Wednesday, July 27, 2011

TM Mahu Harimau Cipta Detik Bersejarah, Safee Dijangka Galas Tugas Kapten


“saya harap perlawanan esok akan jadi satu perlawanan yang akan memihak pada kita, saya dapat rasa semangat daripada pemain dan jurulatih. mereka hendakkan kemenangan, sebagai hadiah kepada peminat. Saya harap mereka dapat tunjukkan permainan mantap, kurangkan kesilapan yang boleh merugikan pasukan, saya yakin, dan coach yakin kita akan bangkit, saya percaya dengan sokongan ramai, kita harap esok akan menjadi malam keramat, kemenangan akan memihak kita..” .

Demikian antara kata-kata Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang hadir menyaksikan sessi latihan terakhir skuad kebangsaan menjelang aksi getir menentang Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 malam esok.

Kehadiran baginda, yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nyata dilihat dilihat sebagai penyuntik semangat dan motivasi di kalangan pemain untuk bangkit merakamkan kemenangan seterusnya menterbalikkan keputusan di Jalan Besar tempoh hari.

Tengku Abdullah juga mengharapkan skuad Harimau Malaya akan menampilkan corak permainan menyerang, dan menghiburkan tetapi dalam masa sama tidak lupa disiplin pertahanan, dalam usaha mencari kemenangan sekurang-kurangnya dengan jaringan 2-0 dan mara ke pusingan seterusnya.

Baginda juga berpendapat pemain yang akan menggantikan Safiq Rahim sebagai midfield maestro, sama ada K.Gurusamy, Shakir Shaari, Ismail Faruqi atau Baddrol Bakhtiar akan memainkan peranan penting dalam mengubah keputusan perlawanan.
“saya nak tengok mereka tunjukkan permainan normal, attacking game, sentiasa hasilkan serangan, jangan lupa kekebalan pertahanan kita. harap ini dapat diatasi. Kita akan kehilangan Safiq, memang satu kehilangan besar, tapi kita kena terima hakikat, dia tak boleh main. kita perlu gantian yang setanding Safiq, tunjukkan aksi mantap..”.

“saya tak tengok game tempoh hari, saya di luar negara, tapi dimaklumkan Singapura bukanlah lebih mana, dan kita bukan lemah mana, main di sana lain, mungkin tak serasi dengan kita, saya juga dimaklumkan kita control game, tapi kemenangan tak memihak kita, kita akan perbaiki..”. 

Dalam pada itu, penjaring dua gol ketika perlawanan pertama tempoh hari, Safee Sali, dijangka akan menggalas tanggungjawab selaku kapten pasukan, mengambil alih peranan Safiq yang digantung perlawanan gara-gara menerima kad merah Sabtu lalu.

7 comments:

Anonymous said...

TM..letaklah jawatan..bagilah bekas pemian nk menguruskan TM ini...

taik itik said...

safee? rase2 aidil lebih lyk jd kapten walopon dgn kehadiran shafiq rahim.

Anak Kltn L/Klang said...

Maaf kalu sy ketinggalan bas, nama Mat Yo nampaknya tidak kedengaran,adakah dia masih cedera atau di gugur, minta Aiman bantu sikit.....

Cesc Aiman said...

matyo tersisih sebab cedera ;) belum pulih bro..

kanchong said...

"saya berada di luar negara"... "saya xtengok game" macam kat luar negara tu xde internet. highlight pon malas nk tgk ke? xbley pakai punye naib president

Anonymous said...

TM cukup2 la...dah lama dah...

Mo8 said...

ye la kan...TM mcm x minat je...sikit punya byk ulangan kat channel 801, x kan x tgk ?...