Alhamdulillah, penulis antara 50 individu bertuah yang akan dibawa menunaikan umrah bermula 27hb depan, bersama para bekas atlet kebangsaan, hasil inisiatif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
Sesungguhnya peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia yang begitu muda, suatu pengalaman yang pastinya cukup mengujakan, dan terima kasih tidak terhingga penulis ucapkan kepada Boss YAKEB, Dato’ Paduka Dr. Mumtaz Jaafar atas usaha dan komitmen beliau dalam memastikan perancangan sekian lama untuk membawa bekas atlet dan rakan media menunaikan umrah, menjadi kenyataan.
Dato' Mumtaz - Boss Yakeb |
Malah, bekas atlet yang akan mengikuti rombongan Umrah dan Ziarah ini, nyata terharu menjadi antara insan bertuah dan terpilih mengerjakan ibadah umrah.
“Syukur Alhamdulillah, usaha yang cukup murni oleh YAKEB, dah lama menanti peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke Tanah Suci, akhirnya ia akan menjadi kenyataan..” – Kamarulzaman Yusoff
“Dah tua-tua ni, elok sungguhlah YAKEB bantu atlet macam kami ni pergi umrah, hanya Allah yang mampu balas jasa mereka, time sakit diorang tolong, sekarang bantu kami beribadat, cukup berterima kasih..” – Rosli Kadir
“Tak sangka lah akan dipilih antara yang akan dibawa sekali ke Tanah Suci, sebab takde perancangan pun lagi, bajet kena cukup, so bila dapat peluang tak nak la fikir dua kali, rezeki Allah..” – Mohd Nor Yaakob
Apapun, tidak lupa terima kasih kepada penaja utama Program Lambaian Kaabah, iaitu Gapurna Sdn Bhd yang menjadi pelopor di dalam membantu merealisasikan hasrat bekas atlet untuk menunaikan ibadah umrah, dan semoga langkah yang telah diambil Gapurna Sdn Bhd ini akan menjadi ikutan syarikat-syarikat gergasi lain di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment