Wednesday, April 20, 2011

Pertahanan Paling Goyah : Sathianathan


kredit gambar : www.kelate.net
“Pemain pertahanan (senarai pemain) adalah sama seperti tahun lepas, dan saya harap mereka akan kembali menunjukkan prestasi seperti tahun lepas”, komen ringkas bekas jurulatih Kelantan, B.Sathianathan apabila diminta berbicara tentang barisan pertahanan Kelantan yang tidak lagi memegang status ampuh, seperti tahun lalu.

Sathia jelas tidak mahu komen panjang, kerana beliau sedar beliau bukan orang yang sepatutnya membuat penilaian tersebut, cuma berdasarkan ayat ringkas di atas, nyata Sathia sendiri mengakui barisan pertahanan perlu bekerja lebih keras dan menunjukkan disiplin yang tinggi jika mahu status pertahanan ampuh kembali menjadi milik Kelantan.

Zairul Fitri Ishak, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaluddin dan S.Subramaniam adalah antara pemain yang membarisi benteng terakhir Kelantan musim ini, selepas Azizi Mat Rose mengambil keputusan menyarung jersi T-Team, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal selaku pilihan utama menjaga gawang TRW.

Jika sepanjang aksi Liga Super musim lalu, Kelantan hanya bolos 14 gol dalam 26 perlawanan, musim ini mereka sudahpun bolos lebih daripada jumlah tersebut, iaitu 15 gol, selepas hanya mengharungi separuh musim liga, tatkala Kedah dan Perak memegang rekod paling sikit bolos ketika ini, dengan hanya melepaskan 7 gol.

Sebelum ini, Sathia dilaporkan kembali bersama skuad Kelantan (belakang tabir) untuk membantu Dato’ M.Karathu menyusun taktikal sekaligus membuktikan sentuhan beliau masih ditagih, selain harapan besar penyokong Kelantan yang mahu Sathia, atau lebih popular dengan gelaran Abe Ya di kalangan peminat tempatan kembali menerajui pasukan Kelantan.

“saya rasa bangga kerana ramai yq mengharapkan sy pulang balik ke jawatan ketua JURULATIH, tetapi sy meminta agar penyokong memberi kepercayaan kpd pasukan dan jurulatih dato karathu. terima kasih..”.

Mengenai peluang Kelantan mendakap kejuaraan liga buat kali pertama, Sathia berkata pasukan ini berpotensi besar muncul juara, andai berusaha keras dan menunjukkan aksi konsisten, namun tidak mahu mengulas lanjut kerana fokus beliau ketika ini adalah pada Akademi Red Warriors.
Beliau sempat menambah, “apa sekalipun, Red Warriors TETAP DI HATI SAYA..”.

10 comments:

Nik Zulkhairi said...

abe ya still the best.

Alexis Aiman said...

ambo stuju bro, he still the best!!

Anonymous said...

sy di sini nak ucap terima kasih kpd suarasukan..byk input yang sy dpt dr blog ni..tq..lebih2 lagi isu tentang the redwarrior..

Alexis Aiman said...

to anonymous, terima kasih di atas sokongan anda. cuma lebih afdal anda menyatakan nama. apapun terima kasih dan selalu-selalu lah share content dlm blog ini. ini page anda, Suara Sukan Anda.

Anonymous said...

“apa sekalipun, Red Warriors TETAP DI HATI SAYA..”.. terharu ambo baco statement nih... thank you B.Sathianathan.

Anonymous said...

mitak share la cito hok sedp2 deh dr blog ni...

Alexis Aiman said...

Suara Sukan share sokmo, dan memang citer dalam Suara Sukan semuanya tak sama dengan apa yg ada di laman rasmi TRW, atau media lain. itu kelainan yg kami cuba tonjolkan, of course kalau ada persamaan nanti orang akan persoalkan apa bezanya Suara Sukan dengan media lain. =) yg penting, anda ada pandangan, jangan segan utk utarakan ok..tq..

Anonymous said...

bereh bro,,teruskan berkarya,,dan jangan lupa sentiasa mengupdate ape2 berita terutama TRW kito...tp rasonyo lg comey klu entry disertakan dengan video..juz my komen

ada, said...

kawe xbca doh paper loni, arap ko page dmo n blog2 sukan yg lain v input.... harap2 gunekan kesempatan ini untuk menambah mutu dan kandungan blog.. terima kasih byk utk informasi

aPihnaikZ said...

owh rindu ko abe ya sero...trigt musim 2010 klu ada live tv gak nmpk skmo abe ya tgh bekeng nepik2 ko plyer....