Friday, April 22, 2011

Kelantan Akan Merana, Saya Mahu Jaring Gol !!


Status pasukan belasahan nampaknya mahu segera diubah skuad Singa Utara, seawal perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super, malam ini. Bunyinya mungkin sangat ‘ambitious’, namun itulah harapan penyerang Perlis yang tidak mahu namanya disiarkan, yang bertekad membolosi gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol sensasi negara, dan membantu Perlis mengutip 3 mata penuh.

“Kita tahu Kelantan bukan calang-calang pasukan, mereka ada pemain berbakat, berkarisma, mereka juga cukup kebal di KB, kita tak nak jadi macam Felda, kena 6-0 di sini (KB), atau dibelasah (1-5) macam aritu. Kita nak bangkit, so mng perlawanan pertama adalah penting, malangnya first game dah kena jmpa Kelantan. Kita akan fight, kami akan buktikan kami bukan belasahan, team ni rata-rata pemain muda, tapi kalau kita main macam lawan NS, Kelantan akan merana..saya juga mahu skor, tapi saya tahu bukan senang’’, tegasnya.

Beliau yang merupakan bekas pemain Kedah, antara bakat dicungkil Azraai Khor Abdullah, ketika Kedah menjulang treble dua tahun  berturut-turut pada 2007 dan 2008, sehingga kini belum menampakkan potensi sebenarnya selaku penyerang berbisa, namun berhasrat mencipta nama tatkala saingan sudahpun memasuki fasa pertengahan.

Perlis, selepas 13 perlawanan, hanya berjaya mengutip 7 mata, hasil 1 kemenangan dan 4 keputusan seri, dan kehilangan beberapa pemain ternama sebelum musim 2011 bermula, termasuklah Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), dan K.Soley (Kelantan).

Hampir keseluruhan pasukan ini dibentuk kudrat pemain muda, rata-ratanya berusia 23 tahun  ke bawah.

Suara Sukan : Kepada penyokong, mana-mana pemain atau jurulatih ada hak mereka untuk bersuara, sama ada ia bertujuan mencetus mainan psikologi atau menyemarakkan semangat rakan sepasukan. Jadi, usahlah kita mengutuk, mengkritik mereka, sebaliknya beri sokongan kepada pasukan anda secara berhemah. ;)

13 comments:

Wan said...

rempoh Perlis rempoh

Alexis Aiman said...

kalau ada butang like, admin da LIKE komen anda :)

Unknown said...

semangat cmni kita nk,,semangat ingin bersaing secara sihat,, insyaAllah Kelantan x bg peluang, =)

Alexis Aiman said...

betul, persaingan sihat. dia sbgai striker ada azam dia, manakala pemain lain munkin lain pula pndapat. yg penting smngat tu =) LIKE!

PijO TrW said...

Kelantan Kebal !xkn dpt diTembuSi.. !

Aku tau sapa StrikeR tu,Saramsak Kram ?

Anonymous said...

agah teh.. Haha

Alexis Aiman said...

Pijo : sorang lagi bro =)

Nik Zulkhairi said...

bro cesc, demo ore mano?

Anonymous said...

sory...harapan demo stkat angan2...try lain kali plak bro..

Alexis Aiman said...

NZ : kawe ore klate bro. ;)

anonymous : yeah, better luck next time ;)

Nik Zulkhairi said...

ooo.. patut la banyok crito TRW. GKG.

kawe gambate kelate said...

cakap besar tk guna bro....kan dah kena 4-0......nk buat kelantan merana...lain kali buat dulu baru blh nk cakap besar...setakat cakap saje tk guna.....diri sendiri dah dapat malu....

Alexis Aiman said...

kawe gambate : betul, buat dulu ;) mungkin niat dia sebenarnya nk bg semangat kat kawan-kawan kot, biar diorang boleh bangkit. sebab dalam ayat2 dia ada juga unsur rendah diri.

NZ : ya, thats why hehe. tp insyaAllah apa yg SS sampaikan adalah sesuatu yg tak disampaikan media lain. kalau apa yg kami laporkan ni peminat sukan boleh baca di hmetro, kosmo, bharian, utusan, maka takde beza lah kan kami ngn mereka. itu juga sebab mengapa apa yg ada dekat mereka takde kat kami, so itulah kelainan, teruskan menyokong ya ;)