Sunday, May 29, 2011

Debaran 180 Minit Berikutnya, Wan Jamak Pilih Terengganu


Wan Jamak Wan Hassan, jurulatih Kedah, yang juga jurulatih pertama berjaya membawa pulang 3 mata penuh dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah musim ini, namun itu tidak sekalipun menghalang bekas jurulatih kebangsaan ini daripada memilih Terengganu untuk muncul juara Liga Super musim 2011.

“Kami datang dengan tidak cukup pemain, selepas Johor Fc kami terus ke Tganu. Sikap serta disiplin pemain malam ni membuahkan hasil utk menewaskan Tganu. Apapun saya tetap rasakan Terengganu akan muncul juara liga musim ini..”, komen ringkasnya ketika dihubungi selepas tamat perlawanan.

Kedah, juara 2007 & 2008, ketika ini menghuni tangga kelima liga dengan 38 mata, dipisahkan 7 mata dengan pasukan tangga ketiga, Selangor, tatkala tinggal hanya 9 mata maksimum untuk diraih.

Mereka kehilangan khidmat beberapa pemain utama antaranya Sabri Abu, Azmi Muslim, Azlan Ismail dan V.Thirumurugan, manakala Ahmad Fauzi Shaari pula terpaksa dimainkan di babak kedua walaupun masih merawat kecederaan.

SS yakin, Wan Jamak memilih Terengganu pastinya atas dasar kelebihan skuad Irfan Bakti itu, yang akan menentang Kelantan di gelanggang sendiri pada 6 Jun, selain aksi pada 14 Jun, di mana Terengganu mempunyai kelebihan besar menentang pasukan adik mereka, T-Team, malah T-Team juga mungkin tidak kisah diratah 5 atau 6 gol dalam usaha memberi kelebihan besar kepada abang mereka.

Ashaari (tonggak Trganu) & Norshahrul (tonggak Kelantan)
 Andai Terengganu menang kedua-dua perlawanan menentang Kelantan termasuk final Piala Fa, ia pastinya satu kelebihan cukup besar dari aspek moral dan mental pemain di kem Sang Penyu, namun usah dilupa skrip juga mungkin berbeza andai keputusan berlaku sebaliknya. 

Dengan Kelantan hanya mampu meraih 4 mata dari 3 perlawanan terakhir, malah hanya kemenangan tipis 1-0 ke atas Pahang, pasukan yang dibelasah 5-0 oleh Terengganu, persoalan semakin hangat ketika ini sama ada The Red Warriors mampu menyekat Terengganu seterusnya bergelar bukan sahaja kuasa bolasepak Pantai Timur, tetapi juga kuasa bolasepak tanah air.

180 MINIT berikutnya, akan mempertemukan dua pasukan ini sebanyak dua kali, satu senario yang dijangka menyemarakkan permusuhan dua musuh tradisi ini, seterusnya mencipta satu lagi fenomena baru bolasepak tempatan.

7 comments:

egypt85 said...

atas kertas mmg ganu y layak.tp bola tu bulat n sememangnye bulat gote.....ape2 pon boleh tjadi..harap trw perlu lbh tajam d depan gol..peluang y ada jgn di sia2kan..

Syafiq Salim said...

Kita nantikan 180minit....
Xcited... liga malaysia semakin menarik...

Cesc Aiman said...

masalah di kem kelate, yg kita nampak skrg ni adalah kelemahan sentuhan penyudah, serta ketidakkonsistenan barisan pertahanan..berbanding tganu yg mnang 3-0, 5-0, kita hnya sekali mng 6-0..dia barisan depe ada ashaari, manaf n hadi, kelate pula hnya harap matyo, loni piya slalu skor..itu prbezaan ketara..

dan mmg smakin exciting skrg ni, x macam taun2 sudah, mgkin sebab dah takde selangor kot hehehehe...

Syafiq Salim said...

"mgkin sebab dah takde selangor kot hehehehe..."

Lu punyer ayat memang mantap ces aiman... admin katekan...haha

hazim_abha said...

kelantan asalnye memang tempang dari awal musim sebab hilang 3 tonggak tetiba je..tapi player yang tinggal main habis-habisan. Harap masa piala malaysia ni kelantan ambik striker tambahan yang bagus punye dari team yang x layak main di PM.

ibun_jogho said...

2011 Wan Jamak tewas 2 kali kpd Kelantan. Pertama pd 1/3/11, ktika Jamak mmbimbing N9; Tewas 3-0 di KB. Kedua pd 6/5/11, ktika mmbimbing pasukan baru, Kedah; tewas 2-0 di KB.

Mungkin di sini Jamak dpt mmbuat perbandingan mengenai pasukan Kelantan & Terengganu. Atau, Jamak mmbuat telahan & tekaan (mngatakan T'ganu ada harapan juara liga) krn terkesan dek krn beberapa kali tws kdp K'tan pd thn ini, tmasuk thn lepas; tws Final Piala M'sia & liga super.

Corak permainan Kelantan berbeza2 mengikut lawan yg ditentang. Adakalanya Kelantan bermain secara main-main ktika jmpa pasukan kecil. Kesannya, tewas & seri. Cth; Sabah (seri), T-Team (kalah). Akupun x tau mcm mana dgn pasukan Sabah blh seri, dgn T-Team blh kalah.

Kalau lwn dgn team besar, blh pla menang. Cth dgn Selangor. Tp, dgn Terengganu seri (1/2/11).

6/6/11, T'ganu - K'tan, pertembungan buku dgn ruas.

Anonymous said...

ibun_jogho: kalo mcm tu same la mcm tteam.. hehe.. kalo lwn team besar cam k'tan n s'gor leh meng.. tp klh ngan perlis..