnh dgn taktikal selepas azrai amik alih...tp game final ternyata game trg mmg berbeza...trg lambat untuk mncari rentak.dan ternyata gugup style n9 tonjolkan...yg byk men long pass dan cmpur ckit short pass..mmg target diorg hai o...jika sblm ni trg dpt rentak apbila bertemu ng kelantan n selangor yg ternyata game diorg byk short pass..kali ini trg xdpt ikut rentak n9...trio tgh diorg pn nampak x smooth kalo nk d bandingkan game sblm ni...nyata kemasukan nordin alias sgt merugikan..krn nordin hanya lah player winning ball type..begitu jgk ng reshafiq..nordin power nye msh x ckup utk 1st 11..sub ok..spatutnye ismail faruqi dhlu yg men..dan reshafiq jd defensvie midfield.ismail faruqi attacking midfield.krn kebolehan ismail faruqi dlm mngatur game dan mghantar bola kpd 3 trio A(ABDUL MANAF/ASHAARI/ABDUL HADI)die ni mcm kt team kelantan mcm syakir/piya..boleh tgk mcm mne 3A ssh nk dpt bola dr mdfield..trnyata line up midfield trg tnggelam krn xde arkitek..dan kemasukan ismail faruqi ternyata lambat dan sia2..dan bek jg nmpaknye lalai...game sblm ni blh tgk mcm mne marzuki dan faizal bergandingan baik.tp game final seolah2 slah sorg 2 pemain ni xcomunicate dgn bek..jika marzuki loose position faizal yg backup..ni faizal jd terkapai2..mse 1st half ok t 2nd half x marking sgt hai o,blh nampak time gol 1st n9..lps tu aku tgk hai o free role..xde marking oleh bek trg..da agak akan dpt gol..mmg persembahan faizal ternyata mngecewakan...sharbinee plak mmg hero,tp d sebabkn bola bounce die lemas...pdg pon mmg memainkan peranan.tp spatut nye bola mcm tu sng dia handle...ternyata bkn luck die...da mcm badi lwn n9...da lame aku perhati,jika lwn n9 msti game trg jd len...x tratur...smmgnye taktikal azrai mmg mnjadi...trg jika jpe 2 team ni KEDAH & N9 mmg fail...ape pon tahniah n9 krna taktikal yg mnjadi dan takziah trg kerana taktikal yg gagal jika nak di banding kan suku akhir n sparuh akhir..cube lagi..PEMINAT BOLA MALAYSIA.....PEACE
saya sokong kenyataan di atas iaitu :
n9 bermain lebih baik dan cipta lebih peluang utk jaringkan gol.. n9 ternyata pasukan yg lebih baik sepanjang kejohanan dan perlawanan akhir. terengganu hanya hebat counter attack
padam muka irfan.tu la berlagak sgt..
setuju ngn anon 2:16, trg mmg hebat utk counter attack, tp kdng2 karektor coach ado wak blagok..tp tu just sgb psikologi...jurulatih luar pn ada stail lagu tu...standard la.. supo maurinho..
p/s : kot2 mana kawe terbayang time sharbinie buleh hungga kat penyokong klate smbil wi isyarat tutup mulut time FA Cup baru ni...nyekit nga nganyim molek...
sek kito pn rezeki piala tahun ni buleh 3 kiro gagoh dh tu...tahun depe ejah kemah lagi...mene short pass meme kelah tp dok jadi dlm keadaan huje...semoga season 2012 sek trw lagi hebatt..
samah dari kawe..
hai o adalah penyerang terbaik dekad ni di malaysia.. rasanya tidak keterlaluan andai kata hai o lebih baik n efisien depan gol berbanding matyo n seangkatan denganya malah jauh lagi bgs dari Fuckri shaarani..
~from setiu with love
permainan terengganu tak menjadi..diorg main tak seperti biasa.byk short pass yg diorg terror main mcm lawan kelate ngan slgr ari tu tak menjadi dlm final PM..
byk hantaran dr tengah tak dpt pergi ke dpn..bg aku, ismail faruqi patut jd line up 1st eleven sbb diorg pergi cari gol, bkn bertahan. nordin alias bkn play maker utk support trio kat dpn..resyafiq dan kalang plak byk terlepas bola dan hantaran liar. so dr awal games lg dh nampak midfield terengganu out..
n9 bermain cemerlang dr awal game, diorg control ball, diorg control midfield..tu yg penting..sejak awal game n9 sentiasa berada dlm petak padang terengganu & sentiasa dpt masuk dlm kotak penalti terengganu.byk gol yg nyaris2 diorg dpt sumbat..
perhati jgk kelibat hai-0..ternyata kawalan bola dr hai-o sgt baik dan lincah walupun pd usia 31? tahun..
apapun tahniah buat team n9 walupun anda tidak konsisten dlm liga. dan tahniah jugak pada team trg walupun tak menjadi juara, tapi team anda konsisten sejak dr awal musim dan menyajikan a truly football seperti shortpass dan long ball yg tepat seperti team negara luar. anda kalah kerana luck dan taktikal yg tak menjadi.. tp selagi masih ada momentum & player yg ada skrg masih kekal, tak mustahil sooner or later, terengganu tetap akan menjadi juara..
peminat bola malaysia
mungkin bg team lain coach irfan brlagak...tpi bgi kami fan ganu...irfan ttp terbaik..dia la wira di mata kami...die tlah brjaye naikkn name ganu..di mlysia,brpe ramai coach yg mangak cm dia...peluh jeruk sme2 player...dia bleh back up team wlaupun org len duk pndg rndah...mmg sdih bile die dipakse kuar dri ganu...
kenapa dia dipaksa keluar?
Nak tahu kenapa dia terpaksa keluar..??Semua jawapan ada pada Che Mat dan fans-fans Ganu!
InsyaAllah,Terengganu akan bangkit lebih garang pada tahun 2012.Amin..
ganu akan kalah teruk dalam liga super tahun depan
peminat kelantan
ganu akn pupus mcm penyu pada taon dpan!
minat sume team kcuali GANU
isk..
Post a Comment