Friday, April 29, 2011

Khairul Fahmi Pernah Diintai Kelab Arab?


Alhamdulillah, pagi tadi penulis sempat menunaikan solat di Raudhah (tempat yang paling makbul doa), dan menziarah Makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi, dua aktiviti yang sememangnya tidak mahu dilepaskan mana-mana umat islam yang berkunjung ke sini.

Sementara menanti berkunjung pula ke Jannatul Baqi’, penulis mengambil peluang berborak dan mengenali jemaah dari negara lain, al maklumlah, Islam mengeratkan perpaduan.

Penulis dan beberapa rakan bekas atlet memperkenalkan diri, ‘’we are ex-athletes from Malaysia, cyclist, footballers, sprinter..”, dan reaksi pertama mereka, “Footballers? U know Safee Sali?..”.

Bangga juga apabila nama pemain negara mula dikenali di negara-negara kuasa besar Asia.

Malah, semakin rancak berborak, dua nama yang tidak lekang dari sebutan mereka, Fahmi Khairul (KFCM) dan Idlan Taha (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha). 

Malah jika benar apa yang diberitahu jemaah-jemaah ini, salah sebuah pasukan professional Liga Arab Saudi, Al-Qadisiyah, pernah beberapa kali mewar-warkan ingin mengambil Khairul Fahmi, sebagai pelapis kepada penjaga gol veteran mereka, Mansour Al-Naji, gara-gara kecemerlangannya ketika Sukan Asia 2010, di mana Malaysia tersingkir di pusingan kedua, tewas kepada Iran, 3-1.

Namun, kata mereka ia kekal sebagai khabar angin, apatah lagi peminat bolasepak di sana tidak begitu bersetuju salah satu daripada 3 slot penjaga gol, diisi pemain luar.

Apa sekalipun, ini membuktikan bolasepak negara mula mendapat tumpuan global, dan penulis yakin ini juga satu petanda positif untuk kemajuan bolasepak negara, untuk masa akan datang.

**Terpaksa pendekkan cerita, ‘semboyan’ telah berbunyi..**



3 comments:

tokwan muda said...

ganah apex...baguhla tu...tok lamo lagi naikla tu...bola sepak kito...tp bilo eh?...huhu

Anonymous said...

teringat juga pasal bola walaupun duduk kat tanah suci..tapi bila saya pergi kat mekah one day tak perlu lagi nak ingat smua tntg hiburan kat dunia ni..hnya smentara jer..tapi kalau apex main kat liga arab pun bagus sebab liga diorang ke-3 terbaik di Asia wlaupun cuaca kat sana mencecah 40celcius..

Alexis Aiman said...

sudah menjadi kelaziman ;) apabila kita sudah biasa menulis, jiwa kita tetap tringin nk menulis dlm apa jua keadaan, tp insyaAllah time beribadat, sume itu dilupakan seketika..;) by the way sini memang panas yg teramat, bibir kering, malah ada yg mngalami demam n so on sama2 kita doakan sumenya slamat, time kasih sumer atas pandangan, kita keep in touch...