Friday, July 29, 2011

Tanpa Apek Kita Malu Besar, Rajagobal Pertahan Pemain Kesayangan


Aksi cemerlang penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menghalang gawang negara daripada dibolosi lebih daripada 1 gol oleh rangkaian serangan Singapura, seterusnya mendapat pujian pelbagai pihak, termasuklah jurulatih skuad negara, Datuk K.Rajagobal yang menyifatkan persembahannya malam ini sebagai cukup cemerlang dan layak ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“ya memang dia menyelamatkan beberapa percubaan lawan, dia cukup tangkas, kita patut berterima kasih kepada dia. Kalau tanya adakah saya menyesal kerana rehatkan dia pada perlawanan pertama, saya pun tak tahu nak kata apa, dia bagus. outstanding. tapi saya ada alasan rehatkan dia. sebenarnya kedua-dua goalkeeper kita bagus. Bila dia bolos dengan Liverpool 5 gol, orang kritik dia, bila Sharbini bolos 5 gol dengan singapura, pun kena kritik, so lebih adil saya komen prestasi dia malam ini..”. – Datuk K.Rajagobal.

Keputusan menurunkan Apek di gawang, nyata dilihat satu-satunya keputusan bijak dalam pemilihan pemain dilakukan Rajagobal, berbanding percaturan lain dilakukan pengendali berusia 55 tahun itu sepanjang permainan, apatah lagi Apek bertindak cemerlang mengagalkan setidak-tidaknya 3 percubaan pasti gol dilakukan pemain lawan.

Apek yang sekadar menjadi pemerhati ketika rakan seposisinya, Sharbini Allawee Ramli melepaskan 5 gol mudah ketika perlawanan pertama, membuktikan dia adalah pilihan tepat untuk menyarung jersi penjaga gol no.1 negara, bangkit daripada prestasi merudum dengan merebahkan badan menyelamatkan percubaan Shi Jiayi (m-10), melayangkan badan menyelamatkan sepakan percuma Shaiful (m-38), dan menyelamatkan percubaan one-on-one Mustafiq Qiu Li di penghujung separuh masa kedua. 

Dengan tidak banyak untuk diperkatakan tentang perlawanan kedua ini, tumpuan sebenarnya lebih terarah kepada taktikal Rajagobal, keputusan pengadil dan penjaga garisan serta tindakan pemain Singapura yang banyak melengahkan masa dengan lakonan demi lakonan hebat yang layak dianugerahkan Oscar Award.

Rajagobal menurunkan kesebelasan utama sepertimana dijangka, tiada rombakan besar, dengan Aidil Zafuan dan Amirulhadi Zainal kembali ke posisi mereka, manakala Ismail Faruqi mengambil tempat Safiq Rahim, dan Abdul Hadi Yahya bermula di kesebelasan utama.

Seperti biasa pemain kesayangan atau favourite Rajagobal – Amar Rohidan, yang benar-benar tidak berfungsi (ada satu ketika hanya berdiri dan melihat bola dikuasai pemain Singapura) kekal beraksi 90 minit permainan, manakala Ismail Faruqi yang berjaya menambat hatinya hanya selepas beraksi 30 minit menentang Liverpool, digantikan Gurusamy (Persoalannya, mengapa tidak Baddrol Bakhtiar atau Shakir Shaari?).

Manakala kemasukan Fakri Saarani, melengkapkan episode buruk percaturan Rajagobal, pemain itu bukan sahaja gagal memainkan peranan dengan berkesan, malah tidak berada di atas padang ketika wisel penamat ditiup, gara-gara dilayangkan kad kuning kedua. Mungkin ramai yang berpendapat Ashaari Shamsudin lebih sesuai menjadi penganti.

Ditanya pendapat Rajagobal tentang perlawanan serta keputusannya hanya menurunkan anak emas, ini jawapan Rajagobal.

“kalau awak tanya saya, memang ini keputusan tidak adil, saya sebagai jurulatih inginkan kemenangan, dan mara ke pusingan seterusnya, tapi keputusan kita kena terima. kita bukan tewas, saya gembira, terutamanya dengan aksi separuh masa kedua, kita berikan mereka saingan tapi tidak memadai. Tak perlu salahkan sesiapa, melihat pasukan ini, saya yakin merekalah yang akan menjadi tonggak untuk kita mara ke Piala Asia 2015, itu sasaran kita dan di sini mereka dapat pendedahan berguna..”.

“Ismail, saya tak rasa dia beraksi buruk, dia masih baru dalam pasukan ini, kita tak boleh judge dia dalam 1 match, terus kata tak bagus, dia ada skill, kreativiti, kita harus bagi dia peluang, saya yakin dia boleh pergi lebih jauh, sama ada national team, mahupun bersama Terengganu, dan Amar dia tetap steady seperti biasa..”.

Mengambil kira kata-kata Rajagobal, kemampuan seseorang pemain tidak boleh dinilai melalui 1 perlawanan, penulis juga ingin bangkitkan persoalan, apakah kriteria yang dilihatnya yang ada pada Ismail Faruqi, yang meyakinkannya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, berbanding Ashaari, Baddrol dan Shakir, yang lebih lama bersama pasukan?

Tersingkirnya Malaysia, bermakna tiada lagi aksi kompetitif antarabangsa untuk tempoh terdekat, sekadar mengharapkan skuad Olimpik untuk beraksi pada September, manakala Singapura pula, akan bersaing di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia, bersama 19 pasukan lain.

42 comments:

ZP said...

Dah2 la tu raja.. Akui la kelemahan diri, msa aff hri tu pun xjmpa sngapore..

Satu lg, xde ke phak wrtawan tnya dia direct to point apsal suka sgt turunkan febret plyer wlaupun main buruk bbrapa game berturut-turut..

Amar rohidan, fakri, muslim, ismail, kalau dah nmpak xleh main try la gndingan lain, ke nak hrpkan magic..?

Psal apek bolos 5gol tu msa lwn liverpool, raja paham x liverpool bknnya indon @ singapore..

the sun said...

melampau x if nak suruh king gobal resign?

sigh!

Anonymous said...

Ore amiklah player hok top 5 Piala FA xpun Liga Super..nie dok, nyor g amik hok kelodok gak amik lar muko tuh.!

kasimselamat said...

sekalung pujian diberikan kepada pasukan malaysia yang berhempas pulas bermati-matian untuk menewaskan singapura, kita bermain dengan baik walaupun dalam tekanan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 2 gol... namun apa nak dikata lagi... kita kalah cara baik, kita lawan habis-habisan... sabarlah...belum ada rezeki....

gmay said...

Karuk la gopal..komen xbernas lgsg

ibun_jogho said...

Buat skian kalinya kawe nk sebut.. MUSLIM.FADLIS..AMAR...ISMAIL....

Ksih sayang yg x bbelah bg DKR pd anak didik..

"... Tak perlu salahkan sesiapa, melihat pasukan ini, saya yakin merekalah yang akan menjadi tonggak untuk kita mara ke Piala Asia 2015, ...". Masih nk simpan anak emas ni? Simpanlan TOK.

Simpanlah TOK anak emas ni ye. Pmain yg lain panggillah training sama. Tp training je, jgn bg msuk. Inikan barisan TOK..

TOK kan KING, xkan King nk ikut kata2 pnyokong. Pnyokong bkn pandai kan. TOK kan dh lama main bola mesti TOK tau semuanya. TOK kan kenal siapa pemain TOK. TOK kan tau siapa yg layak atau tidak. Kan TOK kan..

Apa2pun, trimas kasih TOK krn jasa TOK pd skuad bola bkn sikit. Sukan Sea & AFF pun TOK yg latih anak emas ni kan. Trima kasih TOK..

TOK.., TOK.. Pasni ada friendly lg ke TOK? Nk tau sape yg TOK panggil training. Kita xnk tau siapa yg TOK nk masukan masa main. Sbb kita dh tau dh siapa yg TOK kata layak. Cuma nk tau siapa yg trening je.

Smoga DKR x jemu2 mlatih skuad kebangsaan utk lbh cemerlang, gemilang, terbilang. Jgn jd tenggelam, terselam, hilang.. Slmt maju jaya utk DATUK K. RAJAGOBAL..

Kita x kalah, cuma kita x layak utk k pringkat sterusnya..

Kawe 'n' TRW said...

komen srupo budok sekoloh rendah...taik eh...

Anonymous said...

Ismail Faruqi tambat hati DR masa dia speed ketika pemain Liverpool dah malas dan penat. Terus masuk 1st 11. Pegang bola lebih2, tapi senang2 orang ambik. Dia nak main utk negara @ nak jual diri. Alahai, banyak lagi players lain DR oii. Sabor jela...

Anonymous said...

seandainya dpt diulangi perlawanan d singapure mgkin keadaan pasti berbeza..tp hakikat nya walaupun pahit kita terpaksa telan..hrp lepas ni DR dpt ilham utk naik kan martabat Harimau Malaya yg tercalar..Selamat Bejuang pd umat muslimin sempena Ramadan Al Mubarak..amin

Anonymous said...

apex telah membuktikan kontrovesi d luar pdg tidak mengugat fokus dlm game td..good luck to apex..mu masih ada tanggung jwb dgn skuad olimpik..stay fokus!!!

Anonymous said...

bagus la king ni, simpan la fakri tu smpi ke tua..dah dengan n9 pun failed, dgn national team pun failed tapi king tetap syg...jauh lagi baik ashaari/badrol...adoii king..

Anonymous said...

aku sokong keeper shabini jadi penonton bola...

paul frank said...

semolek2nyo letok jwtn abih crito...
wak srabut perot jd juruletih, kecek sdap hasil xdok

Anonymous said...

rizal fahmi main dgn kelate rizak loni, tapi blh main m'sia, subra main full time nga kelate, tp king raja xamik...

Anonymous said...

overall game msia tadi tak best sgt...ketiadaan norshahrul dan safiq nmpk ketara sgt game msia buntu..
amar muslim fazli ismail faruqi hadi yahya game anda out xbest lgsg..player lain biase2 je yg plg mnonjol apek n safi sali...so sila bukak mata luas2 ye RAJAGOPAL...

Kawe Ni said...

datuk rajo sumbat doh loni.. duk syg ko player hok tok jadi. kalau tak nak ambik player kelate pon, ambik la hok betul2 perfom datuk. jgn pakat ambik jah. aku xleh terima dio wat masuk fakri sarani, amar rohidan dan lebih-lebih lagi, ismail faruqi. aku betul2 xpaham kenapa nak masukkan ismail faruqi yg cetak pengalaman..

Anonymous said...

aku tgk dpd expected line up ptg sblm game tu pun dah boleh agak result game..tp sbb semangat, tgk jgk la game..sekali betul..game biasa2 shj..xde langsung gaya nk cari 2 gol..spore plak yg byk attack..jgn jadikan alasan aidil keluar defend jd lemah..apa guna player fav DKR? rambut baru pun kalay game x ubah buat ape??
kalau coach argentina resign sbb argentina teruk masa Copa, apa reaction DKR lepas ni?
FAM ape cite? takkn puas hati sampai sini je?
yg paling aku xpuas ati sbb ape DKR x main SHakir???

Nik Zulkhairi said...

singapura lebih bagus.

Klab phn jati said...

Apex sy stuju dgn anon 1:22 stay fokus n krangkan kontrovsi sdr msh ada tugas utk negara dan lebih2 lagi team sdr TRW

tetamu said...

mmg kecewa bak kata zainal abidin rawop bagai dilanda garuda..memang betul smua rakyat malaysia patutu merasakan kecewa dgn aksi semalam..tidak ada urgency dari pemain2 tengah untuk mencari gol..hanya safee saja yang buat muka tak malu mahu merobek gol yang lain huh taktau nak ckp apa..congrats safee, apek u still the best..Dimana ashari,baddrol dan shakir? game plan King gopal paling handur..kita dah dapat 1 gol dan ada harapan utk tambah gol sbb masa masih ada 30mins slps safee netting tp player yg dia bw masuk GUrusamy???what the fart?fakri sharani??what a joke? bg aku yg tak pandai ni terlalu mengharap ashari,baddrol ataupun shakir..sudahnya alasan raja senang ja game plan lari sbb aidil keluar..blah2222 kita bukan kalah draw ja,hei gopal lu mabuk ka apa mmg kita seri tp kita tak layak n takleh menang ngan team actor tu bangang...kalau game best berbaloi kita kalah tp game smlm mmg kita bkn lawan negara singa tuh..King ko tgk la blk ulang tayang game semalam brapa chance je kita ada, 1st half sekali ja by kunalan, 2nd half gol safee then lepas tu takde dah gerakan yg mampu wat fans singapore kecut perut..masa 1-1 kita masih lagi main mcm dah leading 3-0..fart lah..FAM pls find another head coach, from europe will be better..cari coach yg tahu nilai player sbb kalau raja disabung contract sampai ke mati la dia stay ngan player2 mcm sampah ni..

sekian luahan ikhlas dr insan kecewa...hahaha

Anonymous said...

you pig raja

Anonymous said...

raja muko udoh! Bodoh kelu! Cerdik takleh tumpang bodor takleh ajar.. Taik idung orang ko nampak taik idung sendiri tak nampak..Taik idung orang ko nampak taik idung sendiri tak nampak..

despyan said...

hm..nk komen jgkla kali ni..tahniah pada gopal..tektik dan player anda pilih mmg terbaik dr ladang la wa ckp sm lu..

tgk pe reaksi semua pasni..bagus kalau gopal resign..bodo gampang...

sekian...

Anonymous said...

Aku bukan nak puji corak pengurusan TRW. Aku drpd KL. Cuma aku ikut semua perkembangan team dalam liga super through kelab penyokong punya website. Aku rasa pengurusan TRW mengambil kira juga pendapat penyokong-penyokongnya yang menyarankan beberapa regular player yang tidak perform dimata penyokong untuk direhatkan. Dan pernah menjadi contohnya Captain Piya direhatkan beberapa game kemudian menonjol balik selepas beberapa game direhatkan. Dan coach menggunakan sumber-sumber player yang ada, walaupun tidak begitu outstanding spt Danial Fadzly. Ini hanya beberapa contoh sahaja.

Jadi komen aku mengenai skuad Malaysia, aku rasa ramai yang tidak berpuas hati dengan performance Ismail faruqi, Amar Rohidan, Muslim Ahmad, Fadhli, dan yang paling mengecewakan adalah Fakri Shaarani.
Mereka semua ini adalah player yang sama yang "OFF" performance pada hari sabtu lepas. Takkan coach Raja dan pihak pengurusan masih tidak boleh menilai? Pihak pengurusan dan coach sendiri mengkritik pertahanan sabtu lepas adalah "hancur".

Apa kurangnya Rizal Fahmi? Shaakir? Badrol Bakhtiar? Ashaari Samsudin? Badrol dan Ashaari contohnya sudah pun menjaringkan gol diperingkat antarabangsa.

Aku rasa korang semua setuju aura perlawanan persahabatan dengan game sebenar adalah berbeza. Mungkin player yang bukan regular dimata coach raja akan lebih perform dengan luar biasa dan hebat drpd regular playaer lain dalam game sebenar. Dan juga perlawanan persahabtan menentang Arsenal dan Liverpool juga adalah lebih kepada perlawanan hiburan.

Dunia Baru said...

aku tak dpt mengeluarkan komen sgt,.hati tengah panas sgt2....

kalau komen rasa nk mencarut jek...n ludah ats muka raja gobal...

kecek tak sir kalah....kecek nk belagak sahaja...

now dh kena ats muka sendiri...tak mau bertanggungjawab lagi ke?

pilih player jd first eleben mcm org tak pandai main bola saje...

kesian kt apek n safee sale yg terpaksa bkerja keras 90minit game..

tp lepas tu terpaksa kecewa sbb usaha diorg mcm sia2 ngan prestasi player lain..

jemmm................!!!

aku pengundi pertama memohon FAM pecat K.Raja Bua Besar....!!!

Anonymous said...

Kalau aku :

Ahmad Fakri Shaarani: Aku x nak amik sebab hancur dan dapat kad merah (attitude hancur buat rugi masuk dan rugi pertukaran player) ko memang tidak patriotik. Tengoklah nasib Negeri Sembilan ko buat macamana.

Amar Rohidan: Aku akan suruh dia buktikan dulu dalam skuad negeri Kedah dia punya performance.

Ismail Faruqi: Xda klass punya player. Ko xda idea. Ko hilang punca. Aku cabar mana-mana team liga super di Malaysia yang sanggup untuk pertaruhkan dalam team mereka pemain tengah gandingkan Ismail faruqi dan Amar Rohidan.

Pertahanan: Hancur. Sedih. Hilang idea.

Paling akhir:

AIDIL: Dah rasa diri x fit, jangan berlagak. Aku ulang jangan berlagak. Dalam Liga Super ko pun x perform.

kepada pemain-pemain: Kalau dalam diri itu betul-betul patriotik, boleh x kalau korang rasa korang x boleh perform, dan ada rakan lain yang perform, TOLONGLAH sukarela bgtahu coach supaya yang perform perlu diturunkan. Jujur dengan diri. peluang korang masih lagi ada jikalau kita melangkah lebih jauh lagi. tengok sekarang, sudah xda peluang sesama korang.

Dunia Baru said...

aku suka semua komen dr anon 10"19..


mmg terbaik la weh....perenggang paling last tu sama mcm pandangan aku mlm td time tgk bola...

mmg tu yg sepatutnye...

huhuhu....nasi dh jadi bubur..bubur pulak dh basi.,.tk leh mkn dhhhhhhhhhhhh

Azremiey said...

Kita terima jer kawan2... kita tak kalah semlm cuma seri je.. abis dah kesah kelayakan Piala Dunia... Lepas raya..agenda kita... sokongan kepada skuad Olimpik.. harap2 kita pengurus, jurulatih dan pemain belajar dari kesilapan team senior...

Anonymous said...

kalau smlm coach masukkan ashaari samsuddin,shakir shaari,rizal fahmi,farisham ismail n then kalah jugak.....mesti ramai org akan kutuk diorang...then cakap apsal x masuk player tu...apsal x masuk player ni....menang kalah adat la.....boleh jamin ke kalo player2 yg anda semua mahukan dimasukkan malaysia boleh menang?

hanna yasmeen said...

bagi aku tutup crite lama bukak crite baru..apa kata utk international team cuba national team lawan ngan juara piala FA ngan juara Liga SUPER..lebih baik mcm tu dari friendly game dengan kelab2 EPL yang bertaraf berbintang2..

taik itik said...

hoi anon 11;58..kau x tgk ke game kat jalan beasr?tgk x lien up masa 2/tgk cmne game 2? game smlm tgk x? pmain sama x? nmpk x dua2 game x perform? bkn 2 game ni je,masa frendly sblom ni pn ke laut,ngn team negri pn hancur camne bleh main internationl? da tahu xform tkr la line up,dah la tactical ntah apa2.
klau la lineup ni la yg akn main Piala asia 2015 nt,jgn harap nk pg jauh.hakk puiiihhh!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

awok2 reti ngutuk je belake.. lepas kutuk, kutuk, pah tu kutuk lagi.. baru lepas kutuk plk.. habuk pun tarak.. X patriotik? korang tau ke perasaan player.. bawa harapan berjuta penyokong.. kalu setakat main wakil pun xlayak korang xyah nk kutuk n pertikai org.. kalau nk kutuk sgt, duk depan cermin pahtu kutuk la kaw2 nyer

Anonymous said...

x rok cettong anon 3:20.
kalu player x mboh kene kutuk main la molek2..
kalu player nk main kene puji sokmo tp x mboh kene kutuk baik x payoh main bola, kelaut lg baik..

starang baroh ngoh..

Anonymous said...

mung sumbat gok haha..aku plg suka lepas game bola sbb nk tgk pelbagai aksi kutuk mengutuk n puji memuji.. sebab tu blk stadium mlm x sabar nk buka tenet nk bca luahan peminat haha..ternyata kutukan yg kaw2 punya haha

Anonymous said...

defence rombak..org lama subra, marzuki masuk..RB,LB cri pengganti..berat sgt...aidil xbleh main dowh..amar patut dh lama tukar..mmg Gopal pilih bulu..safee sali dpt main malaysia blk sb kembar aidil injured jer masa AFF aritu..

Anonymous said...

t0o an0n 3:20..
> ummpph, kami nie PENYOKONG, PENGKRITIK and PENGUTUK!!!

> klau PLAYER xnk kene KUTUK buat la aksi TERBAIK!!

> and kebanyakkan KUTUKAN ini bukannya untuk menghancurkan SKUAD TIGER tp kte nk dapatkan SKUAD yang bt0l2 TTIIGGEEERRRR!!!

> "kalu setakat main wakil pun xlayak korang xyah nk kutuk n pertikai org" nie ayt anda!!

> aku nk tny k0, k0 rse klau PENGUTUK nie jd PEMAIN and PEMAIN yang sekarang nie jd PENGUTUK, k0 bleh jamin ke y di0rang xkn KUTUK balik klau kte xdpt sh00t b0la???????

> k0 jwb ak..rse nk bc ckit!!

Dunia Baru said...

heheh...rileks..rileksss..

lok ko dia la..hehee...

kita ni minat sgt...tu psl kecewa sgt...sbb kita follow dr awal team msia sampai la berkubur..

kalau tanya dia, mayb, dia pun tak tau game apa malaysia tgh main ni kot...

player pun tk kenal la aku rasa,..hehehe

Anonymous said...

Mari kita sokong squad olympic pulak!

Anonymous said...

sudah2...bende sudah terjadi... singapore pun belum tentu layak ke piala dunia...Jom support skuad olimpik pulak sebab skuad inilah yg akan mengalas cabaran negara pada pusingan kelayakan piala dunia yg seterusnya...

HANYA SKUAD OLIMPIK SAHAJA YG BOLEH MEMBANGGAKAN KITA.. JIKA MEREKA LAYAK KE OLIMPIK, ITU BERMAKNA KITA SATU-SATUNYA NEGARA DARI ASIA TENGGARA YANG LAYAK KE SANA...ITU BARU BANGGA...

Anonymous said...

kite sbg penyokong berhak untuk mengkritik pasukan supaya prestasi dapat ditingkatkan. lagipun kite membayar untuk melihat aksi mereka.

Anonymous said...

Gua msh x puas hati n depress...

Gua nk tpl satu dunia

Mkn Oman cancel coz pikir x bebaloi lwn team rajag.
Dgn Singapore dgn percaturan die ni pn klh, ni kan Oman.

Ni pdpt gua (panassss ooo)

Sokongan bukan x patriotik atau bermusim tp sbb sayangkan peluang Harimau Malaya:

1. Bila lg ada peluang lwn yg x terlalu sukar ke pusingan seterusnya?? Mkn lepas ni x dpt lg team semudah Singapore.

2. Mkn peluang terakhir utk player terbilang mengembangkan potensi tahap lbh kompetitif (World Cup Qual.) kerana faktor umur ie: Safee, Mat Yo etc. Lps ni ada npk pengganti???

3. Player terpilih dilihat bukan berdasarkan merit n x terbukti/ terpilih pun dlm prkt lbh rendah eg: Guru.... , etc. dan terbukti x pernah perform eg: Fakr.
Jadi fikirkan ANDA pilih atas FAKTOR APA???

4. Paling penting DGN. SIAPA KITA KALAH??? Negara kecil berpopulasi kecil atau serpihan KITA. x kira la ada "import" ke coz bukannya hebat mana pun.

Jadi fikirkanlah. Mmg pemain dh buat yg terbaik TAPI yg boleh diperhalusi/ pertikai adalah PERCATURAN / TAKTIKAL rajag.

Kalu rase team tu kau yg punya pasni x yah kitorg susah payah bergolok gadai bagi sokongan.

Klh dgn siapa???????????????????

Anonymous said...

mu x reti bezo ko liverpol nga singapore? apek lepah 5 btir nga liverpool.pasuke epl.sarbini lepah 5 butir nga singapore.maso pialo aff dulu lepah 5 btir nga indon.bodo nate DR nih.