Wednesday, April 6, 2011

Kritikan Perkara Biasa, Penyokong Perlu Tenang


“Di EPL, ia adalah perkara biasa, sebagai contoh Samir Nasri (Arsenal) dengan bebas boleh bersuara mengatakan Man Utd tidak layak bergelar juara, Rooney tanpa rasa bersalah boleh cakap Arsenal budak mentah takde ramuan juara, manakala Balotelli dengan angkuh boleh mengaku dia pemain terbaik dunia.”

“Ini rencah permainan, ini perang psikologi, ini provokasi secara halus untuk menjejaskan mentaliti pemain, tidak lebih dari itu, hari ini kita dengar kenyataan sedemikian, esok kita dah tak perlu fikir..pagi tadi saya baca akhbar Fergie Perlekeh Chelsea, Redknapp Kecam Kebodohan Rooney, itu biasa”. Itu antara komen bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali.

Khalid merujuk kepada episod tidak puas hati penyokong Kelantan, terhadap bekas kapten mereka Indra Putra Mahyuddin yang mengeluarkan kenyataan pedas selepas perlawanan menentang T-Team. Indra bagaimanapun menafikan kenyataan itu dikeluarkannya, dan mahu perkara itu dibuktikan benar jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil. 

“Saya tak tahu betul ke dia cakap macam tu, tapi kalau betul, ia takde salahnya. Ia perkara biasa, ia provokasi, asalkan kita tidak kata orang tu bodoh, maki hamun, caci, saya ada baca komen beliau (jika benar itu kenyataan dia), dia cuma cakap penyokong perlu lebih memahami, tiada salah. Pasal dia kata takde ramuan juara, itupun perkara biasa, saya masa main dulu selalu cakap macam tu, ia cuma mainan psikologi..”

Justeru Khalid berharap penyokong tidak menjadikan ia sebagai satu isu besar, malah menjadikan ia sebagai tonik kekuatan pasukan, kerana ia sebenarnya menguji mentality dan perwatakan sebenar penyokong dan pasukan. 

“Kelantan harus bangkit, lihat komen itu dari sudut positif, bukan negative. Lupakan kekalahan ini, lupakan apa Indra cakap, kat luar sana lagi ramai orang kutuk, orang bercakap buruk kita bukan boleh tutup mulut mereka..”, jelas Khalid.

5 comments:

Luca said...

setuju. x perlu ambil tindakan undang-undang.
provokasi perkara biasa dalam bolasepak.
penyokong melenting juga tindakan biasa.
itu semua untuk melemahkan mental pasukan lawan.
man utd berbalah dengan man city sejak mula awal penubuhan kelab lg. pelbagai provokasi di lemparkan antara mereka.
kita sebagai penyokong,kita psiko mereka balik ketika permainan. pemain yg kena provok juga boleh goyah aksi mereka.

shahril said...

aduh la indra provoke skit penyokong cepat melatah..ilek laa normal la bolasepak..macam mana perasaan indra bila kita provoke dia, condemn dia, siap baling botol, macam2 masa dia main selangor dulu...btul cakap khalid ali, provoke tu perkara biasa, mainan psikologi jer, wenger n ferguson pah ceroh duk kutuk mengutuk, arini kutuk esok dia puji. penyokong steady jah

Anonymous said...

kawe pon harap sep kito rilek...kito terimo kato2 indra 2...kito sokong pemain kito biar pemain kito buktikan team kito ado ramuan tuk juaro liga kali ney...ney sykologi sikit jah...arap bo la duk maki hamun..kito tunjuk peranga hok comel la dess..kalu kito tunjuk peranga gini koho ore kato ko kito...ingat sokong biar bijok...peace

Anonymous said...

Khalid Ali BUSUK.!

Anonymous said...

org bodoh dan mentaliti kuno jah yang melenting dengan kata-kata indra ,khalid ali hebat di padang dan pemikirannya..jgn layan yang kurang pendidikan tu