Thursday, April 21, 2011

Jangan Hanya Pandai Angguk, Kerja Kena Jalan – Karim Ibrahim


“Trek dah siap dekat setahun, tp sampai sekarang peralatan takde. Seharusnya ia (trek dan peralatan) hadir secara pakej. Mereka kata ikut logik tak boleh guna lagi trek sbb takde CF, macam tu ikut logic kalau tak boleh guna kenapa bayar kontraktor, tunggulah siap dulu. Apa guna ada trek tp peralatan takde, dia macam ada kolam renang takde air, ada kandang lembu, tp lembu takda, kita bukan minta bina gymnasium lengkap, kita minta prasarana asas sahaja..”.

“Ada sesuatu yang tak kena apabila benda-benda remeh macam ni pun tak boleh buat, sebab itulah kita selalu cakap, apa2 jawatan dalam mana2 persatuan sukan, yg pegang jawatan biarlah orang yg ada pengetahuan, dan latar belakang dalam sukan itu..”. -- KARIM IBRAHIM

Begitulah antara sindiran Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Karim Ibrahim, yang ditujukan kepada Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Mahmud Kalong.
Belum pun reda isu latihan atlet olahraga di Ranau, Sabah, KOAM menerusi Timbalan Presidennya, Karim nampaknya mencetus satu lagi episod bertikam lidah, kali ini dengan LSNS.

Semuanya gara-gara kegagalan LSNS menyediakan prasarana asas untuk latihan atlet, meskipun KOAM sudah beberapa kali menghantar surat memaklumkan perkara itu, dan Karim seolah sudah hilang sabar, memberi tempoh sehingga hujung bulan ini, atau akan mencari lokasi lain untuk Program Persiapan Atlet, menjelang Sukan Sea November depan.

Karim berkata, Mahmud, sebelum ini ketika berjumpa dengannya berjanji segala kelengkapan atau peralatan diperlukan untuk latihan akan disediakan pihaknya menjelang pertengahan April, namun segalanya hanya cakap-cakap kosong, dan khuatir tindakan Mahmud ini hanya akan merugikan atlet olahraga negeri.

Malah, Karim juga mendedahkan melalui surat bertarikh 7hb Februari yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, mereka (KBS Sabah) telahpun memberi maklumbalas meminta LSNS mengambil tindakan wajar, yang mana seolah tidak diendahkan LSNS.

“Satu surat pun dia tak reply, sudah dua bulan lebih. Takpe mungkin mereka sibuk sangat. Tapi masa jumpa angguk semua ok. Kalau pandai angguk, kerja kena jalanlah, sekarang bila kita follow up, dia tuduh kita macam2, kalau tak suka cakap tak suka, kita cari alternative lain..”, tambah Karim.

Nasihat kami, apa tindakan sekalipun, sama ada ia salah KOAM, atau LSNS, atau pihak lain, janganlah sampai merugikan masa depan atlet negara.

4 comments:

Anonymous said...

macam2 la diorang ni, entah bila lah nak setel . kejap yg ni tuduh yg tu, jap lagi yg tu tuduh yg ni..udah2 laa, usah bikin polemik laa, fikir nasib atlet.

Nik Zulkhairi said...

biasalah. benda ni perkara lazim kat negeri 1malaysia. semua benda dibuat ada motif. ada udang sebalik mee.

jong tulih said...

nok suply peralatan macamana.. komisen tak konfirm lagi berapa persen dapat... bukan 3 abdul ni... senang senang dapat 20 persen.. last last kena jual..

Alexis Aiman said...

Pelik jugak kan. kenapa tak duduk bincang elok2, contohnya KOAM, bila LSNS tak reply, kenapa nak tngu 2 bulan then nk persoal perkara ni, why not every week call tnya apa prkembangan, ada masalah ke pape. nape nak guna saluran media, sedangkan KOAM lagi kenal org2 yg berkenaan. Begitu juga LSNS, nape nk mndiamkan diri macam tu jer. dari perbincangan ngn org kuat KOAM (bukan Karim atau shahidan), dia cakap Mahmud Kalong angguk jer bila diarahkan oleh Menteri Belia Sabah, tak bantah langsung..but skrg MK cakap takde CF, KOAM tikam belakang, adoi..so KOAM n LSNS, masing-masing kena tahu peranan anda, jgn sikit2 guna media, wat malu jer..