Wednesday, April 13, 2011

Pergaduhan Sesama Pemain Tidak Berasas, Usah Sebar Khabar Angin – Annuar


“Itu SEMUA mengarut, SEMANGAT pemain bagus tapi KELETIHAN, KERANA KITA TAK CUKUP PEMAIN RESERVE YANG BAGUS, season yang ketat MULA menjejaskan pasukan..”, reaksi Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui SMS kepada penulis sebentar tadi.

Beliau menjawab dakwaan kononnya keharmonian dan moral di kem Kelantan terjejas terus dek kerana ada pemain berlagak ‘star’ atau bintang, justeru merasakan dirinya lebih bagus berbanding pemain lain, hingga membawa kepada insiden pergaduhan sesama sendiri antara mereka, seterusnya menjejaskan rentak pasukan dan persefahaman pemain di atas padang.

Perkara ini hangat diperkatakan di kalangan peminat pasukan Kelantan yang kecewa melihat aksi tidak konsisten pasukan kesayangan mereka, dengan mendakwa gaji tinggi antara punca pemain mula riak, atau dalam kata lain besar kepala dan bangga diri, justeru mahu perkara ini segera diatasi.

SMS daripada seorang pemain Piala Presiden skuad Kelantan, sebelum ini mengatakan :

“Bro, tahu citer tak, ada pergaduhan dalam pasukan, tak puas ati dengan beberapa player, siap nak bertumbuk..main macam **** pun masih first eleven, siap cakap besar, tolong tulis bro, kalau kekal macam ni TRW takkan ke mana..”.

Suara Sukan tidak menulis tentang perkara itu sebelum ini, kerana tiga pemain utama skuad TRW, yang dihubungi mengatakan tiada perkara seumpama itu terjadi, dan enggan mengulas lanjut tentang peritiwa itu. Malah, jurulatih, Dato’ M.Karathu juga menegaskan segalanya elok dan hubungan sesama pemain amat baik seperti sebuah keluarga.

Namun jika benar ianya sekadar khabar angin, apa pula motif pemain Piala Presiden ini mengatakan ada berlakunya ketegangan di kem Kelantan.

Apa sekalipun, bagi  Tan Sri Annuar, beliau berharap khabar angin sebegini tidak menjejaskan mental para pemain, dan menggesa pihak yang mahu menjatuhkan TRW agar menghentikan usaha mereka. 

Beliau tetap menegaskan jadual padat, iaitu 18 perlawanan dalam tempoh dua bulan adalah punca utama mendorong aksi kurang menjadi The Red Warriors sejak kekalahan pertama kepada Pahang bulan lalu, yang juga menyaksikan mereka tewas 3 kali dalam tempoh tiga minggu, terbaru kepada Perak 4-0.

Merujuk kekalahan kepada Perak, beliau berkata Kelantan tewas kepada sebuah pasukan yang lebih mantap dari segi taktikal, dan strategi berkesan jurulatih, Norizan Bakar yang berjaya mengatasi Kelantan dari segenap aspek.

Tan Sri Annuar juga yakin, Kelantan akan kembali ke tiga tangga teratas menjelang tamat aksi pusingan pertama Liga Super, dan akan menanti penuh semangat kunjungan Selangor, T-Team, Kedah, Pahang dan Perak di Kota Bharu pada pusingan kedua.

4 comments:

Anonymous said...

salam,
kalau ya pun jadual padat, kenapa team lain boleh kalahkan kelantan..kenapa team lain boleh menang bila ada game utk mereka...jadual mereka semua sama belaka dengan jadual team kelantan.

DAHAKA said...

"KERANA KITA TAK CUKUP PEMAIN RESERVE YANG BAGUS" tambah lagi jadual yang padat. ko faham tak ayat tu? kalau ko nak menang je baik ko main game PES. kalah menang kan adat dalam pertandingan. mana ada menang takde kalah. kalau dah kalah kita cubaiki prestasi la dan dari awal musim lagi pihak kafa cakap team kelantan tahun ni tak cukup kuat kerana tak sempat membeli pemain oleh kerana perpindahan mengejut 3 tonggak utama. dan target kafa 4 teratas je. kalau pendahulu tu kira rezeki la. takkan kita nak mengamuk sbb tewas. team kelantan ada satu tu je. kita menang ke kalah ke kita tetap kelantan. cakap lebuh tak guna kalau sekadar penyokong negeri lain mai nak mengutuk kelantan kat sini, baik tak payah. gomo kelate gomo!

Anonymous said...

aku pun ada dengar pasal kes player gaduh tu, tu pun aku baca kat facebook penyokong kelantan. kata brtumbuk so on, bagusla dah diperjelas bhwa ia tidak berlaku. betul kata tan sri, penat..pasukan lain boleh kalahkan kelantan sebab dia ramai player reserve, kelantan takleh rotate player sbb tak ramai yg bagus kat reserve, itu sebab dia. piala fa kelantan ke semi, t-team, perak mana masuk quarter da out..apepun, kita sokong TSAM, GKG..

Anonymous said...

semi final fa cup tu tak main pun lagi so xde beza pun...fa cup dah la kelate main dua2 game di tempat sendiri..perak pulak dua kali ulang alik terengganu dalam seminggu pasal ada 2 game kat tganu( liga vs t-team dan fa cup vs tganu)..sekian harap maklum..

(moral= bagi la contoh yg lebih baik..)