Tuesday, October 11, 2011

Terengganu Uji Kredibiliti Sebenar Karathu

10 bulan bergelar Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu mendapati ianya MUDAH untuk membimbing Kelantan muncul juara Piala Sumbangsih hanya 2 hari selepas menggantikan B.Sathianathan, MUDAH buatnya membimbing Kelantan mara ke final Piala FA selepas membaham Selangor 6-2 di separuh akhir, dan MUDAH buatnya membimbing skuad The Red Warriors muncul juara Liga Super dengan kelebihan 3 mata mengatasi Terengganu.

Namun, aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Sang Penyu, di Kota Bharu Jumaat ini, segala-galanya bukan lagi MUDAH buat Karathu - ketinggalan dua gol secara aggregat, tanpa sekurang-kurangnya lima pemain utama – Karathu pastinya pening mencatur strategi menterbalikkan keputusan, andai tidak mahu aksi itu menjadi yang TERAKHIR buat TRW bagi musim 2011.

Jika sebelum ini Karathu tidak pernah bermasalah dalam memilih kesebelasan terbaik untuk diturunkan, tidak bermasalah untuk menerap taktikal permainan yang berkesan untuk diadaptasi pemain (walaupun adakalanya menimbulkan kritikan dan rasa tidak puas hati penyokong), situasi yang dihadapinya kali ini nyata satu cabaran besar terhadap kredibilitinya selaku jurulatih berpengalaman luas.

Tanpa Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin, Mat Aziz Ismail, S.Chanturu dan Zairul Fitri Ishak, Kelantan seperti Sang Kijang tempang, dan mahu tidak mahu Karathu pastinya perlu segera memulihkan moral pasukan, seterusnya tidak lagi stick pada satu strategi, formasi permainan dan MINDSET yang sama sepertimana selalu diamalkannya sebelum ini, sebaliknya mencari idea memerangkap barisan skuad bimbingan bekas ‘anak murid’nya, Irfan Bakti.

Memiliki kelebihan 2 gol hasil kemenangan 3-1, Terengganu pastinya tidak mahu mensesiakan kelebihan itu, dan Kelantan yang mencari kemenangan sekurang-kurangnya 2-0, tiada pilihan lain selain mencari gol awal dan yang paling penting tidak terganggu dengan provokasi penyokong mahupun pemain Terengganu.

Suka atau tidak, Karathu pastinya menagih kudrat pemain bermasalah dengan pengurusan, Daniel Fadly Abdullah untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Shakir, atau pilihan lain yang ada, Khairan Eroza/Khairul Izuan. Tempat Daudsu berkemungkinan besar diisi S.Subramaniam, manakala Rizal Fahmi menapak masuk mengisi posisi CENTREBACK. Solehin Kanasian atau Nurul Azwan dilihat berpotensi melebar di sayap kanan, manakala Izuan Solahudin di sayap kiri.   

Posisi pertahanan kiri dilihat sedikit bermasalah dengan kedua-dua Aziz dan Zairul tersisih, walaupun TRW memiliki pemain berpengalaman seperti Wan Rohaimi Ismail yang boleh bertindak selaku penyelamat, namun sebagai jurulatih berpengalaman, untuk SWAP seseorang pemain dari satu posisi ke satu posisi mungkin bukan masalah besar buat Karathu, walaupun ia bukan tugas mudah apabila berdepan pasukan seperti Terengganu.

Apapun, kita harapkan aksi di Kota Bharu, berlangsung dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini, sama ada dicetuskan pemain di atas padang, keputusan pengadil, mahupun provokasi penyokong. Semoga tidak tercetus sebarang insiden panas yang mana pada akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kalah menang adat bertanding, yang tewas boleh cuba lagi tahun depan. 

**ini bukan artikel bias/kenegerian, nanti menyusul lah artikel pasal Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dll.

23 comments:

Anonymous said...

Hoi karathu.. bo bo la wat masuk izuan solah nyoh.. main x panda2.. penalti hok bulih ko tganu sbb diolah.. wat masuk daniel la pulok letok tepat shakir tuh.. kalu letok khairan adik bradik haccur lebur la game, x kreatif lasung..

Anonymous said...

cabaran yang paling getir dalam tempoh karathu memegang jawatan jurulatih..game ini akan membuktikan sejauh mana taktikal karathu.

jika menang, ternyata dalam kelasnya yang tersendiri..jika tewas, kami sbg penyokong faham..

kawe harap karathu wat persiapan rapi, bwk skuad piala presiden uji diorg..

kesebelesan pilihan kawe

Fahmi
W.Rohaimi--Subra--Rizal--Farisham
Solehin---Piya--daniel---Nurul---
------------Norshahrul-----------
----Azamuddin----------Ramzul----

pilihan bench jika xdpt gol :

1) Khairul Izuan (E-One)
2) Aris Zaidi
3) Khalid Jamlus / Farhan Yaakob

ZP said...

guano sapa 12 org main terr...
Nya hambat ke reff kan..

Anonymous said...

sapo pulok jd ref jumaat tu??nk tau gak backgroud dio?oghe negeri mano?kot2 nyo g buat brt sblh, meletop SSMIV...

harap FAm bui ref hok pnegalaman la...pgil subki din ko...hehe

Anonymous said...

kawe x harap lah mano ko khairan/khairul eroza dua bradik...xhau gapo skaro kalu demo tu main..ko wan zaman pon supo,mainan meh2 fakri saarani,abis mainan kubey kalu blh dia gak...Insyaallah sek kita blh gi separuh akhir..tapi pemain kna kuat dr segi metal nak meyerap tekanan hok ada lonih...harap pihak pengurusan TRW dapat bagi motivasi ko sek2 kita nk hadapi game jumaat nanti....kita kna buktikan bahawa kita jaguh liga malaysia sebenar...GKG...

**Abe Ngoh Lobey

Anonymous said...

percaturan yang baik untuk selangor..safiq rahim n amirulhadi dua player utama HM digugurkan dari skuad menentang australia..adakah betul2 sebab x perform atau ada arahan pihak ketiga supaya membolehkan dua pemain utama ini menumpukan perhatian perlawanan menentang perak.. Game kelantan n terengganu diakhiri dgn 5 kad kuning n byk kad kuning dikeluarkan.. ini akan memudahkan laluan selangor andai kata layak ke semifinal n berjmpa antara terengganu or kelantan yang dah tempang.. mungkin pemain yg kne kad kuning di KT akan dpt kad kuning kedua seterusnya digantung satu perlawanan. LALUAN SGT MUDAH UNTUK SELANGOR ditambah pula hari ni FAM umumkan stadium shah alam sebagai venue perlawanan akhir.. MUDAH MUDAH MUDAH

Anonymous said...

Bloger in mesti tak dilayan oleh Dato K!. Sebab itu dia marah dan suka menyoal kewibawaan beliau! Hmm.. Nothing but a bloger murahan cari publisiti murahan!
Apa pun berlaku! Gomo Kelate Gomo!
Masa utk penyokong kita 100% belakang sek!

Anonymous said...

sampai masa utk pemain pelapis tunjukkan kemampuan mereka

farhan yaakob, e-one, aris zaidi, nik shahrul azim dll..come on

Tok Gawa said...

Set kita lagu mana, hari Jumaat ni kita rama2 membanjiri SSMIV dengan lautan merah, kita redah ribut dan taufan,demi kelate kita...Piya, Mat Yo dan rakan2 sepasukan,jangan bimbang kami sentiasa bersama saudara

Anonymous said...

ambe org ganu..
mlm tu ambe tgk game di stadium, mmg kecewa yg amat dgn mutu pengadil..byk keputusan yg tak logik akal..
mula2 main mmg seimbang, mula2 kelantan serang, bila start kalang tie wak try sepakan lencong yg hampir2 masuk gol, terengganu plak yg amik alih menyerang..

perlawanan masa tu mmg menghiburkan sbb saling balas membalas serang..

tp segalanya hancur bila pengadil bertukar naik sawan..peteh sikit pn dapat kad..

at the end, even player klantan yg dapat kad, penyokong terengganu dah hilang sabar dan kutuk & jerit kuat2 "pengadil bodoh!!!"

sebab kerana pengadilan yg hancur mcmtu, game mlm tu hancur..

even terengganu menang, tp game hancur buat apa??

Anonymous said...

ambe secara jujurnya tak takut kalu apek jadi keeper.sbb kalu lawan dgn ganu ni sokmo ade bolos.ambe paling takut kalu mat cah keeper.penagalaman perit sek2 ganu sbb keepr ni mmg sedap....hadi ashari manaf x leh lpas dgn die nih..lgipon apek keletihang dgn matyo baru hbis game trauma dgn australia.....ape2 pon tekanan alik ke juara piala malaysia musim lepas, kelantan, bukan trg yg tekanang...kalu kelantang menang, aku xdok mslah pong....sbb awek aku org kelatang hahahah

Anonymous said...

anon 11:17 : anda mungkin tidak tahu blogger ni sedara rajagobal, selalu duduk bergurau senda kat mamak depan FAM..

Anonymous said...

to anon 11:17 -->
kalau blogger murahan takdenya blog dia nak meletup-letup sampai FAM keluarkan arahan suruh BAN dia masuk stadium, Annuar musa sampai harini sentap setiap kali nampak dia kat stadium, Hamidin boleh call dia datang borak kat FAS,minta tlong supaya dia tak trlalu mghentam FAM/FAS...Devan boleh jadi tertekan kerana statistik yg dia keluarkan..Zolkples Embong nyaris diserang sakit jantung tempoh hari kerana blogger murahan ni.. saya berpendapat anon 11:17 ni blogger jugak, tapi blog tak laku kot hahaha..kalau awak rasa dia cari publisiti murahan dgn menulis perkara betul, maka semua org yg mengkritik skuad kebangsaan adalah murahan..yg peliknya awak nak komen pasal gomo kelate gomo, kenapa tetiba masuk topik rajabogal erk? and kalau ini blog murahan, saya cadangkan awak blah dan pergi jer ke blog lain yg lebih mahal..

- rakan wartawan yg juga kawan baik blogger murahan -

Anonymous said...

@anon 11.17 nak bagi pndgan pun xperlu nak buat tuduhan...
Nak mnjawab pndgan awak : skuad kelantan berevolusi atas jasa sathia. Dia yg ptut dpat dato. Karathu in chrge pun strategi dirncg sathia... Agknye tula sbab dia bila sathia nk leave waktu PM ni, klantn merosot. Belum trbukti kwibwaan karathu.

P/s: note yg last tu mcm tju kat sya je :P Anyway, jgn jdikan pndagan sya atau org mcm tu sbagai pnghalang. Krana kualiti pnulisan anda lebih mantop dri blog rizal hashim, dia byk pix je..

Anonymous said...

Lagi satu, kat tv ke kat blog ke, orang memang harap klantan mnang, tapi diorg x expectla... Saya pun sameje.

Jadi all the best trganu, anda brjaya mmbuka aspek baru sbgai grgasi bolasepak malaysia, cume nk tgok slain ashaari who can perform dlam national.

Anonymous said...

dlm team trg, selain ashaari, yg top perfom kalu

forwarder - manaf, kalang tie
mid - ismail faruqi
def - marzuki, zubir,

ni player yg slalu consisten..tp mmg x di nafikan ashaari adalah watak penting dlm team trg..mlm kemarin pn ashaari yg byk gerakkn bola di bhagian tgh&serangan ketika reshafiq dh mati kutu krn partner dia ismail faruqi di buang padang..

aku begitu tertarik cara permainan ashari, manaf, marzuki, zubir, kalang..

Anonymous said...

mmg la ashari bulih buat byk gerakan kt tengoh mugo sbb klate main 9 org.. try 11 lwnn 11 mapuh ashari nk bulih wat gerakan..

Anonymous said...

yo lo doh anon 7:56 .. ashaari mane mampu nk lawan kehebatan awok2 kelantan yg amat "hebat" tu..

Anonymous said...

Adakah adil kredibility seseorang dinilai berdasarkan satu perlawanan? Adakah kredibility seorang pelajar dinilai atas keputusan 1 kertas ujian? Kritikan atau "pressure" haruslah membina. Maaf, saya rasa artikel ini tidak berasas. Dato Karathu mengambil alih sbg jurulatih semasa, Abe Ya digantung dan 5 tunggak utama berhijrah. Kami penyokong yang sebenar harus berterima kasih kpd beliau kerana pecapain TRW di musim ini. Juara Sumbangsih, Naib Juara Fa, Juara Liga. Menang Kalah Adat Permainan. Hamba berasa tindakan Tan Sri Annuar melantik Dato Karuthu memang satu tindakan bijak. Pada hari Jumaat ini hamba harap, pengadil yang FAM pilih bermutu tinggi!

Anonymous said...

Kepada Anon October 12, 2011 1:44 PM: Bukan Blogger Murahan kot...Blogger Upahan ! hahahahahah

Anonymous said...

aku x doksuke article ni sebab bias sangat kat sek barak tu..mung senang tukor name web ni ke web rek wariya la woi..bongak r lu..

Anonymous said...

Kpd anon 12.13: mu ni mmg typical org tganu hok jenis dekki dgn kejayaan org lain.. nk wat blok mcm suaro sukan x leh mung nk dekki.. kalu nk ikut tganu tu semuo x jd sb kebodohan org tganu.. wat stadium rutuh, wat kolam bocor, wat masjid kuboh rutuh.. mmg org tganu ni x panda gapo satu.. starang org tganunG..

Dunia Baru said...

heheh,...jange baloh..kalu nk baloh lepas game esok..hehehhe