Wednesday, July 20, 2011

Shakir, Chanturu Tersisih, Gagal Yakinkan Rajagobal

Datuk K.Rajagobal sekali lagi tampil dengan kejutan apabila mengumumkan senarai akhir 24 pemain untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai, apabila menyingkirkan Defensive Midfielder kental Kelantan, Shakir Shaari, dan pemain sayap dengan jolokan 'Kelantan Ekspress',  S.Chanturu. 

Turut tersisih, Shahrizal Saad, namun Rajagobal menyenaraikan semula Rizal Fahmi, serta dua pemain Olimpik, Izzaq Faris Ramlan, dan Ismail Faruqi Ashaari.

Norshahrul Idlan Talaha pula tersisih akibat kecederaan harmstring berulang.

Berikut senarai akhir 24 pemain :

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat, . Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Nasril  Mat Nourdin

Pertahanan :
Mahali Jasuli, Mohd Farisham Ismail, Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan, Helmi Remeli, Mohamad Azmi Muslim, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid

Tengah :
Safiq Rahim, Ismail Faruqi Ashari, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar,Gurusamy G. Kandasamy, S.Kunalan, Mohd Amirulhadi Zainal

Penyerang :
Mohd Safee Mohd Sali, Ahmad Fakri Shaarani, Mohamad Ashaari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Izzaq Faris Ramlan

31 comments:

Anonymous said...

syakir mgkin x sesuai ngan corak permainan national team....tp chanturu ok ape......

mdfaizal said...

paling aku setuju dgn senarai ni, ada Ismail Faruqi.

Yela, kot2 nnti Safiq injured/penat, dia leh amik alih.

Selama ni takde wo!

Anonymous said...

takpe shakir nge canturu, lepas ni buleh main peringkat lebih tinggi dengan AFC CUp.. shakir tu dia jenis 'pemalas' sket, berat punggung.. sbb tu rajagobal tak nak dia.. chanturu pun sama.. laju tp shooting dan dribble kureng...

Anonymous said...

kalu safiq injured/penat kena ganti dgn badrol bahtiar.. aku x nampak ismail faruqi ni main ok.. lari mcm pompuan je..

Anonymous said...

kalo lari cam pompuan xde la king gopal nk panggil die main...ismail ni main cool ak tgk...die tenang ms lwn liverpool

Anonymous said...

asal dia ambik agi ahmad fakri n izzaq ... bukn bagus pon ... baik letak ashaari dan safee di depan ...

Anonymous said...

amar lagi bagus sbnrnya, so kena terima hakikat shakir perlu lebih rajin, kreatif dan blh memberi impak besar kpd jentera tgh & serangan

Anonymous said...

Setiap coach ada favourite player masing-masing, kadang-kadang pemain-pemain yang dipanggil untuk dia cukupkan korum dan akhirnya pemain sama yang dipilih oleh coach. Cth, Brazil masa Ronaldo injured, Elber sering kali menyarung jersi Brazil pada kelayakan piala dunia tapi bila piala dunia, Ronaldo jugak dipilih.

Rajagopal pon sama, jika dilihat barisan yang ada dalam skuad skrg hampir skuad yang sama dengan Sukan Sea dan Piala AFF. Jadi pemain-pemain yang baru dipanggil itu cuma pelengkap senarai saja..

ibun_jogho said...

Hahahaai... Terkejut dibuatnya. Kejutan penuh kejutan.

Kwe x pelik kalau Chanturu x tpilihpun. Sbb kawalan bola dan mengeleceh tu krg skit. Larian laju bkn jaminan. Chanturu jd pilihan utama D.M.Karathu & B.Sathia. Pilihan utama utk kuatkan Kelate. Tp Chanturu bkn pilihan jurulatih MALAYSIA.

Yg terkejut besar adalah Shakir x layak. Sbg slh seorang pnyokong Kelate yg selalu mlihat Shakir beraksi d SSM IV kawe x rasa Shakir pmalas. Kwe x rasa Shakir x layak. Shakir pilihan utama M.Karathu & B.Sathia. Shakir jd nadi utama jg utk team Kelate.

Tp apakan daya, Rajagobal bkn Karathu & Sathia. Pnilaian Raja x sama. Kita kena trima.

Shakir hanya bmain sparuh masa kdua (itupun hanya beberapa minit) masa friendly. Dgn main hnya beberapa minit mampu ke Raja nilai mana lebih & kurang Shakir? Mungkin jg Raja nilai masa latihan, bkn masa perlawanan.

Masa lwn budak2 Myamar d SSM IV, Shakir msk awal. Kmudian baru diganti dgn Amar. Adakah ini hanya utk jaga hati pnykong Kelate masa tu? Agaknyalah..

Kawe pun x tau mana lbh nya Amar. Mungkin krn dia org lama dlm skuad. Kwe pun x tahu sjauh mana prestasi Amar dgn pasukan negeri. Tp kalau ditengok masa lwn friendly tu...biasa je.

Rizal Fahmi Rosid ada dlm senarai. Tp kawe x yakin dia jd first E. Sukar utk Rizal cabar pmain defend yg sdia ada.

Farisham pun sama jg. Cuma bg kawe Farisham ok sikit pd Rizal.

Apek? Ini yg mnjadi tanda tanya. Dgn prestasi semasa Sharbinei & Nasril, payah utk Apek kekal keeper no.1, lbh2 lg stelah bolos byk.

Kejuttttaan.. Kejut..!

Anonymous said...

safiq-ismail faruqi <> safee-ashaari... perghhh, terbaekk...

Anonymous said...

sh*t la raja.tak habis2 ngn player favaroit nya.ak xnmpak mne lebih amar dr shakir.klau kta shakir pmalas,itu style dy.dr segi teknik skil control ball ak rasa shakir lebih patut.raja nilai shakir pd 10min last frenly,wtf!!!??

Dunia Baru said...

hmmm....list player dh keluar...

nk tak nk kita kena hadap jugak...huhuhu...

wpun player fav kita semua ada yg terkeluar n player yg kita rasa kurang berkesan dlm team ada dlm list akhir player...

apa pun, tu la player yg akan membawa cabaran harimau malaya nnti.,...

harap kita leh sumbat sutir dua gol time kt tempat lawan nnti...sbg bekal selesa utk main d bukit jalil nnti....

tetamu said...

tertendangnya chanturu dr skuad malaysia kira ok sbb dia pun belum layak lagi..tp shakir? kenapakah rajagopal begitu BUTA? apa lebihnya amar?hya berlari kehulu hilir tp passing n control tak sehebat shakir..lagi 1 fakhri tu aduhai kenapa la dia BUTA lagi,tak nampak ka fenly lepas2 dia ni cukupkan player ja atas padang tu..
entahla raja gopal,aku semakin boring la ngan game plan raja gopal ni..tawarrrrrr...

despyan said...

terkejut derr shakir xmain..tgkla 1st E nt..sm je cm AFF hr tu..org sma,tektik sama,gol mungkin set piece lagi..then mng(kalaula),n nama gopal naik dipuji lagi,sbb layak ke pusingan seterusnya..hebat gopal..perghhh...

Anonymous said...

Mendiang Bertalan Bieskie paling telus dalam pemilihan pemain, sanggup mengenetepi beberapa pemain BINTANG untuk memberi laluan kepada pemain yang dirasakan layak. Namun kaedah Bertalan agak kurang menjadi kerana pemain-pemain di Liga M tidak fit untuk bermain diperingkat antarabangsa.

Anonymous said...

knp ta caye ke ? terima je le siapa yg DR pilih..mesti ada sebab..shakir bkn ta bagus..masa masih ada utk buktikan kemampuan nya..siapa kita na komen..nanti kalau mng lwn singa kita lupa semua tu..Melayu kan mudah lupa!!

Anonymous said...

dia ni aku heran betul la...

hari tu geng sepserti nama dia tas main lawan arsenal, dia ni ckapa kecewa dgn mutu permainan dan bgtaw dia dah ada strategi utk lawan singapura. igtkan ada la pembaharuan yg dibuat. rupanya, kosmetik jer lebih....

amar ngan asrarudin tu patutnya duduk dibangku simpanan jer. xlayak main 1st eleven....

aku tgk, dlm mana2 game, pertahanan no 4 selalu buat silap. tp nak buat camana, dh raja suka dia...

Anonymous said...

menang dgn gol drpd sepakan percuma. sampai bila? igt degn cara ni boleh menang world cup ker?

Anonymous said...

SKUAD Harimau Malaya mampu mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014!

Itu bukan omongan kosong atau bermimpi di siang hari, kerana pasukan Singapura dilaporkan berhempas pulas menewaskan Chinese Taipei 3-2 dalam aksi persahabatan di Kota Singa, Isnin lalu.

Keputusan itu, sekurang-kurangnya memberikan ilham buat Datuk K Rajagobal merencana strategi khas membendung ancaman Lions nanti.

Kedua pasukan di jadual berentap di Stadium Jalan Besar pada perlawanan pertama 23 Julai ini, sebelum aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai.

Pemenang peringkat ini mara ke peringat kumpulan melibatkan saingan 20 pasukan terbaik Asia sebelum dikecilkan kepada 10 pasukan pada pusingan kelima.

Piala Dunia edisi ke-20 bakal berlangsung di Brazil pada 2014.

gobal_putar said...

Aku lebih suka malaysia tewas dan dibelasah teruk dengan 1st 11 yg sama ini, lepas tu gobal dipecat, padan muka.. pilih bulu betul.. fakri, amar, asraruddin adalah waris gobal.. ntah ape2...

Anonymous said...

Singapura ampuh sebab 'import'

DURIC (kiri) menjadi taruhan Singapura bagi menghadapi pasukan Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini.

SINGAPURA hanya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Taiwan pada aksi per- sahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.

Ia persiapan terakhir skuad kendalian Ra- dojko Avramovic itu menjelang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Malaysia di gelanggang sama, Sabtu ini.

Apa yang jelas, Singapura masih bergan- tung harap kepada penyerang 'import' vete- ran berusia 41 tahun, Aleksandar Duric dari Bosnia sebagai peledak utama mereka.

Pada aksi persahabatan pertama menentang Maldives pada 7 Jun lalu, Singapura menang 4-0 menerusi satu jaringan Duric dan Shi Jiayi serta dua ledakan Qiu Li.

Kemudian pada 30 Jun lalu, Singapura menang tipis 2-1 ke atas kelab Perancis, Etoile FC 2-1 juga hasil jaringan Diruc dan Qiu Li.

Pada aksi menentang Taiwan malam kelmarin, Duric terus menjadi harapan apabila meledak dua gol buat Singapura, manakala satu lagi gol disumbang Fazrul Nawaz.

Seperti Duric, Qiu Li dan Jiayi juga pemain 'import' yang berasal dari China selain Daniel Bennett (England) dan Mustafic Fahrudin (Serbia).

Biarpun sekadar menang tipis, Avramovic tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut dan juga persembahan anak-anak buahnya.

"Masih terdapat beberapa aspek yang perlu kami tingkatkan, tetapi terdapat bebe- rapa aspek positif dapat dilihat. Kami berjaya cipta banyak peluang dan melakukan hantaran dengan baik.

"Saya tetap puas hati dengan persemba- han pasukan dan perlawanan ini memberi ruang kepada pemain memperbaiki kesilapan sebelum bertemu Malaysia," kata Avramovic pada sidang media selepas perla- wanan.

Taiwan merupakan pasukan yang berjaya disingkirkan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal pada pusingan pertama, manakala Singapura pula mendapat bye.

Namun jurulatih baru Taiwan, Tee Tae Ho seakan-akan cuba memperlekehkan kemampuan skuad Harimau Malaya dengan berkata: "Singapura lebih stabil dan matang, manakala Malaysia agak kurang stabil dan tidak matang."

Anonymous said...

x pe la syakir...x dapat mean utuk rajagobal...mintak2 coach ong amek shakir mase lawan chelsea nanti....

tp yg pasti antara syakir dgn amar, jauh hebat shakir lagi...tu pandangan gua ler...amar kat pasukan negeri pun x hebat....

baso koya said...

macam la kita menang besar ngn taiwan..ingatlah wei kita pun berhempas pulas jugak nak menang ngn taiwan 2-1 di sini, pastu kat sana kalah 2-3, takkan lupa kot???sembang seolah-olah singapura menang tipis, kita menang besar...2x5 jer..

Anonymous said...

parok molek....amar tu passing bola kt pihak lawan jer......aku skong syakir.......pass yg x tergopoh-gapah mcm amar......chanturu mgkin x sesuai kot ngan malaysia......

♥ aeryn ♥ said...

rajagobal tak pndai milih...

ibun_jogho said...

tau.. Kalu suruh aeryn pun pilih dih.. Tntu aeryn pilih Shakir, tupun kalu Nurul Fatihah Hamid x maroh.. Hahaha.. Bo'bok meta.. jange maroh..

Anonymous said...

tgk kt nadi arena tadi..syakir tak kna gugur..yg kna gugur sharul idlan s chanturu shahrizal saad n farisham..mna satu yg btul nih

Dunia Baru said...

baru masuk balik syakir...sbb dia baca komen2 dlm blog SS nih..hehehe...

igt raja gobal buto it ko..heheh...dia dok baca ni komen2..hehehe

Anonymous said...

sabar sep kito.. jgn derhako ko rajo tuh nati keno tuloh.. ore tua kato bukan ambo kato..

Cesc Aiman said...

shakir masuk balik selepas sessi latihan terakhir..

Anonymous said...

aku ckup menyampah dgn coach raja kalu mcm nie,pilih pemain yg xblh main.pemain yg main ok tak juga dipilih.apa ada pada amar,fakri dan izzaq?aku tengok mcm ckup korum untuk 11 org jer,tapi tak bgi apa2 hasil pun.harap mas kalah sb coach yg pilih bulu.....smpai bila mas nk maju dlm bola sepak kalu ada coach mcm nie?