Tuesday, May 24, 2011

Prestasi Buruk, Gergasi Merah Kuning Tetap Yakin Catat Hattrik Liga Super


Persaingan 3 Penjuru
Di sebalik prestasi jatuh mendadak, penyandang trofi Liga Super, Selangor tetap yakin akan menamatkan musim 2011, selaku juara seterusnya muncul pasukan pertama dalam sejarah Liga Malaysia, merangkul gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut.

Selangor ketika ini di kedudukan ketiga liga, berterima kasih kepada Harimau Muda yang mengikat pendahulu, Kelantan 2-2 di Stadium Shah Alam pada Ahad, keputusan yang menyaksikan defisit mata sekadar berubah kepada 2 mata, sekaligus menghadirkan sedikit ceria di kem Selangor di sebalik kekalahan mereka kepada Pahang pada hari sama.

“secara matematik tak boleh cakap kita dah out, kita masih dalam buruan, dan saya yakin kita boleh bangkit, saingan liga ada 5 game lagi, beza cuma 2 mata. Memang betul 2 mata susah juga nak kejar, tapi kalau dalam 5 game, Kelantan atau Terengganu kalah 1 game sekalipun mereka akan melepaskan 3 mata, manakala kalau kita menang semua, bukankah kita akan ada kelebihan 1 mata nanti ke atas Kelantan/Terengganu.."

“Lagipun jangan lupa, Kelantan akan jumpa Terengganu, so peluang untuk mereka mencicirkan lebih daripada 3 mata tu ada, cuma sekarang saya tak nak pemain fikir nak kejar Kelantan, sebaliknya fokus kita menang semua 5 game selepas ini, moral player memang down, 4 game kita tak menang, kita kena bangkit segera lah, kita nak trofi kekal di Shah Alam..” – K.Devan

Mengambil kira kata-kata Devan, jurulatih yang memacu Selangor menjulang trofi Liga Super dua kali sebelum ini, Selangor harus menang kesemua 5 perlawanan bermula Rabu ini, menentang Harimau Muda, diikuti  Negeri Sembilan, Perlis, Felda United (kesemuanya di Stadium Shah Alam), dan terakhir menentang Perak di Ipoh.

Dalam masa sama mereka harus mengharapkan Kelantan mahupun Terengganu, tewas sekurang-kurangnya satu perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir. Apapun, skripnya mungkin berbeza jika Selangor sendiri gagal meraih 3 mata penuh dalam laluan mereka, justeru tiada gunanya mengharapkan pasukan lain mencicirkan mata jika pasukan sendiri gagal beroleh mata di saat getir.

Kelantan akan turun menentang T-Team, lawan yang menewaskan Selangor 2 kali musim ini, dan juga menewaskan mereka 4-3 di Kuala Terengganu April lalu. Malah, T-Team juga tidak tewas kepada Kelantan sejak 3 perlawanan lalu.

2 comments:

Anonymous said...

salam boh..bagi saya meme perit dan pahit untuk kelate bergelar juara liga super..kelebihan pada terengganu dimana daripada 5 baki perlawanan, 4 daripadanya bermain di KT..untuk kelate pula baki 5 game bertemu t-team,tganu,pahang,sabah dan perak..kalau kt belek balik result 1st round kt kalah kat t-team,pahang dan perak dan mgkin kita boleh balas balik di KB nanti..TAPI dan sememangnya menjadi kerisauan di kem kelate apabila berkunjung ke likas dan KT nanti dimana result 1st round di KB tempoh hari kita hanya mampu seri dgn kedua2 pasukan ini..So bagi saya, hanaya magic performance n konsistensi shj akan menjulang kelate sbg juara baru liga super, kalau permainan tak konsisten jgn bermimpilah nk jd champ..apa2 pun sebagai pnokong setia TRW dihati tetap mgharap kita mampu menang smua baki 5 games ni..

Anonymous said...

starang baroh org ganu...