Kepada peminat setia bolasepak skuad kebangsaan, skuad Sukan Sea kendalian Ong Kim Swee akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Laos sebagai sessi persiapan terakhir sebelum bermulanya misi mempertahankan kejuaraan di Indonesia bulan depan.
Perlawanan akan diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad) iaitu sehari selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan, di Stadium Shah Alam, jam 4:45 petang.
Apa yang MENGEJUTKAN, tiket bukan berharga RM50, RM30, atau RM20 sepertimana harga CEKIK DARAH diletakkan ketika menentang Nepal, sebaliknya KEMASUKAN adalah PERCUMA – mungkin takut skuad Sukan Sea diboikot peminat agaknya.
Cuma persoalan yang timbul, adakah ini sebab sebenar tiket final Piala Malaysia dijual pada harga tak masuk akal RM50 - untuk MARKUP aksi friendly skuad kebangsaan pada Ahad, dan kemudian cuba memancing semula sokongan peminat dengan kononnya memberikan kemasukan percuma? Apatah lagi Pengurus Pasukan Kebangsaan B-23 dan S/U Agung FAS adalah orang yang sama, wallahuallam, hanya mereka sahaja yang tahu.

8 comments:
encik aiman...
confirm ke game ni kat shah alam...
saya baca kat sini http://www.facebook.com/groups/hillparkhome/308636082483803/?notif_t=group_activity#!/mnfteam?sk=wall ada yang cakap kat Stadium Uitm Shah Alam..
Tolong confirmkan eh..
tq
thanks for the concern bro..tapi tu lah menurut kenyataan dihantar FAM, dia tulis Stadium Shah Alam. Jadi so far still tiada perubahan, kalau ada kita roger balik :)
terima kasih byk2
Rasanya x kan kot kat Stadium Uitm Sh Alam sebab sekarang ni sedang berlangsung istiadat konvokesyen dekat dewan berdekatan dengan stadum tu...
FAM rasanya cuab nak ambil hati para penyokong dengan buat perlawanan free...haha
molek la lepas sari final terus wat friendly di stadium sama.. padang hok hancur doh jd koho hancur lebur.. pah set loas kata "jauh comey pade stadium puok kito pado padang stadium malaysia, xrok cetong bab kata ustaz zahar" haha..
buat kt stadium uitm shah alam la....stadium uitm sebelah dewan konvo...bukan dlm dewan tuh...so, x kacau pun
pakat boikot blake la...
ni je care nk ajar fam pangang tu
Post a Comment