Thursday, May 19, 2011

Sejarah Baru Buat Kelantan – Terengganu, Aksi Final Keempat Di Stadium Bukit Jalil

Sepertimana diidamkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dan puluhan ribu penyokong Kelantan dan Terengganu, aksi final Piala FA 2011, akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terengganu 2001, gambar Utusan
“Final Piala Fa tetap diadakan pada sabtu 11hb Jun, tetapi venue diubah dari stadium Shah Alam ke stadium Nasional Bukit Jalil, FAM sudahpun mendapat persetujuan pihak stadium Nasional hari ini (rabu)..”, kenyataan dipetik dari facebook Tan Sri Annuar.

Yang menariknya, aksi final pada 11 Jun nanti, merupakan aksi final keempat buat kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil – gelanggang yang menjadi saksi dua pasukan gergasi Pantai Timur ini menjulang Piala Malaysia buat pertama kali, Terengganu pada 2001, dan Kelantan pada 2010.
Kelantan 2010

Jika ada yang masih ingat, Terengganu jugalah pasukan pertama beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada final Piala Malaysia 1998, ketika itu menentang Perak, di mana mereka tewas menerusi sepakan penalti, sekaligus Perak muncul juara.

Manakala bagi Kelantan, Stadium Nasional tidak dinafikan gelanggang ‘favourite’ bagi mereka, apatah lagi ianya gelanggang mereka beraksi aksi final pertama kali selepas 39 tahun, tewas kepada Selangor pada final Piala Fa 2009, sekaligus membuka peluang untuk membalas dendam kekalahan itu, cuma lawannya sahaja yang berbeza.

Apa sekalipun, tujuan sebenar memilih Stadium Nasional sebagai venue, di sebalik kerja-kerja pembaikpulihan yang sedang dilaksanakan dengan giat, bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan, sebaliknya kerana kapasiti besarnya yang boleh memuatkan hampir 100, 000 penyokong.

3 comments:

Mat B said...

Rusing weh..kita org besut, bini org pasir putih,kalu mene gganu gok tak kelik rmh tok tua lah..hehehehe..

m_kamal5566 said...

hahahaah..... jange risau... ganu kelate main come nati final ni.... kalu tok tua demo x bagi balik g umah bini muda la, belajar dgn saleh yaakob gok getek......

Pegash4rk said...

ganu klate sek pata timur kito blako.
tahniah duo2 samo2 naikkan mutu bola geng2 pata timur. tp kalu ore tanyo agok sapo mene final,biar duk besut pn kawe chop klate mace.