Sunday, April 3, 2011

Liga Super : Kelantan Koyak Mentaliti?


Jika sebelum ini, kunjungan Kelantan ke ‘wilayah’ musuh tradisi mereka, Kuala Terengganu sekadar meneruskan permusuhan di atas padang dengan Terengganu, kini ‘adik’ mereka, T-Team turut mahu dilabel sebagai musuh tradisi baru bagi pasukan The Red Warriors.   

Salah seorang pemain T-Team yang merupakan bekas pemain Kelantan sebelum ini, berkata Kelantan belum mempunyai ramuan diperlukan untuk digelar pencabar kejuaraan, sebaliknya kedudukan mereka di tangga teratas liga ketika ini, banyak dibantu aksi ‘lambat pick-up’ pasukan lain di awal musim. 

Tambahnya, adalah silap jika pemerhati sukan tempatan pantas melabel Kelantan selaku gergasi bolasepak tanah air, pada ketika skuad TRW belum mempunyai ciri-ciri sedemikian, malah dilihat tidak kuat dari segi mental.

“Kami (skuad T-Team) sentiasa mengambil tahu kekuatan dan kelemahan lawan kami, bukan sahaja Kelantan, tengok baru ni Kelantan dengan Harimau, skor 2 butir (biji) gol terus main macam dah leading 5-0, tu nasib baik Harimau tak sumat (sumbat) gol penyamaan, nampak sangat mental koyak..’’, katanya ketika dihubungi Suara Sukan.  

Menurut pemain ini, yang juga anggota skuad juara Piala Malaysia musim lalu, beliau cukup mengetahui di mana kelemahan sebenar pasukan bimbingan Dato’ M.Karathu, terutamanya penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan yakin T-Team boleh mencatat kemenangan ke atas lawan mereka itu seterusnya memadam keegoan Sang Kijang.

Apapun, beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang permusuhan peribadi dengan mana-mana pemain Sang Kijang mahupun pengurusan pasukan TRW, sebaliknya sekadar menunjukkan kesetiaan kepada pasukan yang diwakili ketika ini.

“Dulu bersama Kelantan, saya setia beri 100% komitmen, bila saya pindah saya dimaki, dicaci, tapi saya faham itulah bolasepak, Torres (Fernando) pun kena maki kat Liverpool, inikan saya..bagi saya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..”, katanya.

Pertemuan antara Kelantan dan T-Team adalah yang kedua musim ini, selepas pemain ini bersama dua rakan lain memilih untuk berhijrah ke T-Team, yang menjadi isu panas sebelum musim baru bermula awal Januari lalu. 

Setakat ini belum ada pemenang sebenar membabitkan kedua-dua pasukan, kerana pertemuan pada Pusingan Pertama Piala FA lalu berkesudahan seri 1-1,  sebelum Kelantan mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti.

Selepas permulaan suram musim ini, T-Team berjaya memperbaiki prestasi dan menduduki tangga ke-10 ketika ini, dengan kutipan 8 mata, manakala Kelantan di tangga teratas berkongsi kedudukan pendahulu dengan Selangor, mengutip 17 mata.

4 comments:

Anonymous said...

boleh saya tahu,siapa bekas pemain Kelatan yg anda nyatakan berkata-kata sebegitu?

Anonymous said...

Tigo ekor tuh jah..tp caro slang sah Farhan kalu xjugok gak Indra Botok lar..kalu sore lg dok sero..

Anonymous said...

aku dop braso indra kecek bodo gini....
bikin gua panasss jew.....

Anonymous said...

indera la buat kenyataan macam ni,,farhan xkeluar lg kenyataan mcm ni..ckp xde ramuan pastu dia punya team ada ramuan ker?haha