Sering kali kita salahkan pemain, jurulatih, atau keseluruhan pasukan apabila mempamer prestasi longlai, tidak menepati citarasa kita sebagai penyokong. Namun, tahukah anda, di sebalik prestasi kurang menjadi beberapa pasukan, hingga adakalanya dihina, dikutuk, dimaki, sebenarnya antara perkara pokok yang menjadi masalah adalah penyusunan jadual liga itu sendiri.
Ikuti luahan beberapa jurulatih, yang sempat Suara Sukan kumpulkan menerusi panggilan telefon / SMS / serta perbualan face to face sebentar tadi, ketika bertandang ke rumah seorang pemimpin sukan.
“betul-betul tak faham la, MACAM NI KE NAK NAIKKAN balik martabat bolasepak Malaysia? Pemain ni bukan robot, TAK PERNAH AKU TENGOK jadual liga macam ni. Betul-betul TAK MASUK AKAL, orang yang buat jadual, Sabtu main, Selasa main lagi, pastu Sabtu ada game lagi, kadang-kadang live punya pasal kena main jumaat? SEKALI SEKALA bolehla main 2 game semingu, kalau setiap minggu boleh bungkuslah bola Malaysia, AWAK HANYA AKAN JUMPA player yg penat, dan selalu cedera..”, --LUAHAN JURULATIH A (Liga Super, f2f).
“Pandangan ikhlas saya, untuk mendapat permainan yg kompetitif, game boleh dimainkan 2 kali seminggu, tapi selepas itu utk next gameboleh dimainkan 1 game sahaja. Sy rasa ini lebih menarikdan PEMAIN ADA MASA REHAT utk GIVE GOOD PERFOMANCE..” – LUAHAN JURULATIH B (Liga Super, SMS)
“Memang jadual terlalu padat, memanglah kita sebagai jurulatih TAK BERAPA SETUJU, khasnya pemain utama yg cedera tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya 4-5 game dalam masa singkat, MUTU PRESTASI PEMAIN AMAT MENYEDIHKAN, harap kita pandai mencaturkan jadual yg setimpal dengan cuaca kita, KALAU DI ENGLAND CUACA SEJUK DAPAT MEMBANTU KECERGASAN, PEMAIN PULIH DGN PANTAS, TP BUKAN DI MLYSIA..” – LUAHAN JURULATIH C (Liga Super, SMS).
“Memang tak setuju lah, kalau dulu main seminggu sekali, kita ADA CUKUP MASA UTK BEREHAT, BERLATIH, FIKIR STRATEGI, kita tahu masa mana nak latihan ringan, masa mana latihan berat, sekarang u bayangkan la, team saya, main hari Selasa di tempat lawan, hari Rabu pagi balik hometown, next game Jumaat, GAP ANTARA KITA BALIK HOMETOWN DAN NEXT GAME 1 HARI SAHAJA. Masa mana nak rehat, nak bersama keluarga? MENTAL PLAYER BOLEH TERJEJAS SBB FIKIR PENAT, FIKIR BENDA LAIN. Kenapa nak rushing habiskan liga, KALAU KITA KOMEN KITA KENA GANTUNG !!!” – LUAHAN JURULATIH D (Liga Super, Fon Call).
Demikian antara luahan jurulatih-jurulatih Liga Malaysia, sebenarnya ramai lagi yang Suara Sukan hubungi, namun ramai di antara mereka tidak mahu mengambil risiko dengan memberi komen, khuatir akan menjadi mangsa tindakan FAM, DENDA & GANTUNG, sepertimana dialami B.Sathianathan.
Penulis cuba menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Amin, namun beliau enggan mengulas lanjut. Kata nak call balik, dah lebih 24 jam penulis masih menunggu dan menunggu.
7 comments:
saya suka membaca komen dari jurulatih D.. hahahah.. kalau komen , kena gantung...
kalau diperhatikan, berapa banyak tarikh perlawanan liga di ubah.. begitu juga tarikh separuh akhir piala fa..
presiden fam dan hamidin sekarang dah jadi orang besar di peringkat asean,, lepas ni dia makin sibuk... so sudah sampai masa diorang memikirkan kedudukan dalam fam.. tukar
sepp blater, mitchel platini pon tidak memegang jawatan utama persatuan negara untuk menjawat jawatan presiden fifa dan presiden uefa...
that's true bro!
hamidin?hahaha...malas nk ckp bnyk,lu org fikirla sendiri...
kalu nak ckp pasal jadual liga bola sepak dlm dunia nih...liga super m'sia la yg paling mengarut...FAM nih kalu komen lebih kang denda gantung tugas oerang jer kijer nyer bukan nak guna pendapat coach a.k.a jurulatih dan peminat bola sepak kat m'sia nih....
saya setuju sangat2 dgn apa yg rakan2 komen kt atas....ternyata FAM kini bagai melepaskan batuk di tangga dlm menguruskan pembangunan bola sepak di Malaysia....tak lebih drpd nk tunjuk power masing2...lihat apa jd dgn Tan Sri Annuar Musa...nmpk benar tdk mmpunyai apa2 keistimewaan dlm badan induk bola sepak negara ini...klu coach atau individu tertentu buka mulut bg pndpt @ pandangan dikatakan pula tidak mematuhi etika...last2 ada yg kena gantung tugas, denda, dan mcm2 lagi tindakan yg tak masuk akal... klu mcm ni la cara pengurusan FAM..nmpknya bola sepak kita takkan ke mana...
behind every problem, lies mountain of opportunities.
mungkin sekiranya 3 perlawanan dilakukan dalam 1 minggu, boleh dilakukan, tetapi sekali sekala. kalau selalu, memang merugikan. saya setuju juga dengan jurulatih B.
akan tetapi sekiranya situasi ini berlaku, para jurulatih boleh mengambil kesempatan ini dengan menggunakan pemain presiden yang TERBENGKALAI dengan memberikan mereka exposure yang lebih dalam liga super yang lebih kompetitif supaya mereka tidak ketandusan pemain kelak sekiranya pemain utama cedera. takkan nak harapkan first eleven sahaja.
bukan ambil pemain presiden just for the sake of completing the squad. rotate the players, bukankah sudah menjadi tanggungjawab state FAs juga untuk menghasilkan pemain muda yang berkualiti? bukan hanya simpan pemain sampai habis kontrak.
Datuk Hamidin ni anak emas Presiden dan Timb.Presiden(anak), sebab jenis angguk2 geleng2. TSAM pula suka buat pembaharuan dan mcm2 idea.
Pendek kata menongkah arus dlm FAM. Mna boleh org mcm TSAM dlm FAM, Datuk D (Double) boleh lah.. (Hamidin dan Azuddin)
Pesan aku pda TSAM - Xpyh buat apa2 andai anda masih maupun pgkat dan layanan diraja dlm FAM, tp alang2 anda melawan arus, tanding je kerusi Presiden nanti, Insya Allah seluruh rakyat M'sia bersama anda.
-Zek Putrajaya
Post a Comment