Dunia permotoran hari ini meratapi satu lagi tragedy meragut nyawa dalam seminggu, apabila pelumba Itali, Marco Simoncelli terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan tragis di Perlumbaaan MotoGP Malaysia yang berlangsung petang tadi.
kredit foto : Daily Mail
Pelumba Gresini Honda itu, hilang kawalan dan terbabas pada pusingan kedua perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, sebelum dilanggar oleh Collin Edwards, kemudiannya Valentino Rossi – helmet pelumba berusia 24 tahun tercabut dan kepalanya terseret di atas trek ekoran impak besar perlanggaran.
Dia dikejarkan ke pusat perubatan SIC untuk rawatan namun gagal diselamatkan.
Kematian Simoncelli hadir genap seminggu selepas pelumba British, Dan Wheldon, bekas juara IndyCar dan juara dua kali perlumbaan Indy 500cc terbunuh dalam kemalangan membabitkan 15 kereta di Las Vegas Motor Speedway.
Ini merupakan tragedi meragut nyawa pertama di SIC dan penganjur serta-merta membatalkan perlumbaan ekoran tragedi itu.
Simoncelli merupakan juara dunia 250cc pada 2008, kejuaraan yang dimenanginya di Sepang, sebelum dia beralih ke MotoGP pada 2010. Kematiannya merupakan yang pertama dalam arena MotoGP selepas tragedy pada 2003 di GP Jepun yang meragut nyawa pelumba Jepun, Dajiro Katoh.
No comments:
Post a Comment