“Ada jugak rasa gugup, takut cedera sekali lagi, tapi saya akan kuatkan diri untuk hadapi semua ini dan saya tahu saya boleh lakukan, cuma bagi saya sedikit masa untuk sesuaikan diri..”, tegas penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adnan.
Selepas sekian lama menanti, musim 2011 seharusnya menjadi musim terbaik buat penyerang prolifik ini mencipta nama di arena bolasepak tanah air.
Selepas berehat panjang hampir 16-18 bulan gara-gara kecederaan serius, sekali lagi dalam tempoh kurang 2 bulan kembali cergas sepenuhnya, episod kecederaan kembali menghantui pemain muda berusia 24 tahun ini, yang sekaligus memaksanya berehat panjang.
Badi Negeri Sembilan, atau sekadar hanya kebetulan? Menyingkap kembali sejarah atau lebih tepat rekod kecederaan pemain ini, Ramzul tersisih keseluruhan musim Liga Malaysia 2010 akibat kecederaan lutut ketika menentang skuad Hoben Jang Hoben pada saingan Piala FA 2009, dan terbaru, kecederaan harmstring yang dialaminya, juga ketika menentang pasukan sama, 1 March lalu.
Dikenali sebagai Rojo di kalangan peminat bolasepak tempatan, Ramzul hanya membuat penampilan sulungnya tahun ini, menentang Johor FC, 12 Februari lalu, di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, dan bertindak sebagai watak penting memporak-perandakan pertahanan lawan, dalam kemenangan 4-1 The Red Warriors, ke atas lawan mereka itu, meskipun tidak beraksi 90 minit.
Malah, Ramzul tidak menunggu lama untuk mencatat nama selaku penjaring, sekaligus memastikan kehadirannya dirasai, apabila menyumbangkan gol pada perlawanan berikutnya, menentang Kuala Lumpur.
Jelas, kecederaan terbaru dialaminya ini, sedikit sebanyak mengecewakan Ramzul yang sekian lama menanti peluang mempamer kelibat dalam saingan domestik.
Dihubungi Suara Sukan baru-baru ini, Ramzul bagaimanapun tidak kelihatan seperti seorang yang rendah moral dan mentalnya, sebaliknya menjawab dengan nada optimistik.
“Kecederaan saya tak ok lagi, mungkin 2 minggu lagi baru boleh main, insyaAllah saya akan kembali, saya mahu buktikan & buat yang terbaik untuk balas kepercayaan jurulatih, seterusnya berganding dengan Matyo (Norshahrul)..”
Diimbas kembali penglibatannya bersama skuad bolasepak Kelantan, Ramzul merupakan anggota pasukan Piala Presiden Kelantan pada 2007, sebelum diserap ke skuad senior Kelantan setahun kemudian, ketika Kelantan di bawah bimbingan Norizan Bakar.
Pemain tinggi lampai dan mempunyai raut wajah yang menjadi kegilaan ramai anak gadis tempatan ini, hanya beraksi dalam perlawanan Piala Emas Raja-Raja sekembalinya dari kecederaan penghujung tahun lalu, namun sepanjang tempoh itu berjaya membantu Kelantan muncul juara.
Gandingan Sensasi, Shahrul & Ramzul |
Kini, sasarannya adalah mencipta gandingan sensasi bersama Norshahrul Idlan Talaha, pemain yang disifatkannya sebagai penyerang terbaik di Malaysia.
“Saya suka main dengan Matyo, sebab dia banyak memberi ruang untuk saya jaringkan gol, dan dia juga pemain terbaik pernah saya bergandingan. Untung dapat beraksi bersamanya. Dan tidak keterlaluan jika saya kata dia penyerang terbaik Malaysia..”
2 comments:
ramzul n shahrul mmg terbaek...
aduss..bila la boleh kelih ramzul main full time...cedera sokmo datuk nih....game best, tp tu la...badi jugak nih
Post a Comment