Wednesday, May 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Kelantan Tewas Kepada Terengganu, Saat Sedih Karathu


Tahukah anda, tanggal 25 Mei sebenarnya mempunyai cerita tersendiri buat pasukan Kelantan, dan jurulatih mereka, Datuk M.Karathu?

25 Mei 1999, iaitu 12 tahun lalu, Kelantan tewas 0-2 kepada Terengganu dalam aksi Suku Akhir Pertama Piala Fa hasil jaringan Anuar Jusoh, dan Mohd Nor Derus. (Tak caya?, baca sini).

Menariknya, persaingan hebat ketika ini juga antara Kelantan dan Terengganu (Liga Super/Piala FA), manakala pada malam ini 25 Mei 2011, adalah antara Kelantan dan adik Terengganu, T-Team. 

Sekiranya T-Team menang, ia umpama kemenangan buat Terengganu kerana mereka bakal mengambil alih kedudukan pendahulu sekiranya berjaya menewaskan Pahang, apakah sejarah bakal berulang buat Kelantan & Terengganu.

Manakala setahun sebelum itu, pada 25 Mei 1998, Karathu yang ketika itu jurulatih Negeri Sembilan, bertengkar dengan pemain import pasukannya, Gus Cerro, gara-gara Cerro tidak berpuas hati dikeluarkan oleh Karathu, pada perlawanan yang mana N.Sembilan tewas 0-1 kepada Sarawak.

Cerro dikatakan menerkam ke arah Karathu, dan Karathu bertindakbalas sebelum dileraikan pegawai pasukan. Laporan penuh, baca sini.

Nampaknya dua insiden lampau pada tarikh sama, tidak menyebelahi Kelantan mahupun Karathu, malah 3 pertemuan lalu menentang T-Team juga tidak menyebelahi Kelantan, apakah sejarah akan berulang? Apa kata anda?

5 comments:

trw fanatiko said...

most complicated...... harap2 tidak berlaku...

Anonymous said...

sejarah tinggal sejarah.dulu pom kelantan susa nk beat selangor,tp skang alhamdulillah da boley..so,football is crazy ya...huhu

Syafiq Salim said...

Anon atas ni...
Hebat sangat ke selangor tu, asal nak tahu sape kuat kena beat selangor....

Selangot tu kuat sebab asyik masuk TV jerk, cam artis gak, bila dan selalu tgk, die akan hilang nilainya, bola sepak, kalau popular sgt, hilang kualitinya...

Pahang selamba je beat selangor, nak compare ngan selangor bt pe kalau nak tahu kelantan kuat ke tak...

Tangan di bahu, pandang ke atas... jangan angkat negeri sendri ke hadapan tapi... doakn yang terbaik buat pasukan...

tak perlu nk bandingkan...

Tunggu jer keputsan sebentar lagi...

Katekanlah kalau kelantan tunduk kepda t-team... lepas ni jgn lagi compare ngan selangor. compere ngan t-team lak yerk... coz dah 2 kali tunduk dalam super league...

Peace no war !

Anonymous said...

mlm tadi kelantan & Dato M Karathu kalah..25 Mei hari rabu...biase game main hari selasa n 1 lg hari sabtu...pe2 pun game kltn mlm td mmg hancusss & mengecewakan puluhan ribu penyokong...

egypt85 said...

nasib je tteam mene...cz rizal fahmi sdkit xshen u liapt bola tu..cukup dgn tandukan saje sebenarnye.....memungkin rizal fahmi d bangku simpanan lg u game pahang ni..