Wednesday, July 20, 2011

Daudsu Ketepi Rasa Gementar


Di sebalik pengalaman menyarung jersi kebangsaan selama 4 tahun sebelum ini, pertahanan lasak Kelantan, Daudsu Jamaluddin mengakui tetap diselubungi rasa gementar apabila diberi kepercayaan mewakili Pilihan Malaysia menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea malam esok. 

“tipu la kalau cakap takde rasa nervous kan, memang ada, tapi itu bukan alasan, saya akan beri komitmen 100 peratus jika diturunkan esok, saya sudah bersedia, ini juga secara tidak langsung peluang untuk saya pikat perhatian coach rajagobal, siapa yang tak nak main senior team kan. so saya kena guna peluang ni sebaik mungkin, peluang takkan selalu datang, saya yakin kemampuan saya, fokus sekarang hanya berikan yang terbaik, all out..”. – Daudsu Jamaluddin.

Daudsu, boleh diangkat antara pertahanan terbaik dalam saingan Liga Malaysia - sinonim dengan aksi lasak dan kental, serta pemain yang cukup komited dengan aksi meyakinkan setiap kali diturunkan.

Menyentuh tentang persiapan pasukan, Daudsu berkata segalanya berjalan lancar di bawah bimbingan Ong Kim Swee dan tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang mana rata-ratanya anggota skuad Olimpik negara (Harimau Muda), yang disifatkannya mempunyai masa depan yang cerah.

Imbas kembali : Daudsu bersama pasukan kebangsaan ketika menenntang Bahrain pada 2007.
“nak kata persefahaman, keserasian mantap tu takde sangatlah kita training pun dalam 10 hari macam tu, tapi pandai-pandailah nanti (tergelak). tapi seperkara yang saya suka tengok team ni, mereka ada masa depan lah, kalau boleh maintain team ni, exposure lebih, saya yakin mereka boleh pergi jauh..”.

Perlawanan esok, juga akan menjadi pengalaman pertama buat Daudsu menentang kelab EPL, meskipun namanya terdapat dalam senarai akhir 23 pemain skuad 2008 menentang lawan sama. 

Namun, jurulatih ketika itu, B.Sathianathan, tidak menurunkan Daudsu pada perlawanan itu dengan memilih untuk membariskan Fauzie Nan dan Shafizan Hashim di posisi pertahanan kanan, dan Daudsu berpendapat skuad kali ini jauh berbeza berbanding skuad 3 tahun lalu, apatah lagi mereka hadir dengan pemain dan jurulatih berbeza.

Daudsu, kali terakhir membarisi kesebelasan utama skuad negara ketika Malaysia dimalukan 0-5 oleh UAE pada Januari 2009 dalam saingan Kelayakan Piala Asia (sama seperti Hairuddin Omar).

Dalam pada itu, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee percaya sessi latihan terakhir yang dikendalikan hari ini, sudah memberikannya gambaran kesebelasan utama pemain yang akan diturunkan malam esok.

“ya memang, dah nampak siapa akan main, tapi for me tiada beza kesebelasan dengan reserve sebab saya akan bagi semua main, its fair, so tak perlu nak bezakan mereka. saya positif menjelang game esok, saya tak harapkan kejutan, cuma minta player give their best dan tunjukkan fighting spirit yang tinggi, dapatkan pengalaman yang berguna. itu jer, we play to our strength..”. – Ong Kim Swee.

12 comments:

Nik Zulkhairi said...

daudsu, idola ambo tu..

Anonymous said...

Persiapan pasukan Harimau Malaya dalam kelayakan ke Piala Dunia terganggu dengan kehadiran 3 kelab lemah dan tidak berpotensi dari England.

Arsenal, Liverpool dan Chelsea.

Apakah yang FAM dapat sehingga sanggup memperjudikan stamina serta kekuatan pasukan Harimau Malaya ini? Bagaimana jika mereka tercedera? Adakah perlawanaan kelayakan ke Piala Dunia tidak penting? Adakah mereka terlalu yakin mampu mengatasi Singapura? Mungkinkah terdapat unsur-unsur mementingkan keuntungan atau rasuah disitu? Adakah FAM minta di BERSIH kan?

Boleh jadi juga bukan salah FAM?

Kedatangan 3 kelab lemah itu tadi lebih kepada marketing. Bukan untuk pemanas badan, jauh sekali mahu menguji cakaran Harimau Malaya atau berkongsi skil. Mereka datang sambung cuti aje. Cuma kali ini secara berkumpulan. Yang banyak buat kerja dan berpeluh lebih ialah team marketing mereka. Memasarkan jenama kelab mereka sebagai satu brand pilihan peminat bolasepak di Asia.

Harimau Malaya dapat apa?

Dapat letih! Nanti tak cukup cergas ketika tenaga benar-benar diperlukan ketika menentang Singapura.

FAM tidak tegas! Tidak proaktif bertindak dalam memastikan pasukan Harimau Malaya benar-benar berada dalam keadaan cukup rehat serta moral tinggi untuk menentang Singapura nanti. Dilaporkan juga penyokong Arsenal mem-boo pasukan Harimau Malaya! Itulah sikap penyokong pasukan lemah yang dah 6 tahun tak orgasm! KEJI! Memuja penjajah! Budaya Kuning dan tiada rasa cinta pada tanahair sendiri. Rais Yatim tolong tengok-tengok la sikit hal ni.

Itu baru pasukan lemah yang berada di kedudukan ke 4 liga, yang dah 6 tahun tak menang piala. Sabtu ini Harimau Malaya terpaksa merendahkan lagi mutu permainan mereka, merendahkan lagi moral serta kelas mereka apabila terpaksa melayan pula pasukan Liverpool!!

Astaga! FAM! Bangun la! Liverpool bukan standard Harimau Malaya! Layak ke pasukan yang berada di kedudukan ke 6 liga menguji ngauman Harimau Malaya? Arghhh! Tekanan aku! Berhenti la menghina pasukan sendiri. Ikut sejarah, Harimau Malaya hanya melayan Big 4 sahaja! FAM sepatutnya menghantar pasukan Melaka pada Sabtu ini menggantikan Harimau Malaya. Masih belum terlambat untuk membuat perubahan itu. Go Melaka Go!

Apa punca semua pasukan EPL nak datang panas badan di Malaysia ini? Panas sangat ke Malaysia ni? Arab Saudi lagi panas rasanya? Apa ingat tahun lepas Manchester United datang panas badan kat sini terus jadi juara ke 19 dengan menghumban Liverpool dan final UCL, pasukan lain ingat boleh buat benda sama? Interlok hang!

Manchester United melayan Harimau Malaya dengan penuh professional dan mereka datang bukan tujuan marketing. Lebih membanggakan, penyokong Manchester United memberi sokongan padu sama rata kepada pasukan Harimau Malaya juga semasa perlawanan berlangsung. Mereka tidak boo pemain tempatan. Mereka tidak keji malah Malaysia tetap dihati.

Aku dengan ini melancarkan 2 page di fesbuk iaitu;

1. Mencari 000,003 orang menentang kehadiran kelab lemah dari EPL merosakkan persiapan Harimau Malaya ke saingan Piala Dunia, dan

2. 1Melaka minta FAM gantikan Harimau Malaya dengan pasukan Melaka untuk menentang Liverpool sabtu ini.

ibun_jogho said...

Daudsu pmain harapan kawe tu.. Haha..

Daudsu muda lg tu. Pngalaman pun mash berbekas. Harap sgt2 Daudsu tnjukan kmampuan. Cuma ttg nk pikat Raja tu kwe rasa payah sikit. Raja kan ada ramai plyer kesayangan. Plg tinggipun Raja panggil Daudsu training pastu blk, sbb time lwn pilih org lain. Tp kalau ada rezeki x mustahil.

Ttg ksilapan Daudsu tjaring gol sndiri hari jgn dijadikan bahan cemuhan dan cacian. Rata2 pnyokong Kelate x salahkan dia. Utk game dgn Celsi ni kawe percaya Daudsu akn perfom habis2an, sbg mana ktika wakil Kelate.

*SS ambik mano gambar Daudsu msa wokil Malaysia tu? X igt dh kawe lagu mano rupo Daudsu sblm ni - botak. HHAha..

ibun_jogho said...

Kpd Anonymous, July 20,2001, 11:44pm- Liverpol ko celoh mano plok ni?

Apsal tiba2 ada 1Malaka plak?

Apsal nk suruh pasukan Melaka main pla? Adakh anda nk tunjukan bhw rendahnya taraf Liverpol shingga disarankan lwn pasukan Liga FAM?

**Kwe hanya minat pasukan Malaysia, x mnat dgn pasukan EPL, dll..;-)

Naim Marinin said...

daudsu kental!! harap dpt tgk persembahan terbaik pasukan malaysia!!

despyan said...

ibun:ayat anon tu dia amik dr blog sokerleaks tuh..blog tu mme kondem FAM..lucu bilo bc blog tu..wakaka

Dunia Baru said...

kawe sungguh suka statmnt nih :

“ya memang, dah nampak siapa akan main, tapi for me tiada beza kesebelasan dengan reserve sebab saya akan bagi semua main, its fair, so tak perlu nak bezakan mereka. saya positif menjelang game esok, saya tak harapkan kejutan, cuma minta player give their best dan tunjukkan fighting spirit yang tinggi, dapatkan pengalaman yang berguna. itu jer, we play to our strength..

- terbaik la weh...hehehe....bagus OKS..harap demo try semua player..tgk lagu mana keupayaan depa2 nih..hok mana senior n leh pakai tu, demo sms sama Raja..kasi serap masuk team senior....mcm tu la baru harimauuuuuu

Anonymous said...

Aidil pon ada jugo maso Malaysia kaloh 5-0 ko UEA.. hehehe

Anonymous said...

liverpool history channel.

rio said...

anonymous 11.44pm.

Tak payah dok copy paste entry blog ore gak sini. wak malu kokre kampung jah ambo tengok.

Anonymous said...

saja kawe copy & paste ayat dr blog sokkerleak blogspot utk tatapan umum..biar kita ingat jgn dok kondem pasukan Harimau Malaya je..patut kita raso bangga dgn pencapaian skuad DR & OKW dalam memajukan bolasepak..drpd sokong EPL baik sokong Harimau..tu je..pasukan EPL kat eropah pun jd lauk je..

Dunia Baru said...

serabut eh baca kopi paste nih..hehehe....

bui link jah la..

sokkerleak pun buke betulk mana...artikel pun buke ade point mana...cuba baca molek ayat2 dlm tu, ayat ore tak penah main bola n tak penah dok ats padang jah napok..

tau kondem jah tu...try bui bola sutir tgk...heheh...tah2 ke laut...


tgk ko dlm sokkerleak tu meh2 org kelate kata "tolak tok rebah"...hebak jah napok..hehehe