Tuesday, October 18, 2011

Selangor Target Counter Attack Tumbangkan Sang Penyu


Andai juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor berhasrat menyekat Terengganu daripada melebarkan dominasi di persada bolasepak tanah air, seterusnya memastikan Misi 33 terus bernyala hingga tiupan wisel terakhir, maka kelibat trio penggempur berbisa, Ashaari Shamsudin – Abdul Manaf Mamat – Abdul Hadi Yahya pastinya perlu diberikan lebih perhatian apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi separuh akhir pertama malam ini.

Terengganu nyata berada di kemuncak prestasi ketika ini, memenuhi prospek selaku pasukan pilihan dengan mempamer aksi kelas tersendiri ketika menyingkirkan juara bertahan, Kelantan, 5-3 secara aggregat di suku akhir, tatkala Selangor sudah berada di landasan terbaik untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2008 walaupun pada satu ketika bergelut melepasi saingan peringkat kumpulan.

P.Maniam, pastinya pening mencatur strategi selepas melihat kombinasi hebat 3A, yang boleh diangkat rangkaian penyerang terbaik tanah air, terutama kelincahan WINGER COMES FORWARD Ashaari, dan jika ada pemain diberi tugas mengekang pergerakan pemain berusia 26 tahun itu, ia pastinya bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan. 

Asrarudin yang beraksi cemerlang selaku pertahanan tengah bersama Nasriq Baharom pula, hampir pasti memainkan peranan di posisi sama sekali lagi, sekaligus menjadi watak penting di barisan pertahanan Gergasi Merah Kuning, dalam usaha memastikan mereka tidak bolos gol di tempat sendiri, atau dalam kata mudah, tidak menghadiahkan gol tempat lawan kepada Terengganu.

Tanpa kapten, Amri Yahyah, serta ketumpulan barisan serangan dibarisi Fadzli Shaari dan Rudie Ramli, Maniam dijangka mempertaruhkan kudrat FREEKICK SPECIALIST, Safiq Rahim, dan Amirulhadi Zainal untuk mencari gol, selain mencari gol menerusi serangan balas (counter attack), apatah lagi Terengganu pastinya bermain dengan taktikal menyerang untuk membawa pulang bekalan selesa. 

Terengganu pula, mengalu-alukan kehadiran semula pemain perancang, Ismail Faruqi yang sebelum ini menjalani penggantungan, dan Irfan Bakti boleh dikatakan mempunyai FULL SQUAD, dalam usaha melepasi halangan semifinal buat pertama kali sejak 2001, iaitu sedekad yang lalu.
Tatkala kredibiliti barisan serangan tidak perlu lagi dipertikai, apa yang mungkin sedikit menggusarkan Irfan adalah kecenderungan barisan pertahanan diterajui Marzuki Yusoff melakukan kesilapan-kesilapan mudah, terutamanya hilang fokus ketika babak akhir permainan, sepertimana dapat dilihat pada dua perlawanan menentang Kelantan, dan ia mungkin memberi impak besar andai Selangor bermain secara defensif dan benar-benar mengharapkan serangan balas untuk mencari gol.

SS Prediction : Selangor 2 – 2 Terengganu   

8 comments:

Anonymous said...

ganu mng 2-0

Anonymous said...

andaian sy trg 3 slgr 1

Dunia Baru said...

Xde mood kawe nk teko...

hahahhaha....ati masih kecewaaa

Anonymous said...

selangor pstinya pincang tanpa kelibat amri, nampknya kelebihan buat gergasi pata tmor terengganu walaupun beraksi di laman lawan kerana jika ganu konsisten dan fokus sebagaimana menyingkirkan juara bertahan kelate, rasanya tidak mustahil untuk mereka wat kejutan di SSA sekurang2-kurangnya 2-0 membawa bekalan selesa balik ke negeri penyu.gomo ganu gomo!

kasimselamat said...

kawe rasa ganu menang mlm nih...

Anonymous said...

malam ni safiq dan josep kalang tie ada sesuatu nak dibuktikan, WHO IS BETTER..ada ego yang tercalar nanti di shah alam..D.rajagopal rasa?

Anonymous said...

kawe raso selangor mene..2 ja hok kawe bule royak sbb kawe xse ganu or t-team bule g final.

Anonymous said...

terbukti ramalan anon 11.59 a.m. sgt tepat.. haha