Perkembangan terbaru yang juga khabar gembira buat penyokong Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjual tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan pada harga RM25 bermula esok (Rabu), sebagai usaha mengelakkan final kali ini diboikot peminat. Kerajaan negeri dilaporkan akan menanggung subsidi 50%, dan tiket berharga RM25 hanya boleh didapati di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.
Dalam pada itu, Raja Bola, Datuk Ghani Minhat adalah antara yang terkejut melihat tiket final Sabtu ini, dijual pada harga RM50, dan berpendapat tindakan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini tidak lebih dari mengambil kesempatan terhadap penyokong setia kedua-dua pasukan, dan hanya akan menjauhkan minat ramai terhadap sukan nombor satu negara itu.
“saya nak tanya awak, awak rasa ramai ke yang datang stadium final nanti ? .. saya tak rasa penyokong akan datang memenuhi stadium, kalau saya terpaksa beli tiket, saya takkan beli. Bukan sebab tak patriotic, mahal juga bukan alasan, tetapi saya nak tanya apabila menetapkan harga tiket apa kriteria yang dia (FAM) tengok? Time macam ni lah kita berpeluang melihat kemeriahan bolasepak tempatan, tapi tindakan macam ni, hanya akan menjauhkan minat mereka untuk datang ke stadium. FAM perlu faham situasi mereka, bukan semua berkemampuan, jangan hanya fikirkan kewajaran di satu pihak..”. – Datuk Ghani Minhat.
DGM juga berpendapat dengan situasi ini, tidak mustahil ramai yang memilih untuk sekadar memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dengan duduk di depan TV, menonton siaran lngsung sama ada di RTM atau Astro Arena.
Sementara itu, sebilangan besar penyokong kedua-dua pasukan nyata kecewa dengan perkembangan ini, yang disifatkan tidak bertimbang rasa dan bersedia memboikot perlawanan akhir sebagai menunjukkan tanda protes.
“Dia cakap keputusan dibuat selepas pertimbangan wajar, jadi saya nak tahu adakah dia pertimbangkan berapa banyak duit dah dihabiskan peminat selama ini untuk menyokong pasukan mereka? dia hanya fikir kos dia, tapi kos yang dihabiskan peminat untuk ke stadium, dari tambang bas, makan minum, harga tiket dan kos lain-lain siapa yang nak cover? ..”. – Farid Fakrudin, Terengganu.
“yang kecewanya, persatuan negeri juga bersetuju dengan harga ditetapkan, dan tidak pula bersuara bagi pihak kami penyokong setia yang tidak ketinggalan memberi sokongan pada setiap perlawanan. Keuntungan jualan tiket diagih sama rata kepada kedua-dua pasukan, tapi kami sebagai penyokong, menang atau kalah, apa kami dapat? Kami golongan student, bukan mewah berpendapatan tinggi..”. Zakri Elias, Negeri Sembilan.
Banner yang kelihatan digantung di Stadium |
Manakala kenyataan dipetik dari facebook Terengganu FC, berbunyi :
“Andainya lepas ni FAM tidak turunkan juga harga tiket, cadangan saya boikot penjualan tiket di Shah Alam (jangan beli, itu untuk kantung FASNGOR), beli tiket dari PBSNT sahaja dengan syarat PBSNT jual dengan harga subsidi (RM30), kalau PBSNT takmahu tolong kita, buat ape kita tolong persatuan, KITA BOIKOT sebab persatuan pun angguk jer bila FAM kata pasal tiket..”. – FB Terengganu FC.
11 comments:
ini sume FAM pnye keje...
sesuke ati naikn harga tiket...
krajaan ganu pun bengong jgak..v nk tnye duit v sbsidi tu mri mne...duit rkyt jgak...drpade v sbsidi bola baik ye tolong org mskin...
Alaa apalah nak berkira sangat.
Sebagai penyokong setia inilah masanya untuk menunjukkan kesetian kepada pasukan kesayangan.
Dapat masuk ke pentas final bukannya selalu.Jadi dengan RM 50 tu kira ok laaa.
Kalau kami penyokong Kelantan, usahkan RM 50 dalam banjir sekalipun kami redah !
xmasuk boleh la ckap.cuba masuk final sama gak mengeluh bro
sedap weh anon 7:11 ckp....
muge xkene ke deme...
ni bkn mslah setia dop setia...
ni mslh FAM bangsat yg nk bahang pitih...
Boikot je la. apakejadahnya kerajaan negeri bagi subsidi untuk tiket bola. duit rakyat tu weh, kalau takde orang miskin kat terengganu aku boleh terima la.
Kena ajar FAM ni, kalau tak tahun2 hadapan, jangan harap la nak turun. Entah2 naik rm100 lain kali.
bodo ngt kerajaan ganu....rakyat miskin bersepoh...nye bg subsidi ko tiket bola..base org ats bahang nk bahang duit r 2..subsidi kn duit rkyat...kje pnat2...kalu 30 ya xkre mne..50 ya sekeping habis ngn g2...kite bkn org kye..xdop fedoh eh sokong bola...menang kaloh kte xleh npe pn...nk suke2 je...baso natang bodoh belake...
pakat boikot je la. baik pakat suruh pasang skrin besar depan stadium memasing. krjaan t'ganu pun ngong nak subsidi lak, tu semua duit sapa?
nampak macam ada percaturan politik kat sini. macam nanti ramai hero-hero politik akan muncul dan akan sponsor tiket free pada bakal2 pengundi.
kalau kena kat kelantan pun aku akan boikot. buat apa nak bagi untung FAM. FAM ni persatuan tak leh kena tegur dan suka ambil kesempatan. Nyesal aku p final Piala FA 2X dan Piala Malaysia 2X time Kelantan layak dulu.
tkyah boikot smpai tk pegi.. dtg stadium shah alam tu kumpul ramai2 pstu sokonglah dr luar... jerit ramai2... tkyah beli tiket... -penyokong kelantan-
rakyat bayar cukai tp dibelanjakan kpd bola...makan la bola tu...kerajaan bodoh bazirkan duit rakyat...
SELAGI ADA HAMIDIN DLM FAM, TAHUN DEPAN FINAL NAIK PULOK...
Assalam, mlm td dlm BU tv3, Azzudin kata Fam tak dapat sesen pun. PEMBOHONG BESAR!.Perlawanan liga, Fam dpt 10%, final Fam ambik 30% hasil juala tiket. Lebih tu baru bagi pd yg lain.
Midin pulak kata kedua2, Pbns dan Pbsnt setuju ngan 50 rial. Tp Mat Hassan kata pulak, N9 tak bersalah, dia tak tahu menahu. Dah tu Midin dan barua dia, Siva bincang ngan sapa? Takkan ngan bdk jaga tiket Stad. Paroi kot?
Sini, yg kaut untung makan pitih, Fam ngan tuanpunya stadium. Stadium S Alam, di bawah MBSA. Mbsa timbuk duit lebih ke, atau masuk poket Midin dan Siva.
TAPI PENIPU BESAR, JUDIN LA, KATA FAM TAK AMBIK SESEN PUN. MERAPU MELALUT DAH ASKAR EPNCEN NI, SOT DIA DLM BU TV3 BOLEH JADI BUKTI.
-myi-
Post a Comment