Monday, April 4, 2011

Ismafardi, Bekas Pemain Skuash Kelantan Bergelar Bapa


Tahniah kepada bekas pemain Skuash Negeri Kelantan, Ismafardi Ismail yang sudahpun bergelar bapa selepas menyambut kelahiran bayi sulungnya sebentar tadi.

Tanggal 04/04/11 nyata menjadi hari bersejarah buat Ismafardi apabila Isterinya, Nurul Hazwani Rushdi, selamat melahirkan cahayamata perempuan, yang diberi nama Dahlia Saffiya, seberat 2.55kg lebih kurang jam 1.35 petang.

 
Ismafardi (dua dari kiri)
Ismafardi yang ketika ini berkhidmat sebagai Pegawai Belia dan Sukan di Jabatan Belia & Sukan Jeli, merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, dan bintang skuash negeri pada zaman kegemilangannya lebih kurang 10 tahun lalu, dan pernah beberapa kali mewakili Kelantan di temasya-temasya besar, antaranya Sukan Malaysia (SUKMA).

Sebagai antara rakan baik Ismafardi, penulis sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasangan Ismafardi dan Nurul Hazwani, semoga kehadiran insan baru dalam keluarga mengukuhkan lagi kasih sayang antara kalian berdua.

4 comments:

Chikteh said...

hehe..tq bro.. terharu..wakaka.. :") ..balik cpt..tgk baby..

Alexis Aiman said...

hehe inikan suara sukan anda..

Anonymous said...

tahniah..kawe pn xtau demo bekas jagoan skuash wlaupun kijo skali...

Chikteh said...

anon ni sapo? huhu..misteri...kijo skali eh..