Saturday, April 9, 2011

Fokus SS : Tahniah Nizad, Anda Kotakan Janji


Suara Sukan tidak ingin menulis tentang kemenangan besar Kelantan 6-0 ke atas Felda Utd, kerana yakin ramai yang sudahpun mengulas tentang perlawanan itu. Sebaliknya, ingin berbicara tentang penyerang muda Kelantan, Nizad Ayub.

Baru 2 hari lalu, Suara Sukan menulis tentang pemain ini, yang meminta diberikan peluang untuk membuktikan sentuhan berbisanya. Hari ini, Nizad mengotakan janji, dengan meledak 2 gol dalam tempoh 15 minit dibawa masuk, namun peluang itu mungkin tidak hadir jika rakan penyerang, S.Chanturu tidak diusung keluar padang gara-gara kecederaan.

Tahniah kepada Nizad, inilah yang selalu Suara Sukan suarakan kepada Dato’ M.Karathu, namun tidak pernah diendahkan. Nizad penyerang serba boleh, mempunyai bakat besar namun seringkali menjadi pemain gantian hanya dimasukkan di lewat permainan.

Penulis tidak mengatakan sekiranya pemain ini beraksi, beliau pasti boleh menjaringkan gol, tapi peminat bolasepak Kelantan mengetahui betapa Karathu sentiasa merungut tiada penyerang serba boleh selain Norshahrul Idlan Talaha, dan sentiasa mengandingkan S.Chanturu bersamanya. 

Bagi Suara Sukan, bukan tiada penyerang tapi takut nak cuba gandingan baru, Karathu terlalu stick pada pemain yang sama, dan mungkin tidak mahu mengambil risiko, namun tiada gunanya merungut jika anda sendiri takut membuat keputusan.Andai Norshahrul mahupun Chanturu salah seorang dari mereka tidak menjadi, cubalah gandingan baru.

Apapun, sekali lagi, tahniah buat Nizad, teruskan sentuhan berbisa anda, agar mampu merealisasikan impian muncul penyerang terbaik negara.

3 comments:

Anonymous said...

bila ms plak nizad msuk ganti chanturu???
bila ms plak chanturu kne usung???
apa punya blog la ni asyik salah info je....
emm...

Anonymous said...

gol pertama nizab hasil hantaran chanturu
bongok blog
zzzzz

aPihnaikZ said...

hahaha admin silap la 2...tpi stju ngan tulisan admin,,karathu stick pda player yg sama...taktikal kureng...sathianathan jgk yg terBAEKK