Tuesday, May 17, 2011

Rasuah : Tidak Pernah Terlintas Khianati Majikan


Susulan kepada entri terdahulu : Pemain Selangor Berang Dituduh Jual Game, ini pula luahan kapten dan pemain perancang serba boleh Selangor, Amri Yahyah.

“Saya dah jangka kalau Selangor kalah besar jer ramai yang kata jual game, game dah dirancang lah..sape yang nak main untuk kalah? Bila dalam pertandingan sume nak menang kan? Bila Kelantan kalah dgn Perak, dgn jaringan besar haritu, tak pula orang citer yang Kelantan jual game, atau game dah dirancang. Kami dalam team Selangor, tak pernah mengamalkan benda-benda yg tak elok, majikan kami telah berikan yg terbaik utk kami sumer satu team, tidak pernah terlintas untuk mengkhianati majikan yang banyak membantu kami dalam setiap hal. Team ada hari form, ada ari outform..tak semua team sempurna dalam melalui game yg padat ni..”, jawabnya menerusi SMS.

Amri juga mengharapkan penyokong pasukan Selangor, terus memberikan sokongan, di sebalik prestasi mengecewakan sejak kebelakangan ini dan meminta mereka berfikiran matang ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. 

Selangor akan berdepan T-Team Khamis ini, pasukan yang menewaskan mereka 2-0 di Stadium Shah Alam, pada aksi pusingan pertama tempoh hari. Kemenangan akan menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan kelebihan dua mata.  

No comments: