Thursday, May 12, 2011

Penyokong Suka Dilabel Tidak Bertamadun?

Suatu masa dahulu, kerenah penyokong Kelantan sentiasa menghiasi dada-dada akhbar dan mencuri tumpuan ramai peminat bolasepak tempatan atas pelbagai alasan, kebanyakkannya atas sebab-sebab negatif.



(2009)
Bakar mercun, baling botol air, maki hamun, mencarut, provokasi melampau, malah ada ketika pernah membakar kereta polis di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-4, membakar kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil, merosakkan pagar, kenderaan awam, bergaduh dengan penyokong lawan, dan banyak lagi perkara buruk boleh disebut, bila berbicara tentang penyokong Kelantan.

Tetapi, itu semua suatu masa dahulu, dan setinggi-tinggi tahniah juga kepada Presiden KAFA, yang juga Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, atas kejayaan mendisiplinkan penyokong fanatik, atau lebih sesuai disebut penyokong setia The Red Warriors, melalui pelbagai kaedah termasuklah sessi kaunseling oleh Kelab Penyokong mereka di seluruh negara.


Malah, sepanjang tahun 2011, belum lagi kita mendengar sebarang insiden buruk, atau kekecohan dicetus penyokong Kelantan (betulkan saya jika saya salah, mungkin ada terlepas pandang), atau sebarang kejadian tidak diingini di Stadium SSM-4. Malah kebanyakkan penyokong lebih gemar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara terus melalui internet, atau laman sosial.

foto kredit :userun foto
Jika dahulunya penyokong pasukan lawan agak gentar untuk bertandang ke Kota Bharu, kini penyokong Kedah, Selangor, Terengganu dan pasukan lain dengan beraninya boleh duduk dan menonton secara bersama perlawanan membabitkan pasukan masing-masing tanpa ada kekecohan.

Apa yang peliknya pada ketika penyokong yang pernah digelar tidak bertamadun oleh sebuah stesen tv tempatan suatu masa dahulu, mula berkompromi, dan mendisiplinkan diri, mengelak menjadi topik utama media tempatan, ada-ada sahaja  kalangan penyokong bolasepak kita seolah mahu menjolok sarang tebuan dengan cuba menimbulkan provokasi.
 
Selepas insiden di Terengganu, di mana penyokong Kelantan cedera terkena balingan batu, dan ada pula letupan mercun di atas padang, giliran penyokong Perak pula memijak, dan membakar bendera Kelantan, serta menghina Sultan Kelantan yang kemudiannya disusuli permohonan maaf oleh PAFA di atas sikap kurang ajar penyokong mereka (rujuk sini), manakala yang terbaru, giliran penyokong Negeri Sembilan pula melakukan perkara sama, iaitu membakar bendera (rujuk sini) yang sebenarnya lebih daripada satu isu sensitive.

Seharusnya bolasepak dilihat sebagai sukan untuk semua, yang mana ia juga harus menjadi platform untuk mengeratkan semangat kekitaan, bukan tempat untuk bertelagah, atau mewujudkan sentimen kenegerian.

Maksudnya, biarlah sentimen itu hanya pada pasukan yang kita sokong, ketika perlawanan berlangsung, bukannya pada penyokong pasukan lain, atau sentimen yang melampau sehingga anda pula dilabel tidak bertamadun. Apabila ia berlaku, apa pula beza anda dengan mereka yang dilabel tidak bertamadun suatu masa dahulu. Pastinya tiada siapa yang mahu dilabel sedemikian rupa, am I right?

Di sini, Suara Sukan bukanlah mahu menyebelahi mana-mana kalangan penyokong, kerana semua mereka pasti ada khilafnya, cuma ingin menasihatkan (nasihat juga kepada penyokong Kelantan sendiri), jadilah penyokong yang berhemah.  

Pertemuan menentang Selangor pada esok hari, seharusnya menjadi peluang terbaik buat penyokong Kelantan membuktikan mereka benar-benar sudah didisiplinkan, sudah berubah, dan tidak lagi kalangan penyokong yang gemar menimbulkan huru-hara. Usah bergaduh, berbaiklah sesama penyokong, beri sokongan kepada pasukan anda, kalah menang usah memprovokasi, terimalah keputusan perlawanan sebaiknya.

Tidak perlulah berdendam dengan sesiapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah khuatir ianya hanya akan menambah ketegangan, dan buktikan anda bukan seperti yang mereka kata sebelum ini, semoga dengan cara ini ia dapat membuka mata semua peminat bolasepak tempatan untuk menjadi lebih bertamadun, dan berdisiplin selepas ini.

**Ada yang kata hutang bendera dibayar bendera, kami dari Suara Sukan menasihatkan usahlah membuat sebarang perkara yang hanya akan menjejaskan imej anda, nanti tak ada beza pula antara anda dan penyokong yang berbuat demikia, mahukah anda digelar tidak bertamadun sekali lagi?

5 comments:

Anonymous said...

Salam bro,
satu artikel yang menarik..tp bro tkde minta komen dari presiden bolasepak N9 ker dalam isu ini...atau FAM ke...

Ni kes berat bro..bukan kes bakar kerusi..tp ni kes bakar maruah rakyat negeri kelantan

Cesc Aiman said...

ok bro, akan diusahakan secepat mungkin, tq atas feedback ;)

hafize said...

Pihak berwajib dan media kadang2 namapak semacam terlepas pandang atau buat2 terlepas pandang dlm isu ini hinggakan ada pihak yg merasa ketidakadilan berlaku...harap slps ni tiada lagi kejadian seperti ini berlaku di mana2 sekali pun...

Anonymous said...

semuanya kerana politik....klau klate di tadbir Barisan Neraka 2 mmg xdenya jd gini...

Anonymous said...

Bukan kerana politik...Timb Presiden FAM pun orang kelantan, orang BN...tp lebih kepada MSL (malaysian super league)...ntah laa....