Wednesday, October 5, 2011

Selangor vs Perak, Tiket RM15 Mula Dijual Pada Isnin


Tiket bagi menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Perak di Stadium Shah Alam, 10 Oktober (Isnin) depan, akan mula dijual pada hari sama bermula jam 9 pagi, di kaunter tiket Stadium Shah Alam. 

Menurut kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Selangor, tiket akan dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. 

Untuk rekod, Selangor, bimbingan P.Maniam mara ke suku akhir selaku Naib Juara Kumpulan D, dan mengintai kejuaraan ke-33, manakala Perak, mara selepas mendominasi Kumpulan A, mencari kejuaraan ke-8 selepas kali terakhir merasai nikmat bergelar juara pada tahun 2000.

Aksi suku akhir lain : Felda Utd vs N.Sembilan, T-Team vs Sabah, Kelantan vs Terengganu

4 comments:

Anonymous said...

final perak vs terengganu

Anonymous said...

nak tanya..k devan dah letak jatawan ke?

Anonymous said...

dah..p maniam ganti

Dunia Baru said...

rasa selangor boleh pegi kot