Saturday, May 14, 2011

Khairul Fahmi Frust Rekod Lebur Di Tangan Amri


Hanya seminit sahaja memisahkan penjaga gol sensasi Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dari melebarkan rekod clean sheetnya kepada tujuh perlawanan berturut-turut, sebelum rembatan kencang jarak jauh kapten Selangor, Amri Yahyah, mengegar gawang kawalannya, ketika Kelantan gah merekodkan kemenangan besar 5-1 ke atas Selangor, di Stadium Shah Alam malam tadi.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu nyata tidak dapat menyembunyikan kemarahannya, apabila dilihat bertekak dengan rakan sepasukannya, S.Subramaniam sejurus selepas gol tersebut, meskipun ia tidak lebih dari gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.

Ketika ditemui penulis bersama tiga rakan wartawan (Devinder Singh, Wan Fakhrul, Azlan Md Zain – mereka ni saksi ;) )di luar stadium, Khairul Fahmi berkata bukan rekod yang mahu dikejarnya, tetapi memandangkan setiap satu gol itu mungkin membawa kepada kesan besar pada aksi timbal balik, menyebabkannya naik marah, apatah lagi perlawanan ketika itu sudahpun memasuki masa kecederaan.

Meskipun bolos kepada jaringan Amri, Khairul Fahmi sebenarnya berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi untuk 89 minit, bermakna secara keseluruhannya bertahan selama 706 minit (meskipun gol Amri hadir pada minit 90+2, ia tetap dikira sebagai gol minit ke-90).

Ini pula komen Datuk M.Karathu : “U sendiri dapat tengok macam mana dia marah bila lepas satu gol last minit kan? Ini yang kita mahu, kita mahu player kita tidak cepat berpuas hati, kita tak nak mendahului selesa then main sambil lewa, menang besar pun bila bolos 1 gol tengokla macam mana dia (khairul fahmi) react..”.

Apapun, bagi aksi timbal balik di Kota Bharu 16 Mei nanti, Khairul Fahmi bakal kehilangan khidmat dua rakan di barisan pertahanan, iaitu Farisham Ismail dan Zairul Fitri (dua kad kuning), namun boleh menarik nafas lega, dengan kembalinya Rizal Fahmi Rosid. Beliau sendiri perlu berhati-hati kerana sudah mengutip 1 kad kuning, sebarang kesilapan bakal menyaksikannya terlepas aksi final, andai Kelantan mara.

5 comments:

yaya said...

andai kelantan mara??
bukan stakat andai, tp insyaallah WAJIB mara n MENANG

Alexis Aiman said...

hehe bola itu bulat, kalau cakap kelantan sudah mara, ada plak penyokong selangor berkecil hati =)

Suarez Klate said...

Player selangor sapo hok tlepas game di KB nati?

yaya said...

yaya xmaksudkn nk kecilkn pihak lawan.
tapi apa yg yaya kata tu tnda s0k0ngn k pu0p kit0.. ayat sedap aty

Alexis Aiman said...

selangor dua player, salah sorang yosri dermaraju..sorang lagi kena check balik tapi ramai yg akan miss sebab inured, kalau ikut kata devan, hardi jaafar injured, safiq kurang fit..