Saturday, July 9, 2011

Safiq Rahim Kagum Penyokong Bolasepak Kelantan, Faktor Kejayaan TRW


Kapten pasukan kebangsaan yang juga pemain tengah Selangor, Safiq Rahim mengalungkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada skuad Kelantan di atas kejayaan muncul juara baru Liga Super, yang sekaligus menidakkan hasrat Selangor mempertahankan kejuaraan buat musim ketiga berturut-turut.

Sambil menyifatkan Kelantan sememangnya berhak untuk muncul juara di atas segala usaha keras pengurusan, komitmen dan semangat tinggi pemain, serta kebijaksanaan barisan kejurulatihan, Safiq melabel PENYOKONG KELANTAN adalah faktor utama yang memacu kejayaan berterusan skuad Wira Merah itu.

“pada saya penyokong atau peminat perlu sokong dengan positif, sama ada time duk atas, atau time duk bawah, sama ada ketika menang, atau ketika kalah, dan dalam hal ini, saya akui penyokong Kelantan adalah contoh terbaik, mereka sentiasa bersama pasukan, memberi sokongan tidak kira menang atau kalah, itu faktor utama kejayaan mana-mana pasukan, bukan Kelantan sahaja, mereka sentiasa positif, ia satu fenomena, dan saya harap suasana seperti ini kekal sampai bila-bila..”.- Safiq Rahim.

Ditanya sama ada kenyataannya ini adalah petanda awal pemain berusia 24 tahun ini akan berhijrah ke Kelantan musim depan, Safiq berkata dia belum memikirkan perkara itu kerana masih awal apatah lagi saingan Piala Malaysia juga belum bermula, namun sedia mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran.

Untuk rekod, Kelantan ketika ini mempunyai lambakkan pemain kebangsaan – Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Farisham Ismail dan S.Chanturu, manakala Daudsu Jamaludin, Badri Razi, S.Subramaniam dan Izuan Solahuddin pula dipanggil menjalani latihan untuk perlawanan menentang Chelsea 21 Julai depan, justeru kemasukkan Safiq pastinya mengukuhkan status Kelantan sebagai HUB pemain kebangsaan.

Dalam pada itu, Safiq yang menjaringkan dua gol cantik ketika Malaysia menewaskan Taiwan menerusi kiraan gol di tempat lawan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia minggu lalu, melaungkan amaran awal kepada pencabar kejuaraan Piala Malaysia, betapa juara 32 kali saingan tertua tanah air itu akan memberi cabaran hebat seterusnya merangkul Piala Malaysia musim ini.

Katanya, badi tersekat di suku akhir sejak beberapa tahun lalu hanyalah sejarah lampau, dan Selangor tidak mahu menamatkan musim ini dengan tangan kosong justeru dia dan rakan sepasukan bersedia memberi aksi terbaik dalam merealisasikan hasrat itu dan merampas trofi tersebut dari tangan Kelantan yang muncul juara buat kali pertama tahun lalu setelah menewaskan Negeri Sembilan, 2-1.

Kali terakhir Selangor muncul juara Piala Malaysia adalah pada 2005, ketika itu di bawah bimbingan Dollah Salleh, menewaskan Perlis 3-0.

7 comments:

Nik Zulkhairi said...

safiq malu2 kambing. dlm hati dah lama nak join trw.

Anonymous said...

Safiq kalu main m'sia power dia ni, tp klu main selngor mcm krg skit..

-ZP

Anonymous said...

Ada apa2 kot hehehe....

Pak Man laksam said...

Harap Syafiq akan join TRW tahun depan.
Ambo bangga!!! ...jadi penyokong TRW.

kasimselamat said...

shafiq ni kalau dapat regu yang baik memang menjadi, tendangan dia mengelirukan, seangkatan dengan Badri dan zakuan....

ibun_jogho said...

O o o ooo... Kawe slh seorang atau mungkin kwe sorang atau hanya kwe sorang drp pnyokong Kelate yg x brapa b'kenan Safiq diserap msk ke Kelate.

Bg kwe kita dh ada "Safiq" Kelate. Gandingan Piya & Shakir lbh mnarik phatian. Lg pun pmainan Safiq Rahim lbh krng je, malah skali skala lbh teruk drp player Kelate.

Kwe jg bimbang jika Safiq berada dlm pasukan Kelate, statusnya sbg national player sdikit terencat; 1-jika dijadikan pilihan kedua krn Piya & Shakir berada pd prestasi tbaik. 2-Tak thn kritikan penyokong yg x dpt mnerima kdatatangan Safiq (maklumlah, pnyokong Kelate ramai yg ingin ksempurnaan).

Kwe jg bmbang takut2 Safiq jd mcm Wan Rohaimi. Rohaimi pmaik tbaik yg blh main smua posisi (kcuali keeper tp lbh mnonjol sbg defend). Dtg blk Kelate skadar panaskan bangku simpanan. Sbbnya Kelate dh ada ramai defend tbaik. Kalau Safiq pla dtg, x mstahil dia pla jadi player simpanan / sup. Jd statusnya sbg pmain kebangsaan?...

Kelate dh ada plapis dr skuad Presiden, bila lg nk serap ke skuad senior, mngapa lbh utamakan player luar? Mngapa lbh utamakan star player? Kalau x serap junior, bila nk tau klebihan mrk?

Dunia Baru said...

heheh...ramai player yg terror2 tu teringin nk main utk TRW sbb nk rasa mcm mana main dpn puluhan ribu penyokong tk kira kt mana stadium,...

banggaa weh....