Thursday, July 21, 2011

Fulltime : Malaysia 0 - 1 Chelsea, Tewas Angkara Linesman

Pilihan Malaysia 0-1 Chelsea (Drogba, 79')

Di sebalik mempamer aksi meyakinkan di babak kedua, skuad Pilihan Malaysia bimbingan Ong Kim Swee masih gagal menghalang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea mencatatkan kemenangan 1-0 jaringan sepakan percuma Didier Drogba.

Apapun, kemenangan Chelsea turut dibantu kekhilafan penjaga garisan yang mengesahkan gol berkenaan meskipun dilihat bola belum melintasi garisan gol. (tak tengok ulang tayang, so tak dapat nak ulas lebih).

Ringkasan :

Minit 2 : Percubaan Torres hasil kesilapan berpunca daripada hantaran lemah Piya, diselamatkan Farizal.

Minit 42 : Percubaan Kalou sedikit tersasar pada ketika Farizal sudahpun tertewas.

Minit 45+2 : Percubaan berbahaya Benayoun diselamatkan Farizal, diikuti follow up Van Aanholt juga sekali lagi diselamatkan Farizal. Tamat separuh masa. 0-0.

Minit 50 : Percubaan jarak jauh Obi Mikel tersasar.

Minit 67 : Percubaan pertama Malaysia, menerusi Syarul Azwari, hasil gerakan dicipta Fandi Othman.

Minit 70 : Counter attack pantas Chelsea, percubaan Drogba diselamatkan Farizal.

Minit 79 : GOL Chelsea. Sepakan percuma Drogba terkena tiang, melantun terkena belakang badan Izham dan melintasi garisan gol. 1-0.

Minit 85 : Peluang terbaik menyamakan kedudukan, percubaan Tamil Arasu tersasar jauh.

Kesebelasan Utama :
Malaysia :
Farizal Marlias (Izham Tarmizi), Zubir Azmi (Afizi Faisal), Norhafiz Zamani Misbah (Kapten, Amer Saidin), S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin (Fandi Othman), Wan Zack Haikal (Wan Zaharulnizam), Shahrulnizam Mustapha (Shukor Jusoh), Badri Radzi (Gary Steven), Joseph Kalang (Syarul Azwari), Hairudin Omar (Irfan Fazail), Amri Yahyah (Tamil Arasu)
Jurulatih : Ong Kim Swee

Chelsea :
Henrique Hilario (Ross Turnbull)), Branislav Ivanovic (John Terry), Slobodan Rajkovic (Nathan Chalobah), Joshua McEachran (Billy Clifford), Ryan Bertrand (Patrick van Aanholt), Salomon Kalou (Paulo Ferreira), Jose Bosingwa (Ashley Cole), Florent Malouda (Nicolas Anelka), Yossi Benayoun (John Obi Mikel), Frank Lampard (Daniel Sturridge), Fernando Torres(Didier Drogba)

23 comments:

kasimselamat said...

chelsea berhempas pulas untuk mendapatkan 1 gol, ini bermakna dan menunjukan kekuatan harimau malaya. pertahanan dan benteng akhir pasukan malaysia amat gagah...... singapura dah gigil....

Anonymous said...

tahniah PM satu game yg menarik terutamanya bhgn pertahanan n keepers..skuad muda olimpik kita nmpk lebih berani dr pemain senior..mungkin faktor umur kot...nasib baik linesman kesian kat chelsea..kalau tidak pengurus yg paling cepat kena pecat dgn abramovich..kah2..

Anonymous said...

malaysia main hebat atau chelsea bermain2?

Anonymous said...

Tahniah subra, satu2nya player yg main smpai hbis game, captain plak tu..


-ZP

Anonymous said...

napok ko mene tkdi,subra nga farizal mrlias buleh lagi maen nga skuad snior malaysia.kemah kemin dio maen.xbgi ruwe lgsg.xpi raso xlogik doh rajagobal pggil lawe sngpore ni.

Anonymous said...

best ke Subra main? clearance pun dpt kt pemain Chelsea, ada jugak dia sepak tak kena...

sebenarnya jentera serangan Chelsea x power, Norhafiz Zamani & Subra agak rapuh di bahagian pertahanan...

Fandi dan Zubir beraksi baik di kiri, kanan pertahanan Malaysia..

pemain senior yg ok hanya Farizal Marlias...

Syafiq Salim said...

harimau melaya ade improvement ??

tak jugak... harimau tue still camtu jerk...

btaw tetap beri sokongan bukit jalil nnti...

Anonymous said...

td kwe tgk farizal,subra,norhafiz zamani,zubir azmi,fandi sedak men...tgh xbpo kno ckit 1st half...patut plyer senior tgh kno berganding ng hok mudo...ni wat msk tgk aym lme blako...gtu gak ng striker...hai o xyah amik la...lmbab...pastu kwe x puah ati bkpo kallang men kiri..skalo kwe tgk dio men ganu alik knan...ok dh ye men..tp bola byk ore x buwi dio.byk men blh knan..klo dio men knan sedak r kwe serow..ptut dio men 2nd half..br laju psl tgh rmai hok mudo2..raja kno amik kallang.syahrul nizam pn ok...napok rajin jah...piya x jadi gok..slow...daudsu lg la...mcey gemuruh jah men...kno langgar ckit golek dh...kne mkn sup katak mcey park ji sung gamok nyo la..tp xpo..hok senior yg men tu amik la ni pngalaman brguno akn dtg...
kesimpulan nye chelsea men bse jah...tu pn kne ayam jgok..

ibun_jogho said...

"Adik" lbh drp "Abang"? Hahaha... ataupun pelawat yg lemah? Haha..

Skurang2nya Adik dpt mnyekat pasukan EPL berpesta gol.

Tp kawe rasa psukan Malaysia terselamat dbelasah teruk krn adanya seniors dlm team. Bkn nk mnidakan keupayaan junior, cuma dgn adanya senior blh serap skit keghairahan Chelsea nk bpesta gol.

Junior pun ok. Ada pcubaan bahaya yg menggegarkan hati lwn. Hhah..

Pujian individu kwe pilih Farizal & Subra. Farizal bjya jaga rapi gawang. Izham pun ok. Gol yg masuk tu pun kira nasib Drogba.

X tahu nk komen apa pasal Subra, sbb jarang ada silap yg dia buat. Main 90+ minit, stamina blh thn.

Cuma musykil sikit Daudsu x dpt main lbh 40 minit. Adakah cedera, atau x mnunjukan perfom tbaik. Kalau dia main lama rasanya ok; gandingan dgn Subra. dua tu ada kserasian & psefahaman.

fadhdeela said...

malaysia mlm nie main bola mmg the best la!! Chelsea hanya boleh gol kan 1 jer..malu nyer!! hihi kecian kat chelsea main bersungguh2..chaiyok malaysia!!!

Anonymous said...

farizal byk save bola.subra nga hafiz brtahan dgn baek.byk pressure striker lwn.striker xley nk shoot dgn baek sbb pressure y sbra ngn hafiz lakukn.good job!irfan fazail maen bgus.shrul azwari ngn kecik laju.brani glecek n mloloskn diri.

despyan said...

so,amcam gopal?ko xnk blajr ke cmne msia smlm main defend cmne?tu la../kalau nk pilih defender,pilih yg all out cm subra smlm..then,keeper plak,aku boleh tabik spring la kalau farizal main msia..mmg dia main negeri kureng,tp main timnas ok jek..so amcm gopal?upss..silap la plak..feveret player xmgkin la dia nk out kan..haha

Anonymous said...

Amri tu lambat betul nak tukar, Mna hebatnya amri tu..? Ke sbb dia smbat 2bji gol nasib msa lwn MU dlu..?

Ruginya team kita duk buang msa dan tnga dgn amri dan hairuddin smlm..

-ZP

Anonymous said...

apa2 pong pmain tganu yg terhebat smlg.. tgk zubir azmi bgitu tenang di pertahanan kiri.. joseph kalang dgn skill yg baik.

tp oks spatutnye amik manap mamat sbg striker, marzuki yusop main tempat subra, reshafiq alwi sbg midfield, samsuri mustapha golkeeper & player2 trganu yg lain baru mesia bulih menang..

tganu paling hebat di mesia.

peteh tganu peteh..

Dunia Baru said...

apa pun...pemain terbaik utk mlm td bagi pandangan kawe ialah farizal & subra...mmg nyata byk tangkis tekanan pihak lawan..

terbaik la awok berdua....mmg pilihan yg tepat.....

harap masa depan demo berdua makin cerah pasni....

reflek farizal mmg terbaik...mmg cuba sdaya upaya kawal gawang malaysia..

sampai masa dia kena keluar pun semua penyokong bdiri kasi hormat n sokongan....mcm dok kt England lak rasa..hehehe

terbaik la wehhh

Nik Zulkhairi said...

ambo agak keciwo tengok piya main smale. harapan ambo utk tgk piya score goal freekick musnah. asyik dio hok keno kick. haha.. apa pun, kapten piya still the best.

Anonymous said...

Tp juara liga super ttp klntan..wakaka..

Anonymous said...

tahun depe biar pasukan kelantan, terengganu ngan selangor plak la lawan kelab epl nie..hehe

Anonymous said...

July 22, 2011 8:40 AM
bodo bena amik marzuki maen gak.maen x sdak lgsung.caro nk parah kaki ore jh.arak ko tubuh jah besa.

despyan said...

admin: kesilapan minit ke 2 mlm td rasanya bukan piya.tp player rambut pjg sikit..lau xsilap.,shahrulnizam..kalau xsilapla..

Anonymous said...

Shahrul nizam semangat je lebih, kejar bola bagai nak rak.. tp last kejar angin.. bila bola kat kaki terus long pass.. then, terus dapat kat player chelsea

Anonymous said...

drpd amek hai-o nga amri,baek ambek azlan ismail nga farhan depe.

tetamu said...

bola tu memang dah masuk masa di udara cuma bola tu landing betul2 atas line dan melantun keluar..bola spin tu..itu dikira tetap gol la once bola dah melepasi garisan gol..harap penulis cuba tegok ulang tayang betul2..