Friday, May 27, 2011

Bola Lagi Penting Daripada Keluarga, Sampai Cerai Pun Guna SMS?


Apakah jadual padat Liga Malaysia musim ini, menjadi antara sebab kepada lebih ramai pemain bolasepak tempatan tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga masing-masing, hingga membawa kepada berlakunya perceraian?

Lebih-lebih lagi jika anda beristeri dua atau tiga, dan mempunyai anak lebih setengah dozen? Tepuk dada, tanya selera. Ini kenyataan tidak maksudkan sesiapa, hanya secara umum.

Laporan akhbar tempatan hari ini menyebut, bekas kapten skuad kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin, sudahpun menceraikan isterinya, Norliaton Murni sejak 18 Mei lalu melalui SMS, dan tidak langsung menjenguk anak mereka yang terlantar di hospital. Bukan saya yang cakap, baca sini.

Dalam tempoh 18 Mei hingga terbaru 26 Mei baru-baru ini pula, Indra Putra terlibat dalam 3 perlawanan Liga Super membabitkan pasukannya T-Team, dan menjaringkan gol dalam kesemua tiga perlawanan itu, iaitu menewaskan Selangor (2-1), menewaskan Sabah (3-1), dan menewaskan Kelantan (2-1).

Hebat juga Indra Putra dalam pada berdepan krisis rumahtangga, semakin menjadi-jadi pula aksi hebatnya, syabas Indra Putra. Cuma pelik, komitmen penuh terhadap pasukan gagal pula diterjemahkan terhadap keluarga. 

Apapun bukan pula urusan SS untuk masuk campur dalam hal ini, cuma harap benda ni dapat setel cara baik. Anda pemain komited, bertanggungjawab, wajar dicontohi (mengikut kata rakan sepasukan) justeru, berita seperti ini sekadar memburukkan imej anda.

8 comments:

egypt85 said...

xtau nk kato gapo.....kesian kt anok bini indra ni..hok kecik baru 2 bulan.bila nafsu sentiasa d turuti nilah jadinye..nafsu xkan puas...

aPihnaikZ said...

mgkin ada masalah rmhtgganya yg kita xthu...hanya berharp masalh selesai ngan cara yang baik...

Anonymous said...

hari ini indra kahwin lagi...majlis perkahwinan mereka berlagsung di bachok kelantan

Anonymous said...

ado jugok kawe dengar dio cerai sbb dah ado ore baru. meme nk nikoh dohh.kalu ore dok pakak kecek xtahulahh betul ko dok. wallahualam.. tapi harap jge dok wat lagu tuhh. napok sgt dah prangai.. team kelate dio tinggal tanpa kabar berita , anak bini pun tinggal gitu jugok.

Anonymous said...

Dgar2 citer bini dia tue,asyik duk maki mak Indra jer,Kalo hang,hang simpan lg ke bini mcm tue,apa2 Tanya penjelasan Dari Indra n mak Indra sendiri..nafkah dah d bagi rm3k sebulan,keta Indra byar,Rumah Indra bayar..lg nak fitnah ke wahai nurliaton Murni..sesungguh nye fitnah itu memakan diri sendiri kelak...cakap Tak bg nafkah,Kalo Tak mcm mana ko nak hidup,mkn,pakai n guna keta g antar anak2 sekolah,kalau bukan Indra bg..ko bukan keeja pun...

Anonymous said...

Ada sumber cakap lg,resit rm8 pun boleh claim ngan suami ke??n selepas cerai siap mintak nak p cuti setahun skali bersama ngan Indra sekali,Indra nak amik anak2 saje Tak boleh?kena amik ngan dia2 skali??Tak masuk Akal kan?boleh ke mcm tue?yg paling melucukan,(if Indra hilang upaya kerja,atau Indra dah Tak da Kat dunia ni,waris Indra,seperti mak Indra atau Adik beradik Indra yg kena support murni,bela dia sekeluarga plak??mcm itu pun boleh kaa??tp selagi Indra ada,family Indra Di larang menyentuh atau mengambil anak dia Dlm apa jua keadaan pun...adusssss!!gerun la dgar perempuan mcm ni..mintak simpang la....

Slayz Suso said...

Berat nanang lagu ni.

Slayz Suso said...

Berat nanang lagu ni.