DAULAT TUANKU.
Apakah patut kerana bola, Institusi Raja-Raja dihina sebegitu rupa. Ke mana hilangnya penghayatan terhadap salah satu daripada Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja & Negara, apakah yang mendorong penyokong bolasepak ini, untuk mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian.
Apa yang pasti, perkara ini tidak lagi membabitkan pertelingkahan antara dua kumpulan penyokong bolasepak yang mana lazimnya popular dengan provokasi sebelum dan selepas permainan, mainan psikologi dan sebagainya. Ia bukan sahaja menghina Institusi Kesultanan, tetapi juga rakyat Kelantan secara umumnya, pada ketika sukan seharusnya dilihat sebagai wadah paling tepat mengeratkan perpaduan sesama rakyat.
Walhal bukan Melayu pun tahu menghormati adat dan Institusi Raja-Raja, tetapi sebagai seorang melayu, penghinaan sebegini melambangkan betapa rendahnya mentaliti dan akhlak anda. Jangankan Kelantan, penulis yakin rakyat mana-mana negeri sekalipun tidak dapat menerima penghinaan sebegini.
***ADALAH DIMAKLUMKAN WAN CRIME BUKAN INDIVIDU YG MENAIP KOMEN DI ATAS, BELIAU ADALAH RAKYAT KELANTAN YANG MENAIP SEMULA APA YG DITULIS SALAH SEORANG PENYOKONG LAWAN. MAAF JIKA ADA KEKELIRUAN TIMBUL.
Suara Sukan tidak mahu mengapi-apikan perkara ini, namun ingin menasihatkan pencinta sukan, termasuk dari kalangan rakyat Kelantan sendiri, usah jadikan sukan sebagai platform untuk mencetus provokasi melampau, bergaduh, menghina sesama kita. Tidak salah memberi sokongan, tetapi biarlah secara bijak dan berhemah, biar apapun sebabnya. Jangan kerana mulut, badan binasa.
Terima kasih.
11 comments:
hahaha aQ kasi tw..sulaiman ali sulaiman nie mmg x betoy..komer x pcaye g taye Astro Arena (Nadi Sukan Malaysia)..hahaha dy paling fames kt sane..kejap kutOk selangor,kejap kutok indonesia kjap kutok kdah,perak..la nie kelantan lak..hahahaha tp pling lawak..dy mencarOt kt page lin dan..kOme cek r..astro da banned dy dkat page...hahaha fan perak x salah..fan kelantan kne cek btoy2 sape yg kutok nie..hahahaha..sulaiman ali sulaiman nie saje cr publisiti..
mamat sulaiman nih mmg pantat + sial laa...cmane la rupe mak ngan bapak die klu bace ape yg anak kesayangan diorang merapu kt FB nih...tp yg Wan Crime tuh bukan statement die..die tulom sampaikan/re-write balik pesanan/ucapan penyokong perak jer...
ne la fan lalang sebenar nye.. fan sejati x kutuk secara murahan.. ak as die hard fan TRW.. respect fan lain.. hope kitorg pn d respect blek.. as usual, dlam2 ramai2 fan tu.. ad la yg otak hitam.. tipu la klw kata fan mana2 yg suci bersih, murni ke ap2 yg sewaktu dgn nyer ke.. kitorg pn ad yg otak cmtu.. korg pn ad.. cume try b'pada2 laa.. cuma yg beza kn kitorg dgan yg lain satu jer.. ap yg buruk dari fan kelantan akan d besar2 kn smpai b'mggu2.. xkesah kt tv ke, blog ke, radio ke, paper ke.. same jer.. klw ap yg buruk jd kt kitorg pn.. kitorg gak yg salah.. nk telan pahit pn, mmg kena telan jgak.. seburuk2 kitorg, ak tetap bngga jd ank kelantan.. bgga jd ank Malaysia.. =)
boyo.. jgn la mencarut.. hee
kita fan kelantan.. kena juruh cket.. hee
peace bro.. =)
insyaALLAH...esok beberapa report polis akan dibuat
buat je laporan polis..samada dia tk betol ke buat2 tak betol ker..biar polis siasat....
memang patut buat report polis.... kalau tak sampai bila 'menatang' ni insaf.... malah mengganggu ketenteraman/provokasi orang lain , BETUL TAK?!...SO YANG CERDIK PANDAI TOLONG LAH TAMPIL....
aku setuju kita wat laporan polis, tak kira lah ni profil menipu, ke tak, sebab polis kalau betul wat keje senang jer nk trace tempat mamat ni. guna IP address..dulu kes gereja diorang kejap jer tangkap penulis komen tu, takkan kes sultan dihina takleh nak tangkap kot..tak kira sapa dia, pastikan takda orang berani perlekeh kita org melayu..
saya rasa sulaiman ni orang x berapa betul la.... wa;au macamana pun laporan polis mesti dibuat demi Sultan Kelantan...
kawe beso baco doh post ni, kalu x silap kawe fans perok hok komen ni, nama dio Apiz Iin, loni dio tukar namo jd Shafizul Hafiz plk. sain2 try la check tgk, buat search kat fb....kawe pun ingat2 lupo jah ni.
TANG CARUT TUK GURU TU YANG AKU PANAS...YANG LEN AKU XKESAH..
Post a Comment