Sunday, October 23, 2011

Mara Ke Final Selepas 10 Tahun, Sang Penyu Di Kelas Tersendiri


Minggu yang cukup memenatkan dengan kesibukan urusan kerja membataskan peluang untuk menulis reviu tentang semifinal kedua, seterusnya terlepas menonton perlawanan separuh akhir kedua, apapun dapat juga menonton highlite/rangkuman perlawanan dalam slot berita petang tadi.

Berjaya membuang badi tersekat di separuh akhir 4 kali sejak menjuarai Piala Malaysia – piala berprestij tanah air dengan menyingkirkan TWO HOT FAVOURITES, Kelantan (suku akhir) dan Selangor (semi), Terengganu membuktikan mereka pasukan yang sememangnya berada di kelas tersendiri, dengan sekali lagi gandingan hebat Ashaari Shamsudin/Manaf Mamat mempamer kredibiliti selaku pengempur berbisa tanah air. 

Bagi Ashaari dan Manaf, biarlah anda tidak dipandang K.Rajagobal, biarlah anda dikatakan tidak layak untuk menandingi ‘kehebatan’ K.Ruben, Fakri Saarani, mahupun Shahrizal Saad, biarkan sahaja jurulatih itu dengan ego sombongnya, yang penting dalam saingan Liga Malaysia, anda adalah asset yang cukup berharga, anda adalah kesayangan peminat, dan anda adalah tulang belakang Irfan Bakti dalam memacu perjalanan hebat Terengganu ke aksi final kedua musim ini, selepas Piala FA pada Jun – satu piala sudah didakap, satu lagi dalam proses dan tidak mustahil dengan apa yang ditunjukkan Sang Penyu dalam empat perlawanan lalu, mereka adalah HOT FAVOURITE untuk bergelar juara, seterusnya menoktahkan kemarau 10 tahun.

Kecewa 4 kali pada 2005 tewas kepada Selangor, seterusnya tiga kali berturut-turut - pada 2007 & 2008 tewas kepada Kedah, dan 2009 tewas kepada Negeri Sembilan, Terengganu menutup mulut pengkritik dengan menunjukkan aksi bertenaga dan meyakinkan, hantaran dan kawalan bola cantik, persefahaman dan kombinasi hebat para pemain dibantu taktikal dan strategi mantap Irfan - beliau tahu taktikal mana harus diadaptasi pada satu-satu situasi. 

Umpamanya ketika menentang Selangor pada semifinal pertama di Shah Alam, Irfan tidak terus menyenaraikan Ismail Faruqi yang kembali daripada penggantungan di dalam kesebelasan utama, sebaliknya mengekalkan Nordin Alias yang beraksi baik ketika menentang Kelantan di posisi itu – Ismail hanya dimasukkan di babak kedua menggantikan Hadi Yahya, sekaligus membuktikan Irfan bukan jenis jurulatih yang mengamalkan konsep ANAK EMAS. 

Ada jurulatih, pemain baru balik dari assignmen OUTSTATION, belum sempat menarik nafas terus diturunkan dalam kesebelasan utama, sedangkan penggantinya juga beraksi cemerlang. 

Kekentalan barisan pertahanan diterajui Mazuki Yusoff – satu-satunya anggota skuad juara 2001 yang masih beraksi, kali ini berperanan sebagai kapten, dilihat sebagai satu lagi faktor penting kejayaan Terengganu tahun ini seterusnya menghampiri misi merangkul DOUBLE buat pertama kali.

18 comments:

Anonymous said...

thankz bro..
nice article..
memang study pasal bola..
keep it up..!

Unknown said...

1 game lagi sebelum menjulang piala malaysia..
bukan tugas mudah dan tapi bukan tugas mustahil..

Anonymous said...

coach ganu tk supo coach TRW...pahtu nok suh sapa ke separuh akhir...suku akhir pun cungap2

HAKIEMA said...

artikel yg ckup mnarik!!
insyaALLAH thn ni PM akn kmbali k bumi DARUL IMAN....
hero2 ensem TRG,trsukn berjuang,kmi sntiasa brsamamu!!

Anonymous said...

panasan weh..nk2 kali ganu g final bunyi lalu game bayar la, nk v ko agong la.. berat2

despyan said...

nk jgk sebut nama coach kebanggaan aiman sendiri,King..wakaka

Anonymous said...

Jgn la terbawa2, berbangga dengan sedikit kejayaan. Jgn juga mengeji atas sedikit kegagalan. Itu semua kehendak dan ujian Allah. Melihat sejauh mana keimanan kita. Sedikit nikmat, manusia mudah bongkak, seperti penyokong Terengganu. Begitu juga yg melanda peminat Kelantan. Sedikit kejayaan, mula cakap sombong.

Antara Irfan dan Azrai, Azari lebih merendah diri. Sikap Azrai dihormati.

Cik Mat bercakap tentang keadilan, tidak adil jika perlawanan akhir dipindah ke Paroi jika padang S Alam tidak menepati piawaian. Sejak bila MJ pandai bercakap soal keadilan? Lupakah dia Sathia yg digantung 6 bulan krn komen pasal perlawanan Perlis Terengganu yg dibawa ke KT. Yang menguntungkan Terengganu.

Final, sy mengharapkan NS mng.

-myi-

Apih El Nino said...

Anonymous myi.

Hahaha. Mane mu tahu Azrai tu lebih merendah diri? Irfan lebih berterus terang dari segala segi.

Penyokong negeri mana pun akan marah kalau final dilangsungkan di stadium pihak lawan. Lainlah kalau ada propaganda daripada pihak atasan yang memang anti-Terengganu. Biasalah bila ada orang berjaya, ada la orang dengki.

Btw nice entry bro. PetehGanuPeteh.

Unknown said...

Tahniah kpd penulis krn sentiasa mengeluarkan artikel yg bagus! Walaupun sesetengahnya dikritik, biasa la tu. Penulis sendiri kadang-kala memuji dan kadang-kala mengkritik ahli sukan tempatan kan? Tahniah juga kepada Terengganu krn mempamerkan aksi yg sgt cemerlang. Taktikal Irfan Bakti dikatakan kunci kpd kejayaan Terengganu.. Harap Terengganu beraksi garang final nie. Jadikan tahun 2011 nie tahun penguasaan pantai timur. Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super sudah berjaya dirampas oleh Kelantan. Terengganu pula telah berjaya menjulang Piala FA. Hanya tinggal satu piala, iaitu Piala Malaysia.

Anonymous said...

kami x sombong, kami hanya ingin menbuktikan bahawasanya kami ini ADA!!!

crunchira said...

kami x sombong atau bongkak...kami hanya ingin membuktikan bahawa kami ADA!!!!! Dengan menang dan menang sahaja Trg dapat buktikan some of players sepatutnya dipilih coach utk mewakili negara..bukannya hanya simpanan yang disebabkan politik bola yang sungguh menjengkelkannnnnnnnnnnnnnnn...

Anonymous said...

Kepada myi

1) Dari aspek mana anda katakan Azrai lebih merendah diri dari Irfan Bakti?

2) Persoalannya sekarang ialah venue itu kalau ditukar ke Paroi, maka wujudnya ketidakadilan. Kita ada pilihan, mengapa butakan hati kita?

3) Kami bukan berlagak atau sombong, tapi kami ingin menunjukkan kepada FAM bahawa jangan terlalu bermain politik. Kalau sukan dicampur adukkan dengan politik, maka itulah jawapannya.

Anonymous said...

Jika S alm tidak layak, stadium mana lagi yg boleh tampung jumlah penonton agak ramai? B Jalil sdg diperbaiki, Darulmakmur jg diperbaiki utk Sukma. Tinggal Ipoh dan Darulaman.

Jika Paroi, tentukan jumlah tiket sama rata antara kedua2 pasukan. Selesai.

anda mahu Fam adil. Tapi adakahs elama ini Fam adil? Mat Jusoh masa dlm Fam, berlaku adil ke dia? Kena btg hidung sdri, baru nk berckp pasal keadilan.

Saya memilih NS

-myi-

Anonymous said...

Tahniah kpd penyokong kedua2 pasukan. Tiket final semua tempat duduk, rm50. Kaya Fam.

-myi-

Anonymous said...

yg menang dpt arang, yg kalah dpt abu...FAM jugak yg untung...kenyang2..

ramalan...cuaca hujan, pdg mcm sawah...game berakhir ngan penalti..

Anak Kemamang said...

NS 2 - 1 T'gganu

Anonymous said...

bro ss..
boley x buat article pasal kapten Trganu Saudara Marzuki Yusuf..?biar kinggongpal nampak sikit..aku nk Marzuki wakil Malaysia..!!

Anonymous said...

marzuki main trg dh la...dok padan dh nk main untuk malaysia...dok nafi yer sdp...tp nk main mlysia ning kne laju...marzuki tukang pogo buleh ah..bkn jmang yer dh nk main untk national team...